Seorang lelaki warga asing telah dipukul oleh sekumpulan lelaki tempatan gara-gara beliau menjual baju cetak rompak dan sekumpulan lelaki tersebut naik berang dan bertindak untuk memukulnya. Selepas satu rakaman video yang tular malam tadi, polis telah giat menjalankan siasatan ke atas sekumpulan lelaki ini.
Dikatakan sekumpulan lelaki ini berang kerana baju mereka telah dicetak rompak oleh warga asing ini dan telah menyebabkan kerugian kepada mereka kerana didapati ramai pelanggan mereka tertipu lalu ada yang telah bertindak untuk ‘boikot’ jenama mereka. Akibat rasa marah, mereka telah bertindak untuk mencari dan berjumpa dengan lelaki warga asing ini yang telah dituduh atas kesalahan mencetak rompak baju mereka dan mengambil kesempatan ke atas jenama mereka.
Sumber: Harian Metro Tangkap layar video tular di media sosial
Kejadian ini dilaporkan telah berlaku di sebuah kawasan kaki lima berdekatan sebuah premis kedai terletak di Cheras, Kajang. Menurut sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan dimulakan sebaik sahaja video ini tular di media sosial.
Ads
Tambahnya lagi, terdapat beberapa kesalahan yang telah dilakukan dan antaranya ialah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul secara beramai-ramai dan tiada penjarakan fizikal diantara mereka.
Terdahulu, kejadian yang sama pernah terjadi dan tular di media sosial dimana rakaman video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang suspek telah kelihatan memukul seorang lelaki warga asing berkenaan dan diikuti oleh beberapa rakan suspek yang lain melakukan tindakan yang sama. Menurut sumber, mereka mendakwa kejadian itu didalangi oleh sekumpulan suspek terdiri daripada pengikut dan juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek yang didakwa telah menjual baju cetak rompak NGO tersebut.
Ads
Ads
Namun, beberapa warganet telah menyuarakan pendapat mereka dan ada yang berpendapat bahawa tindakan sekumpulan lelaki ini tidak wajar dan ianya seolah-olah tidak masuk akal kerana mereka bertindak tanpa berfikir panjang dan juga tidak menyelesaikan masalah dengan cara yang baik..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia'. Inilah buku yang baru dilancarkan oleh penulisnya, Kean Wong.
Memaparkan wajah kanak-kanak pada lambang bulan dan bintang, wajah wanita di hadapan selain harimau yang memijak buaya, gambar hadapan kulit buku ini didakwa menyamai lambang jata negara (simbol kedaulatan negara) yang digunakan pakai di passport Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan individu memegangnya.
Buat anak muda, dalam erti kata mudah, jata negara adalah lambang kedaulatan dan satu negara merdeka.
Sebaik buku ini dilancarkan oleh penulisnya, wujud respon mempersoalkan mengenai maksud di sebalik buku ini dilancarkan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta KDN menyiasat penulis, penyunting dan penerbit buku terbabit jika wujud motif biadab serta menghina lambang rasmi negara (sumber Berita Harian).
Bukan hanya Dr Asyraf Wajdi, tetapi bantahan turut disuarakan oleh Pemuda Negara Wilayah Persekutuan Adi Ikmal Isa yang meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku “Rebirth” yang mengubah suai Jata Negara pada muka hadapan buku berkenaan (sumber MalaysiaGazatte).
Hal yang sama disuarakan oleh Dr Ahmad Sanusi yang mengulas isu ini di laman fbnya yang bertanya adakah ini penghinaan pada jata negara?
Asyraf Wajdi berkata, imej dipaparkan pada buku itu menggambarkan ada pihak tidak peduli dengan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016.
"Nampaknya akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini," katanya.
Ini hukuman menanti kalau hina Jata Negara
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
Bacalah perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai buku ini.
Penghinaan Pada Jata Negara?
=========
1. Kalau dahulu timbul isu Jalur Gemilang dikibarkan terbalik, hari ini timbul pula aduan yang mengadu tentang isu Jata Negara seakan dipermainkan. Dalam sebuah buku yang disunting oleh Kean Wong, muka hadapan buku tersebut seakan mempamerkan Jata Negara yang telah diubah.
