Tracie Sinidol. Juara Dewi Remaja 2022 yang sememangnya mempunyai azam dan matlamat besar dalam dunia seni tempatan.
Baru berusia 22 tahun, gadis kelahiran negeri di bawah bayu, Sabah ini semakin meniti populariti tersendiri apabila kini dirinya diberi kepercayaan dan menerima ‘lamaran’ penerbit bagi menghiasi layar skrin.
Sempat menemu bual Tracie, dia mendedahkan pada mulanya agak ‘kekok’ di set pengambaran ketika menjayakan telefilem terbaharunya berjudul Diari Cintaku yang bakal ditayangkan di Astro.
Bertuah bergandingan dengan aktor popular tanah air, Ben Amir, dia memuji pelakon tersebut kerana banyak membantu dari segi lakonan selain berjaya menjalinkan ikatan kimia di antara mereka untuk genre romantik tersebut.
“Untuk perkembangan terbaharu, saya baru sahaja selesai pengambaran telefilem dan drama. Berita baik, Diari Cintaku bakal ditayangkan pada 24 April di Astro yang mana ini adalah telefilem romantik pertama saya dengan pelakon Ben Amir.
Ads
“Chemistry saya bersama Ben ada ketika sesi pengambaran. Walaupun pada mulanya saya banyak memikirkan ‘bagaimana mahu menjayakan babak romantik ini’ dan saya pun belum kenal Ben sangat. Paling rasa kekok semasa hari pertama pengambaran, bukan sahaja harus serasi dengan para pelakon tetapi kesemua kru juga dan pengarah.
“Namun, Ben okey dan sangat membantu. Menariknya, dia juga sebelum ini pernah tinggal di Sabah, jadi dia memahami apa yang saya katakan. Seminggu seterusnya saya mula okey dan menyesuaikan diri,” ujarnya kepada Remaja.
Bertanya mengenai hasrat besarnya dalam industri seni tanah air pula, Tracie memaklumkan dia idam untuk membawa watak aksi menerusi karya mahupun drama tempatan, sementelah dirinya diberi kepercayaan dalam genre romantik dan komedi seram sebelum ini.
Ads
“Dalam industri ini, saya berharap agar dapat muncul dalam pelbagai jenis genre. Komedi seram sudah, romantik pun sama. Jadi, why not selepas ini aksi pula kan. Mana tahu boleh jadi pelakon filem Polis Evo 4 Pula kerana saya memang minat berlakon genre aksi,” tuturnya.
Bintang jelita itu berkata demikian ketika ditemui di persembahan koleksi GUESS terbaharu bersama jemputan Hero Remaja dan Dewi Remaja, di GUESS Pavilion Kuala Lumpur, semalam.
Ads
Kongsi Tracie, dia menzahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan jenama terkenal tersebut lantaran ia adalah impian dan hasratnya sejak kecil lagi untuk berkolaborasi dengan mana-mana jenama terkemuka di pasaran.
“Saya berasa amat gembira kerana ini adalah pertama kali saya bekerjsama dengan Guess. Impian sejak kecil lagi untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama terkenal.
“Apabila saya berada disini, saya rasakan sesuatu yang ‘wow’ kerana tidak pernah jangka langsung hasrat saya akan benar berlaku seperti hari ini,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…
Kejayaan Dewi Natasha, 25, mengungguli pertandingan Miss Merdeka 2022 membuktikan yang dia sememangnya hebat dalam dunia ratu cantik. Gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 30 peserta yang lain.
Seiring dengan kemenangannya itu, dia berjaya membawa gelaran utama iaitu Miss Merdeka Dewi Pertiwi selain itu dia juga memenangi enam gelaran sampingan iaitu, Dewi Manifesto Terbaik, Dewi Anggun, Best Designer Award, Best Makeup Award, The Most Inspiring Video Award dan juga SOJ Beaute Ambassador.
Sebagai juara, Dewi Natasha turut membawa pulang mahkota kejuaraan dan juga wang tunai bernilai RM15’000.
Usai kemenangannya, gadis cantik ini menulis di Instagramnya, “Hidup ini penuh dengan Berkat.Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa atas kejayaan yang menakjubkan ini. Kepada semua orang yang telah bersama saya dalam perjalanan ini, kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa saya bersyukur kerana mempunyai anda di belakang saya.”
Dia juga turut berterima kasih kepada mereka yang banyak memberikan bantuan serta sokongan. “Kepada keluarga dan rakan-rakan saya, terima kasih banyak kerana menjadi pasukan sorak saya dan meningkatkan keyakinan saya dengan sentiasa menjadi penyokong saya. Love you guys so much! Semoga Tuhan merahmati anda semua,” tulisnya lagi.
Pemilik nama penuh Dewi Natasha Perumal Oddiar, dia yang berketinggian 169cm merupakan anak kacukan Dusun-India. Jadi tidak hairanlah jika dia memiliki kulit hitam manis yang menawan.
Bukanlah asing dalam dunia hiburan di negeri bawah bayu, Dewi Natasha merupakan salah seorang penyampai Radio ERA Sabah dan mengendalikan segmennya sendiri iaitu ERAmaiti setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang sehingga 8 malam.
