Jungkook BTS Disiasat Polis Gara-gara Langgar Teksi

Share

Lelaki paling kacak di Asia iaitu Jungkook yang juga ANGGOTA kumpulan BTS , dilaporkan masih dalam siasatan polis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin yang lalu.

Melalui laporan Soompi, agensi pengurusan Big Hit Entertainment mengesahkan kemalangan itu berlaku disebabkan kesilapannya.

Berita kemalangan itu disahkan oleh agensi Big Hit Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

Menurut satu kenyataan polis pada 4 November, pihak berkuasa dari balai polis Seoul Yongsan juga mengesahkan kemalangan ini dan mengambil keterangan daripada Jungkook.

Jungkook dilaporkan memandu kereta beliau jenis Mercedes-Benz di kawasan perumahan Hannam, daerah Yongsan dan melanggar sebuah teksi.

Jungkook dan pemandu teksi berkenaan hanya cedera ringan dan lebam pada anggota badan.

Rata-rata Netizen Pertahankan Jungkook

Punca dan kos kemalangan masih lagi disiasat. Diharap hal ini dapat diselesaikan dengan lancar kepada dua-dua pihak.

Sumber: Soompi

IKLAN