Dicanang sebagai pertunjukan fesyen terbesar yang belum pernah disaksikan di Malaysia sebelum ini, jenama Cheetah kembali ke pentas peragaan tempatan semalam setelah kali terakhir melakukannya di sini pada tahun 1989.
Bertempat di MITEC Kuala Lumpur, Cheetah Malaysia bersama Pengarah Kreatif jenama tersebut, Dato’ Jovian Mandagie membawa semula nostalgia gaya-gaya era 90-an dengan inspirasi sukan tenis daripada kejohanan Wimbledon.
Koleksi ini sekaligus menandakan permulaan baharu dalam rekaan jenama Cheetah di Malaysia selepas ini agar ia lebih dekat dengan hati pemakai muda yang menggemari trend ‘fast fashion’.
Gelanggang tenis dibina khas dalam dewan MITEC Kuala Lumpur sebagai pentas peragaan fesyen Cheetah di bawah arahan Dato’ Jovian Mandagie.
70 orang model yang terdiri daripada si cilik hinggalah model dewasa mewarnai pentas dengan variasi jenis persalinan bertemakan rekaan athleisure tenis yang masih bersesuaian untuk digayakan di luar gelanggang sukan.
Kata Dato’ Jovian Mandagie, beliau mengenang semula memori zaman kanak-kanak apabila disarungkan pakaian jenama Cheetah untuk aktiviti di sekolah. Pastinya ramai di antara kita juga memiliki perasaan tersebut apabila menyebut nama jenama tersebut.
Ads
Pengarah Kreatif Cheetah Malaysia, Dato’ Jovian Mandagie.
“Koleksi ini sentimental untuk saya kerana ia mengimbau kenangan 28 tahun lalu, di mana ibu saya akan membelikan pakaian Cheetah saya untuk kelas Pendidikan Jasmani. Saya masih ingat perasaan bangga dan gembira ketika memakainya pada ketika itu.
“Lalu, peluang menghasilkan keseluruhan koleksi bersama Cheetah ini merupakan satu penghormatan untuk saya dan pasukan yang bekerja keras agar ia dapat diterima oleh golongan ‘millennial’. Kami inginkan ramai orang sedar Malaysia sebenarnya mempunyai banyak jenama hebat dalam negara untuk dibanggakan,” jelasnya.
Wajah koleksi Cheetah musim bunga/panas 2022, Daiyan Trisha dan Uriah.
Koleksi musim bunga/panas 2022 ini menggabungkan sukan dan gaya hidup agar ia menjamin nilai fesyen dan keselesaan untuk pemakai lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Pemilihan materialnya dibuat dengan teliti dan palet warna campuran yang ‘fusion’ kelihatan menyegarkan bagi pemerhati yang hadir.
Ads
REMAJA juga tertarik dengan gabungan bahagian top dan bawah termasuk seluar dan skirt dengan jenama Cheetah tertera di bahagian waistband. Ia membolehkan pemakai menyuai padan pakaian berbeza mengikut citarasa dan keperluan mereka. Hendak mix and match? Go on!
Kongsi Dato’ Jovian lagi, beliau dan Cheetah Malaysia akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu di samping mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar terus relevan dan selaras dengan keinginan pembeli muda.
Ads
Tahniah buat team Cheetah Malaysia dan Jovian Mandagie!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik bukan sekadar pertandingan semata-mata. Sebaliknya, ia mampu merubah kehidupan peserta yang menyertainya apatah lagi jika menjadi juara. Terbaharu, khabar dari Kanada, gadis orang asli dari suku Mushkegowuk Cree First Nations telah berjaya merebut gelaran Miss World Canada.
Emma Morrison, 22, mencipta sejarah dalam pertandingan yang telah dianjurkan sejak tahun 1957 itu. Seiring dengan kemenangannya, dia dimahkotakan oleh Miss World Kanada 2021, Jaime Yvonne. Dia dijangka mewakili Kanada tahun hadapan di Miss World 2023 yang bakal berlangsung di Vietnam
“Adalah satu keistimewaan untuk menjadi wanita Orang Asli pertama yang memegang gelaran Miss World Canada 2022. Saya berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk mewakili Muskegowuk Cree Nation saya bersama-sama dengan yang lain di seluruh Turtle Island mengikut kemampuan saya. Perjalanan saya bermula sekarang,” ujarnya.
