Gaya Hidup

Restock Pun ‘Meletup’! Khairul Aming Catat Jualan RM3 Juta Sambal Nyet Bilis

Share

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming atau dikenali sebagai KA sekali lagi membuktikan ‘kuasa’ jenamanya apabila berjaya mencatatkan jualan RM3 juta Sambal Nyet Bilis menerusi Shopee hanya dalam tempoh satu malam.

Kejayaan itu dikongsikan sendiri oleh KA menerusi Threads selepas berlangsungnya restock besar-besaran produk Sambal Nyet Bilis, pada malam Rabu,  19 Ogos.

“Alhamdulillah kita berjaya capai jualan 3 juta ringgit kat Shopee malam ni. Terima kasih semua 😭😭”

Jualan RM3 Juta Sambal Nyet Bilis, 150,000 Botol ‘Standby’

Sebelum sesi jualan bermula, KA terlebih dahulu mengumumkan sebanyak 150,000 botol Sambal Nyet Bilis telah disediakan untuk official restock kali ini.

Bukan sekadar restock biasa, kempen tersebut turut menawarkan ganjaran lumayan kepada pembeli terpantas.

Lima pembeli terpantas yang berjaya membeli lima botol Sambal Nyet Bilis menggunakan ShopeePay berpeluang memenangi wang tunai RM10,000 setiap seorang, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Maknanya, sebanyak RM50,000 hadiah wang tunai ditawarkan hanya untuk lima pembeli bertuah!

Jualan tersebut dilancarkan tepat jam 8 malam menerusi Shopee Live di akaun Khairulamingbrand, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengikut dan peminat produknya.

Pencapaian jualan RM3 juta Sambal Nyet Bilis dalam tempoh satu malam itu sekali lagi memperlihatkan sambutan luar biasa yang diterima produk berkenaan setiap kali sesi jualan atau restock diadakan.

Terdahulu, Pelancaran Sambal Nyet Bilis Pecah Lima Rekod

Kejayaan terbaharu ini bukanlah kali pertama Sambal Nyet Bilis mencipta fenomena. Sewaktu pelancaran produk Sambal Nyet Bilis sebelum ini, KA turut mencipta pencapaian luar biasa apabila berjaya memecahkan lima rekod dalam satu malam, termasuk merekodkan jualan RM2 juta dalam tempoh kurang dua minit.

Menurut perkongsian KA ketika itu, lima pencapaian tersebut ialah jualan RM2 juta terpantas dalam masa hanya 1 minit 51 saat, selain mencatatkan jualan tertinggi dalam satu sesi livestream berjumlah RM3.5 juta.

Sesi berkenaan turut merekodkan peak viewers TikTok Shop Live seramai 388,000 orang, selain menyaksikan KA menjadi yang pertama menyertai ‘3 Mil Club’ TikTok Shop Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, pelancaran Sambal Nyet Bilis turut mencipta kelainan apabila dilakukan dari lokasi tertinggi di Malaysia.

Rekod terdahulu itu menjadikan pencapaian jualan RM3 juta Sambal Nyet Bilis ketika restock kali ini satu lagi kejayaan besar buat produk berkenaan selepas sambutan luar biasa yang diterima ketika pelancarannya.

Mengulas pencapaian luar biasa tersebut, KA menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kepercayaan orang ramai terhadap produk tempatan yang dibangunkannya.

“Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada produk tempatan kita. KA terhutang budi dengan anda semua. From the bottom of my heart, thank you.”

Daripada mencipta rekod ketika pelancaran sehingga sekali lagi meraih jualan RM3 juta ketika restock, nampaknya fenomena Sambal Nyet Bilis masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu ‘sejuk’.

Malah, jualan RM3 juta Sambal Nyet Bilis ini menjadi satu lagi pencapaian yang memperlihatkan kekuatan jenama Khairul Aming serta sambutan pengguna terhadap produk tempatan yang dibangunkannya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Darwisy