
Bintang sensasi K-Pop, Jungkook BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian peminat (ARMY) apabila beliau rasmi membuka akaun Instagram peribadi baharu bernama @mnijungkook.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Jungkook atau nama sebenar Jeon Jungkook (28) menerusi siaran langsung terbarunya sambil memperkenalkan akaun tersebut kepada para peminat dengan kenyataan ringkas.
“Akaun ini milik saya. Ini ‘my name is Jungkook’,” jelasnya dalam video siaran langsung yang turut disertai oleh dua ahli BTS lain iaitu RM dan V.


Untuk rekod, pelantun lagu ‘Seven’ itu sebelum ini pernah mencetuskan fenomena dengan akaun Instagram lamanya yang menggunakan nama pengguna unik iaitu @abcdefghi__lmnopqrstuvwxyz.
Nama tersebut menjadi tular di media sosial kerana hanya meninggalkan huruf J dan K yang mewakili inisial namanya Jung Kook. Namun, beliau kemudian menukar nama tersebut kepada @jungkook.97 dan telah memadam akaun tersebut beberapa tahun lalu serta menghentikan segala aktiviti di media sosial atas sebab tertentu.

Dalam pada itu, kemunculan semula Jungkook di platform Instagram nyata disambut baik oleh ARMY di seluruh dunia dan dalam tempoh beberapa jam sahaja selepas pengumuman dibuat, akaun @mnijungkook telah mengumpul lebih dari 5 juta pengikut.
Pada masa yang sama, Jungkook dilihat hanya mengikuti akaun rasmi BTS serta enam lagi ahli kumpulan tersebut iaitu RM, Jin, Suga, j-hope, V, dan Jimin.
Menariknya, sehingga kini akaun baharu tersebut masih belum mempunyai sebarang hantaran. Namun, ramai peminat menyatakan keterujaan mereka dan berharap akan ada perkongsian kandungan daripada Jungkook dalam masa terdekat.

Sementara itu, fenomena ini turut mencerminkan perubahan trend dalam kalangan selebriti Korea Selatan yang kini lebih gemar menggunakan Instagram untuk berinteraksi dengan peminat, berbanding platform seperti Weverse Live yang sebelum ini pernah mengalami beberapa isu teknikal.
Setakat ini, masih tiada pengesahan sama ada Jungkook akan aktif memuat naik perkongsian di akaun baharu ini. Namun, peminat tetap optimis dan menantikan sebarang kemas kini termasuk kemungkinan berkaitan projek solo atau perkembangan peribadi beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