2. Gambar yang mirip Jata Negara itu menyelitkan watak seorang kanak-kanak yang berbogel pada bulan dan bintang. Pada hakikatnya, menurut Jabatan Penerangan Negara, bulan dan bintang pada Jata Negara ini adalah simbolik kepada Agama Islam. Malaysia mengangkat Agama Islam sebagai Agama Persekutuan buat negara ini.
3. Gambar tersebut turut mengubah Cogan Negara yang dinukilkan dalam Bahasa Melayu dan Jawi. Ruang Cogan telah diubah menjadi gambar buaya merah. Begitu juga gambar harimau disisinya dipamerkan dengan penampilan yang berbeza.
4. Biarpun kita tidak memahami tujuan sebenar pelukis atau penulis atau penerbit yang memaparkan gambar mirip Jata Negara ini pada buku ini, namun kita mestilah mendidik rakyat agar menghormati simbol rasmi negara.
5. Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Dalam peruntukan undang-undang turut menyebutkan tentang larangan menggunakan Lambang Negara dengan kaedah yang tidak wajar dalam Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
6. Sekiranya pelukis atau penulis atau penerbit memang berniat untuk menghina Jata Negara, maka kumpulan seperti ini seharusnya boleh dikenakan tindakan. Mereka bukan sahaja menghina Jata Negara, bahkan mengubah simbol Agama Islam yang dipaterikan dalam lambang rasmi negara ini.
7. Ingatkan kepada warga Muslim bahawa Rasulullah memilih sahabat yang hebat yang berperanan menjaga lambang rasmi Islam. Mereka yang memegang bendera rasmi adalah mereka yang bukan calang-calang. Bendera Islam ketika dalam Badar di pegang oleh Mus’ab ibn Umayr sehinggalah beliau syahid dalam perang Uhud.
8. Malah begitu pentingnya simbol rasmi ini, Rasulullah menamakan nama-nama tertentu yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah untuk mendaulatkan perjuangan dan bendera Islam. Perkara ini boleh diperhatikan dalam Perang Mu’tah dimana Rasulullah telah menamakan Zaid ibn Haritha, dan Ja’far Abu Talib dan Abdullah ibn Rawahah yang mana kesemua mereka bukan calang manusia. 9. Masyarakat mestilah dididik menghormati lambang rasmi Negara. Ia sebagai langkah membina kesetiaan dan penghormatan buat tanah air tercinta. Janganlah bersikap seperti segelintir kita yang merendahkan simbol negara, mengibarkan jalur gemilang secara terbalik bahkan merendahkan tulisan jawi yang menjadi identiti negara.
10. Kumpulan yang menghina lambang rasmi negara tidak layak dianggap sebagai warganegara. Mereka tidak menghormati perjuangan dan usaha datuk nenek dahulu dalam mendapatkan kedaulatan negara ini.
Jika kamu seorang pengguna laman media sosial yang tegar terutamanya Twitter, nama Yanet Garcia yang diberi gelaran ‘Gadis Cuaca Tercantik Di Dunia’ pasti tidak asing lagi.
Yanet Garcia yang merupakan pembaca ramalan cuaca untuk sebuah program TV, ‘Hoy’ di Mexico dan juga seorang hos serta selebriti yang sangat popular kerana sangat cantik.
Namanya menjadi viral pada tahun 2015 dan Yanet mula menjadi seorang selebriti Internet dalam pada masa yang singkat. Kini dia telah mengumpul jutaan follower dari seluruh dunia. Maka wujudlah ramai pemuja Yanet Garcia yang cukup setia.
Ramai peminatnya terutama lelaki berasa agak kecewa selepas Yanet mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka pilihannya, Daouglas ‘FaZe Censor’ Martin yang merupakan seorang pemain video game profesional.
Namun segalanya berubah pada 21 Julai yang lalu apabila Douglas telah mengumumkan hubungan cintanya dengan Yanet telah berakhir kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada gaming.
Ya, memutuskan ikatan cinta dengan seorang wanita yang menjadi pujaan jutaan lelaki di seluruh dunia kerana ingin bermain video game sepenuh masa tanpa gangguan.
And yes, kami tidak bergurau! Dia putuskan cinta sebab nak main video game sepenuh masa.
Dia mengumumkan berita tersebut di laman YouTube miliknya dengan menyatakan dia memutuskan hubungan dengan Yanet kerana ia adalah perkara yang harus dilakukannya. Menerusi video berdurasi lebih 10 minit tersebut, Douglas menyatakan Yanet merupakan seorang gadis yang hebat dan bijak.