Sebelum ini dalam dunia ratu cantik, dia pernah bergelar Unduk Ngadau Dun Sekong 2019, Miss Face of Humanity Malaysia 2022 dan juga memenangi tempat kedua Miss Grand Sabah 2020.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Izzue Islam bukanlah baharu dalam dunia seni tempatan, jejaka berusia 32 tahun ini berjinak-jinak dalam dunia hiburan sebagai pelakon tambahan sebelum di angkat sebagai pelakon utama. Setiap kali kelibatnya muncul di kaca televisyen atau pun layar lebar, tidak perlu disangkal bakat yang dimilikinya.
Baru-baru ini dirinya sekali lagi menjadi bualan apabila drama bersiri Rindu Kasih lakonannya bersama heroin, Ummi Nazeera menjadi sohor kini. Bukan hanya meraih tontonan yang ramai di kaca televisyen, drama tersebut turut tular di media sosial sehinggakan menjadi carian paling banyak diperkatakan di Twitter.
Jom kita lihat beberapa trivia mengenai selebriti popular yang memiliki lebih 4.2 juta pengikut di laman Instagram & TikTok ini.
Nama penuh Izzue Islam ialah Muhammad Izzul Islam bin Mazlan dan dia berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Dia pernah bekerja di kedai makan sebelum melangkah masuk ke dalam industri seni. Menurut sumber, ketika bekerja disitulah Izzue berkenalan dengan isterinya, Awin Nurin yang menjadi orang kuat di belakangnya sehingga hari ini.
Kredit foto: Instagram Izzue Islam
Jejaka kacak ini pernah mengganggotai kumpulan Forteen bersama Ariz Lufias, Ameerais Azhar dan One Sharifuddin. Dia mengundurkan diri dari kumpulan tersebut pada tahun 2018 sejurus tamatnya Gegar Vaganza 5. Kumpulan Forteen berjaya sampai ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut.
Selain berlakon dalam banyak telefilem dan drama televisyen, Izzue juga telah membintangi pelbagai filem. Antaranya seperti Songlap, 29 Februari, Kami Histeria, Suami Aku Ustaz, Remp-It 2 dan Juang
Hasil usahanya menampilkan lakonan yang berkualiti, Izzue pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia kali ke-25 menerusi watak Razak dalam filem 29 Februari. Selain itu dia juga banyak menerima pencalonan di anugerah berprestij seperti Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Bintang Popular dan Asian Televison Awards.
Kredit foto: Instagram Izzue Islam
Izzue juga pernah menjadi pemenang Vokal Berkumpulan Terbaik yang dimenanginya bersama kumpulan Forteen ketika Anugerah Industri Muzik kali ke-19.
Izzue dilihat sebagai antara gandingan serasi bersama Ummi Nazeera. Watak sebagai Amir yang menjadi suami kepada Salina (lakonan Ummi) dalam drama bersiri Rindu Kasih melonjakkan kredibilitinya sebagai pelakon. Sebelum ini, mereka pernah tiga kali digandingkan bersama dalam drama lain.
Kini, Izzue merupakan salah seorang dari 50 juri yang menghiasi pentas rancangan nyanyian All Together Now Malaysia musim kedua yang disiarkan setiap Ahad bermula 11 Disember 2022 di saluran Astro Ria.
Tak sabar nak menantikan naskah dari pelakon ini yang seterusnya, biarpun baru berusia 32 tahun, langkahnya dalam dunia seni sudah pun melebihi 10 tahun. Dia antara aktor berkaliber masa kini yang menjadi pilihan ramai pengarah.
Throwback sikit! Izzue bersama Nas-T, Aeril Zafril, Akim Ahmad dan Awi Rafael menghiasi majalah Remaja edisi Jun 2012. Those days!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena selebriti dari Korea memang sudah tidak asing lagi bagi peminat di negara kita. Ramai penyanyi dan pelakon mereka menjadi kegilaan masyarakat kita, bukan hanya yang muda, malah seluruh lapisan umur.
Tidak dinafikan wajah tampan dan jelita yang dimiliki mereka membuatkan ramai yang ‘jatuh cinta’ setelah melihat personaliti Korea.
Walaupun mungkin ramai yang mengganggap bahawa kecantikan yang dimiliki bukannya asli, tetapi kita tidak boleh menafikan hak yang mereka ada untuk melakukan sebarang transformasi.
Kalau korang ingin tahu bagaimana agaknya wajah asli mereka sebelum bergelar bintang terkenal, berikut kami senaraikan gambar antara personaliti wanita Korea dulu dan sekarang yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Vonne Kim.
1. Bae Suzy
2. Jun Ji Hyun
3. Park Min Young
4. Son Ye Jin
5. Lee Ji Eun (IU)
6. Kim Yoo Jung
7. Kim So Hyun
8. Yoo In Nah
9. Kim Go Eun
10. Sulli
11. Jang Nara
12. Kim Many
13. Song Hye Kyo
14. Park Bo Young
15. Park Shin Hye
Sebenarnya mereka ni memang dari dulu pun dah cantik kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!