Kepetahan dan juga ketajaman hujah yang ditonjolkan oleh para pendebat Sekolah Kebangsaan Proton City, Tanjung Malim, Perak berjaya mengekalkan kejuaraan yang diperolehi mereka tahun lalu sekaligus mencipta sejarah tersendiri.
Dengan usul Kelestarian Alam Sekitar Membantu Kelangsungan Negara, gandingan hebat Wan Ijlah Auji bersama Nur Hawa Batrisyia Mohd Nizam, 12, serta Nur Ahlam Yamna Yuzaidi, 12, serta pembahas simpanan Nursyifaa Amani binti Mohd. Anuar,12, dan Nur Lidya Altaf binti Yuzaidi, 10, mereka berjaya mengalahkan saingan pencabar dari Sekolah Kebangsaan Sentul 1, Kuala Lumpur.
Kisah kejayaan pelajar-pelajar cilik ini dikongsikan oleh guru pembimbing Cikgu Khalil Zaini di halaman Facebooknya. “Alhamdulillah. Perak dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2022.
Ads
“Datang dengan status juara bertahan, kami pulang dengan status yang sama. Tahniah dan terima kasih untuk semua yang terlibat dalam penciptaan memori indah pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SK Proton City pada tahun ini,” tulisnya.
Walaupun begitu, jalan kejayaan bukanlah mudah. Kongsi Cikgu Khalil Zaini lagi, pasukan guru pembimbing turut mengalami perkara yang membuatkan mereka sedikit ‘goyah’ ketika pertandingan peringkat daerah.
Ads
“Peringkat Daerah Muallim dah dekat. Seorang pembahas tarik diri sebab tak berani beri komitmen masa dengan jadual latihan yang padat. Saya cuba pujuk dia tapi gagal. Saya beri masa dia buat pilihan dan berjanji tak akan pujuk dia lagi selepas tu. Akhirnya dia memilih untuk berundur. Kami hormati keputusannya walaupun sedikit terkilan,” tulisnya dalam perkongsian tersebut. Namun mereka berjaya mencari pelajar lain sebagai pengganti.
Selain Cikgu Khalil Zaini, lima pelajar berkenaan dibimbing oleh barisan guru, Ahmad Mustakim Supian, Siti Anurizah Abd Rais, Sharifah Noor Adni Syed Ibrahim dan Norhanini Nordin.
Ads
Tahniah REMAJA ucapkan kepada para pembahas SK Proton City dan guru-guru pembimbing yang tidak putus mendidik anak bangsa untu berjaya. Semoga pasukan ini berjaya mencipta hatrik tahun hadapan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama pasukan TeamMYS tercatat dalam sejarah sebagai juara sulung kejohanan Pokémon UNITE Malaysia 2022, baru-baru ini!
Tampil bersemangat semasa menewaskan 53 lagi pasukan lain dari seluruh Malaysia, TeamMYS sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah USD20,000 dan kini secara rasminyya menjadi juara rasmi Malaysia pertama dalam arena Pokémon UNITE.
Pada perlawanan akhir Isnin lalu, TeamMYS bertembung dengan pasukan DUNE dan berjaya mengutip 849 mata perlawanan dalam pusingan pertama serta 864 mata lagi dalam pusingan kedua. Ia sekaligus muncul sebagai pasukan terbaik daripada tiga perlawanan.
Untuk pengetahuan, kejohanan Pokémon UNITE Malaysia 2022 ini merupakan projek kerjasama di antara The Pokémon Company dan syarikat telekomunikasi Malaysia, Yoodo. Sehingga April 2022, permainan Pokémon UNITE telahpun mencatatkan lebih daripada 70 juta muat turun di seluruh dunia dan ia membuktikan betapa popularnya permainan ini dalam kalangan peminat e-sukan.
Menariknya, khas bersempena permainan Pokémon UNITE ini, Yoodo telah melancarkan pelan tambahan atau Add-On yang boleh didapati pada haga promosi RM1 untuk 20GB sehingga 31 Disember ini.
Oleh itu, korang bolehlah bermain dengan tambahan 20GB pada bila-bila masa dengan data berkelajuan tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu pasukan Auburn University meraih pingat emas dalam acara 4x100m di Kejohanan Trek dan Padang, Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), semalam.
Azeem yang juga merupakan pelajar di universiti berkenaan merakamkan masa terpantas 38.64 saat (s) bersama rakan sepasukan terdiri daripada Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi di kejohanan yang berlangsung di The Tom Jones Memorial, Florida itu.
Catatan masa tersebut sekaligus mengatasi saingan terdekat daripada Louisana State University dengan jurang masa 0.29s manakala University of Kentucky pula berada di tempat ketiga dengan catatan masa 39.96s.
Terdahulu pada bulan Mac, kuartet Auburn University termasuklah Azeem pernah meraih emas bagi acara sama dengan catatan masa 38.74s di Kejohanan Olahraga Yellow Jacket Invite di Atlanta.
Azeem, 19 bagaimanapun hanya mencatatkan 10.44s dalam acara 100m individu lelaki untuk menduduki tangga ke-22 daripada 75 peserta.
Keputusan ini sekaligus menghindarkan Azeem untuk mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang memerlukannya melepasi had kelayakan 10s ke bawah.
Sebagai info, Azeem sebelum ini mencipta rekod kebangsaan dengan catatan peribadi terbaiknya, 10.09s di Kejohanan Olahraya Bawah 20 Tahun Dunia pada Ogos 2022 di Colombia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk menerima anugerah istimewa yang diberikan universiti ketika majlis konvokesyen. Pastinya pelbagai bentuk sumbangan yang telah dilunaskan pelajar ini sepanjang pengajiannya.
Graduan ini dikenali sebagai Lua Pei Ling, dia yang merupakan pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Alumni, pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-24, baru-baru ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, gadis berasal dari Johor ini menzahirkan kesyukuran dan dirinya tidak menyangka menjadi salah seorang penerima anugerah berkenaan kerana dia menyifatkan ramai lagi graduan lain yang cemerlang sama sepertinya.
Selain itu, dia yang kini berkhidmat sebagai Felo Perdana di Kementerian Komunikasi Digital (KKMM) itu juga berkongsi, kekangan yang terpaksa dihadapinya adalah sewaktu di tahun akhir kerana harus bahagi masa dengan komitmen dalam Program Felo Perdana, YSEALI Academic Fellowship dan Higher Education Malaysia Association, serta menyiapkan projek tahun akhir sehingga berasa putus asa dan ingin menangguhkan pengajiannya.
“Saya sangat bersyukur mendapat penyelia yang sentiasa membantu dan menyokong saya dalam menyiapkan projek tahun akhir,” katanya.
“Kunci kejayaan saya adalah saya seorang yang suka belajar benda baru jika ada peluang saya akan ambil untuk mencuba yang terbaik,” katanya.
Sekadar informasi, Lua Pei Ling telah meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.85 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Psikologi Industri dan Organisasi).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.