“Yanet seorang gadis yang hebat, dia layak mendapat yang terbaik. Dia cantik, bijak dan seorang teman wanita yang awesome. Saya tahu ia mungkin kendegaran agak janggal namun ini merupakan keputusan yang terbaik perlu saya lakukan”.
Jelasnya lagi, hubungan mereka menjadi semakin tidak menentu selepas Yanet berpindah semula ke Mexico City untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon dan peragawati serta meneruskan kariernya sebagai weather girl. Manakala Douglas pula tinggal di New York.
Berita tentang keputusan yang diambil Douglas ini mengejutkan ramai pihak, terutaanya di kalangan follower Yanet yang seakan-akan meraikan perkhabaran tersebut.
Malah tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat kepada Yanet untuk tabah berdepan dengan ujian ini.
Tapi yang paling menarik perhatian REMAJA pastinya ‘meme‘ yang dicipta oleh netizen yang seakan-akan tidak percaya dengan berita ini.
Menerusi laman Twitter, Yanet turut meluahkan rasa kekecewaannya. Tapi menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram, Yanet kini seakan sudah menerimanya dengan baik dengan kapsyen ‘Love Yourself!”
Muhamad Ashraf Mohamad Haisham bukan nama asing dalam sukan olahraga paralimpik. Atlet olahraga negara ini menjadi kebanggaan negara dengan kejayaan meraih perak di temasya Sukan Para Asia 2018, selain empat emas, dua perak dan satu rekod Sukan Para ASEAN (APG) setakat ini.
Acara 1,500m lelaki (T46) pada temasya Sukan Para ASEAN 2022 Solo di Stadium Manahan hari ini. (Foto Via Sinar Harian)
Pada hari ini, beliau mengungguli acara 1,500m lelaki T46 (kecacatan anggota) dengan mencatatkan 4 minit dan 33.180 saat di Stadium Manahan, manakala pesaing dari Vietnam Tran Van (4:34.300s) dan King James (4:34.880s) dari Filipina masing-masing mendapat perak dan gangsa.
Ia merupakan pingat keduanya di Solo, selepas merangkul perak acara 5,000m semalam dalam penampilan pertama bagi acara itu.
Keyakinan Untuk Teruskan Hidup
Siapa sangka disebalik kejayaannya, pemuda ini pernah mengakui hampir hilang semangat dan setahun tidak keluar dari rumah akibat kehilangan tangan kirinya, iaitu tangan dominannya lebih kurang 10 bulan sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Malah, Muhamad Ashraf mengatakan kehidupan menjadi sangat mencabar untuk dua tahun seterusnya.
“Mulanya agak susah, saya tidak ke sekolah kerana malu dengan tangan sebelah sebab kawan-kawan yang lain normal. Saya pergi ke (pusat) rehabilitasi, belajar untuk menulis dengan tangan kanan selama enam bulan untuk menduduki SPM.
“Apabila saya menyertai sukan para, (sukan bagi orang kurang upaya – OKU), saya dapat melihat ada yang lebih teruk dari saya, lumpuh, berkerusi roda… Dari situ saya dapat keyakinan untuk meneruskan hidup. Jadi saya nak pesan kepada OKU yang rasa rendah diri, cuba tonjolkan diri, mungkin ada bakat terpendam yang belum terserlah.
“Apabila kita keluar bergaul dengan orang senasib, kita mendapat motivasi yang lebih. Saya dah lalui perkara ini, jadi saya cuba tonjolkan diri untuk memberi semangat kepada mereka yang senasib,” katanya yang bakal mempertahankan emas acara 800m esok.
Pada penampilan pertamanya di APG Singapura 2015, beliau meraih emas bagi acara 800m dengan rekod kejohanan 2:03.67s dan perak bagi 1,500m, manakala kali terakhir APG diadakan di Kuala Lumpur pada 2017, Muhamad Ashraf menang emas acara 800m dan 1,500m, manakala perak bagi acara 400m.
Tak sabar rasanya untuk melihat Asyraf bertanding nanti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda suka menonton program realiti nyanyian Big Stage, tentu anda sudah biasa dengan bakat-bakat muda tanah air yang mencipta fenomena.Big Stage bukan sekadar...