
Wow, nama Jungkook telah tersenarai sebagai 10 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut Gazette Review.
Anggota kumpulan BTS ini menjadi satu-satunya selebriti Asia yang dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia.

Perghh, patutlah ramai yang tergila-gila dengan mamat ni. Hiks!
Walau bagaimanapun, penilaian ini bukan saja dibuat berdasarkan paras rupa semata-mata, tetapi turut mengambil kira daripada aspek kekayaan, kejayaan yang diraih dalam industri dan juga mengikut survey yang telah dibuat.

Jungkook berada di tangga ke 9 dan apa yang membuatkan dia tersenarai adalah bukan hanya kerana berbakat dalam bidang nyanyian dan rapping, malah Jungkook juga seorang yang pandai memasak.
Hey, memang husband material dia ni!
Apa-apa pun mesti die hard fans BTS bangga kan?
Saranghaeyo, Jungkook. Eh! Hehe..
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 6 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/Untitled-design-39.jpg)
Hari ini kecoh di media sosial kisah seorang instafamous remaja, Amalin yang mendakwa telah dibelasah oleh teman lelakinya sehingga tubuhnya lebam-lebam.
Terkini, seorang pengguna twitter Danialoniel@dnielioniel mendakwa laporan polis itu sudah ditarik oleh Amalin. Benar atau tidak, hal ini tidak pasti.
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 7 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/41797200_1957525117601820_5839272853710569472_n.jpg)
Kes instafamous ini mula tular selepas dia memuat naik kenyataan yang ditulisnya di Instagram miliknya mula menjadi viral selepas dia membuat laporan polis dan menulis ,
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 8 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/Screenshot_2018-09-14-17-38-35.jpeg)
“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuklah lagi.Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okay.
“BTW thanks your for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, I will reply as soon as possible.
“I really appreciate it, niat Cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. Girls take care of your self okay. Jangan jadi macam kita.
Selepas berita itu tular, usianya yang dikatakan 13 tahun didakwa tidak benar kerana gadis yang masih bersekolah ini dikatakan berusia 17 tahun.
![[Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah? 9 [Terkini] Instafamous Remaja Tarik Laporan Polis Biar Teruk Dibelasah?](https://cdn.remaja.my/2018/09/Untitled-design-40.jpg)
Ramai yang memberikan komen agar pada usia itu sebenarnya ditumpukan kepada pelajaran dan bukannya masa untuk berkasih-kasihan. Ramai juga menyarankan agar istilah famous itu digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Selain kes Amalin, sebelum ini media sosial turut melaporkan seorang instafamous remaja dirogol oleh kenalan lelakinya tanpa menyebut nama instafamous berkenaan. Namun pelakunya sudah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hadiahkan Pingat Gangsa Buat Malaysia, Ini 6 Fakta Beregu Badminton Negara

Setelah lapan hari sepi tanpa sebarang pingat, hari ini Malaysia mendapat perkhabaran baik dari Olimpik 2020 apabila beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia.
Pasangan beregu itu berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan mata 17-21, 21-17, 21-14 di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.
Tewas pada set pertama perlawanan, ia langsung tidak mematahkan semangat buat pasukan beregu ini, sebaliknya muncul sebagai wira pada dua perlawanan terakhir sebentar tadi.

Bagi korang yang belum benar-benar kenal dengan dua pemain muda badminton ini, berikut kami senaraikan antara fakta-fakta menarik tentang pasangan beregu negara.
1. Aaron Chia merupakan anak kelahiran Melaka yang berusia 24 tahun dan Soh Wooi Yik pula berumur 23 tahun, lahir di Kuala Lumpur.
2. Pasangan beregu ini merupakan finalis di kejohanan All England Open selain pemegang pingat emas Southeast Asian Games pada tahun 2019.
3. Kini menduduki ranking ke-9 pemain beregu terbaik dunia bersama Soh Wooi Yik.
4. Mereka menjadi pasangan regu sejak tahun 2017 sehingga kini.
5. Soh Woi Yik adalah anak kepada bekas pemain badminton iaitu Soh Goon Chup. Pakciknya, Soo Beng Kiang juga merupakan bekas pemain badminton negara yang pernah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik bersama beregunya, Cheah Soon Kit.
6. Aaron Chia mula bermain dalam pertandingan badminton secara serius sejak berusia 10 tahun, manakala Wooi Yik belajar badminton dari usia 4 tahun, terpilih bermain untuk Kuala Lumpur semasa umurnya 7 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sewaktu berusia 13 tahun.

Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan buat pasangan beregu yang pertama kalinya menyertai sukan Olimpik dan berjaya meraih pingat gangsa buat negara.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terlibat Insiden Pergaduhan Di Jalan Raya, Hafiz Suip Jalani Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

Sebelum ini, penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia, Hafiz Suip tular dilihat bergaduh dengan beberapa individu di jalan raya pada hujung bulan lalu.
Meskipun begitu, Hafiz atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip (34) difahamkan sudah pun berbaik dengan individu yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Mahkamah Majistret Kuching memerintahkan Hafiz serta dua lagi individu yang terlibat dalam kejadian sama untuk menjalani hukuman bon berkelakuan baik selama enam (6) bulan.

Ketiga-tiga mereka termasuk Hafiz perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan sebanyak RM500 dan perintah itu dikeluarkan pada Khamis lalu bagi mengelakkan mereka bertiga daripada mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Sekadar info, fakta kes mendedahkan berlaku salah faham di antara ketiga-tiga lelaki tersebut di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak pada 30 Ogos 2024, sekitar jam 2.10 petang.
Kes difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap cara pemanduan masing-masing sebelum mereka keluar dari kereta dan mula bergaduh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

