Juara Pertandingan Matematik Antarabangsa, Murid Darjah 2 Kalahkan Peserta Dari 20 Negara Seluruh Dunia

Share

Sekali lagi rakyat Malaysia berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan matematik peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu.

Baru berusia 8 tahun, adik Reeno Chin yang merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani telah dinobatkan sebagai Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition

setelah menewaskan lebih 1200 peserta dari 20 negara seluruh dunia.

Wow, bukan biasa-biasa adik ni. Hebatnya!

Menurut ibunya, anak bongsu daripada dua-beradik ini mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun lagi.

“Dia seperti kanak-kanak biasa yang ada masa bermain dan ada masa belajar, namun saya tidak pernah memaksa beliau membuat latihan matematik.

“Cuma saya hadkan masa untuk mereka berhibur, di rumah saya tiada televisyen hanya ada radio dan komputer atau permainan video boleh main sebulan sekali sahaja,” jelas ibunya, Wong Pui Si.

Apa-apa pun sekali lagi kami ucapkan tahniah buat adik Reeno Chin dan terus sukses dalam bidang akademik.

Semoga Malaysia dapat melahirkan lebih ramai anak bangsa yang boleh mengharumkan nama negara.

Sumber: Bernama

IKLAN