Hati-hati bila berada di sekeliling warga asing khususnya mereka yang tiada dokumen kemasukan ke negara ini secara sah. Ini kerana ada kalangan mereka ibarat bom jangka khususnya di saat penularan COVID-19 masih belum ada penawarnya.
Laporan Harian Metro, polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 untuk warga asing.
Dalam serbuan Ops Pemalsuan Keputusan Ujian Saringan Covid-19 jam 5.40 petang semalam di Jalan Alor, Kuala Lumpur, dua lelaki warga Bangladesh berjaya diberkas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati sindiket beroperasi di kaunter kaki lima kedai di Jalan Alor.
"Kaunter itu sudah beroperasi antara satu hingga dua minggu dengan setiap satu dokumen keputusan negatif ujian saringan Covid-19 dikenakan bayaran RM50.
"Polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600 sebulan. Premis beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari sehingga 9 malam yang mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
Ads
"Sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warga asing. Dua suspek diberkas di kedua-dua premis diserbu itu didapati bekerja dengan dua lelaki tempatan dan anggaran gaji RM1,500 dan RM1,700 sebulan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Ads
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
"Polis turut merampas pelbagai barang antaranya dua unit komputer riba, tiga unit mesin pencetak, dua unit mesin laminator dan dua helai kertas keputusan ujian saringan Covid-19.
Ads
"Selain itu turut dirampas, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan Covid-19 yang disyaki palsu, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong dan wang tunai RM1,331.
"Polis memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana polis berdekatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hebat betul penangan J-Hope dari Bangtan Boys. Dan inilah sokongan yang luar biasa diberikan oleh peminat BTS yang dikenali dengan nama ARMY.
Semalam, J-Hope telah melancarkan album mixtape yang sudah sekian lama dinantikan oleh peminat K-pop global bertajuk ‘Hope World’. Apa yang menarik selepas pelancaran tersebut, J-Hope telah mencipta rekod terbaru bagi artis solo Korea dengan mnduduki tempat pertama paling banyak di seluruh dunia.
Menurut laporan, pada hari ini mixtape J-Hope tersebut telah mendominasi carta iTunes di seluruh dunia sebaik sahaja ia dikeluarkan. ‘Hope World’ menduduki tangga pertama di iTunes Top Albums Chart di lebih 63 buah negara seperti Amerika Syarikat, England, Kanada, Brazil, Australia dan banyak lagi.
Single daripada mixtape tersebut berjudul ‘Daydream’ juga menjadi menjuarai beberapa carta iTunes Top Song Chart di seluruh dunia.
Mengulas tentang mixtape terbarunya ini, J-Hope berkata ia merupakan impiannya yang sudah sekian lama diimpikan. Menghasilkan sebuah mixtape yang unik dengan muzik pelbagai ‘warna’, dia mahu menceritakan kisah perjalanan muziknya menerusi album istimewa ini.
Tahniah Remaja ucapkan buat J-Hope! Korang ARMY semua memang hebat dan power!
Kita banyak membaca akhbar dan paparan di media sosial yang menyiarkan kisah wanita-wanita ditipu khususnya dari sindiket Love Scam membabitkan lelaki dari Afrika yang menawarkan cinta palsu kepada perempuan kesepian.
Paparan wajah kacak, ayat manis, mempunyai kerjaya hebat, kata nak beri hadiah mahal-mahal tetapi akhirnya menangis sendirian bila wang sudah lepas.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM telah menyenaraikan 17 cara untuk mengenali penipuan Love Scam. Sesuai dengan taglinenya BE SMART, DON’T BE A VICTIM OF CYBERCRIME, pihak polis menggariskan panduan mudah agar orang ramai tidak terpedaya.
So korang, kalau ada tanda-tanda ini pada lelaki yang dikenali, angkat saja kaki ya dan lari jauh-jauh. Jangan mudah terpedaya kerana ada kes dilaporkan bukan saja duit tetapi body pun boleh tergadai kerana janji manis lelaki Afrika ini.
Berlaku peningkatan kes jenayah melibatkan warga Afrika di negara ini
Bagaimana untuk mengenal pasti penipuan?Mana-mana tingkah laku yang berikut perlu meningkatkan kebimbangan bahawa orang yang sedang berinteraksi dengan anda ialah penipu:
Mengenali Penipu Dalam Love Scam
1) Menyamar dengan gambar-gambar lelaki kacak dari USA atau Benua Eropah dalam laman sosial.
2) Menyamar dengan gambar-gambar wanita yang seksi.
3) Seorang duda yang baru bercerai dan ingin mencari pasangan hidup.
4) Mempunyai darah kacukan, bapa berasal dari USA atau Eropah, manakala ibunya berasal dari Malaysia atau sebaliknya.
5) Mempunyai kerjaya yang hebat dan berjaya seperti ahli perniagaan, doktor, pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya.
6) Menyatakan bekas pelarian dari Negara Afrika dan mempunyai wang yang dibeberapa negara yang tidak dapat dikeluarkan.
7) Akaun penjenayah dalam laman sosial adalah mencurigakan dan palsu dimana gambar-gambar peribadi terlalu kurang (3 atau 5 gambar sahaja).
8) Mengambil masa yang lama untuk membalas mesej dalam email atau laman sosial yang lain.
9) Cuba mengelak komunikasi menggunakan webcam computer.
10) Panggilan manja dan romantik dalam masa yang singkat
11) Ada ayat-ayat cinta untuk memikat.
12) Menjanjikan perkahwinan.
Selalu wanita ditawarkan hadiah mahal-mahal tetapi sebenarnya itu taktik untuk menipu duit perempuan
13) Akan menghantar bungkusan yang berisi hadiah mewah.
14) Akan datang ke Malaysia untuk jumpa mangsa dan keluarga.
15) Menggunakan akaun pihak ketiga (milik warga tempatan).
16) Mangsa dikehendaki membayar bungkusan yang dihantar.
17) Meminta wang walaupun tidak pernah bertemu dengan mangsa.
Kita sering diwarkan dengan individu memakai gelang pink yang sewenangnya berada di tempat awam walau menyedari diri mereka perlu menjalani kuarantin demi mengelak penularan COVID-19.
Namun tanpa sedar, selain gelang warna pink, ada lagi beberapa warna melibatkan individu yang perlu menjalani kuarantin di rumah seperti putih, biru, merah dan kuning.
Jom prihatin dengan warna-warna gelang ini kerana kita perlu laporkan segera ke pihak berkuasa jika terserempak dengan individu memakai gelang pelbagai warna ini.
Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.
Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan.
Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut.
Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga untuk mendapatkan bekalan makanan.
Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan COVID- 19.
KKM sangat berterima kasih atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan (front liner) di kawasan masing-masing yang bertindak melaporkan individu dengan gelang kuarantin yang berada di tempat umum.
Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai KKM. Sumber : FB KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaden Smith dan Jackie Chan kembali bertemu dalam momen penuh emosi yang mengimbau kenangan The Karate Kid serta hubungan mentor yang kekal hingga hari ini.