Emma bukan sahaja memenangi gelaran Miss World Canada, dia turut memenangi gelaran Beauty with a Purpose (BWAP). Projek BWAP Emma melibatkan inisiatif untuk memperkasakan kembali budaya Orang Aslinya dengan membuat skirt reben tradisional yang mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Projek BWAP yang dilakukannya itu berkait rapat dengan kes penemuan rangka kanak-kanak orang Asli yang telah dipaksa berasimilasi denganbudaya barat di bekas tapak sebuah sekolah lama.
“Selepas 215 kubur yang tidak bertanda ditemui di sekolah berasrama Kamloops, insiden itu memberi inspirasi kepada saya untuk berhubung semula dengan budaya turun temurun. Dan inilah ketika saya mula menjahit skirt reben untuk dipakai sendiri untuk mengingatkan saya untuk berbangga menjadi wanita Orang Asli.
“Ia merupakan perasaan yang saya ingin berkongsi dengan orang lain. Jadi inilah masanya saya mula mencipta skirt reben untuk dipakai oleh wanita Orang Asli lain supaya mereka mempunyai pautan fizikal kepada budaya mereka dan mengingatkan mereka dan rasa punya kuasa, berbangga menjadi wanita Orang Asli”, tulisnya.
Sedikit sejarah mengenai Miss World Canada, setakat ini wakil negara maju itu belum pernah menjuarai pertandingan tersebut. Namun mereka pernah tiga kali bergelar naib juara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ni siapa je yang tak suka beli online. Selain mudah dan cepat, harga yang ditawarkan pun kadang kala lebih murah berbanding yang ada di pasaran.
Termasuklah edagang popular shopee.
Sumber Gambar : Shopee.com.my
Disebabkan itu lebih ramai individu yang memilih untuk membeli-belah secara online. Namun begitu, ada juga kebarangkalian untuk korang ditipu.
Shopee mengatakan kini mereka mendapati terdapat dua bentuk scam baru yang dikenal-pasti, dinamakan Parcel Scam.
Sumber Gambar : Shopee.com.my
Dua senario berbeza digunakan, dan ia dimulakan dengan menghantar SMS yang menyertakan pautan.
Dalam situasi pertama, penipu berkenaan berlakon menjadi syarikat penghantar barangan, dan menghantar SMS mengatakan barangan anda kini terdapat di kedai mereka – dan pengguna perlu membayar caj penghantaran atau cukai sebelum dapat memprosesnya. Penipuan ini adalah salah satu cara untuk mereka mendapat duit “penghantaran” berkenaan, dan hilang selepas itu.
Melalui situasi kedua pula, SMS dihantar dengan pautan yang disorokkan dan dipaparkan sebagai laman Shopee.com.my. SMS berkenaan mengatakan anda telah memenangi hadiah, dan perlu membayar caj penghantaran untuk dapat memprosesnya.
Sumber Gambar : Campaign Asia
Anyway gaiss, kalau korang nak beli secara online pastikan lebih alert dan berhati-hati. Kalau rasa ada yang tak kena, baik korang siasat atau tanya pada kawan-kawan yang lebih tahu.
Jadi, berhati-hati la ya sebelum terkena.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend sekarang, golongan muda remaja terutamanya suka mewarna dan meluruskan rambut. Style tu memang la style tapi korang pernah terfikir tak berapa banyak bahan kimia yang terkandung dalam ubat rambut tu?
Bahan asas di dalam pewarna rambut dan meluruskan rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut.
Tapi paling menakutkan, kajian telah membuktikan golongan yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara.
Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun.
Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus.
Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.
Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut
Untuk info, terdapat lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut. Wow!
Jadi sungguh jelas membuktikan bahawa mewarna atau meluruskan rambut ini secara kerap boleh membahayakan kesihatan. Tapi pada pandangan penulis la kan, korang lagi cantik dengan warna rambut yang semulajadi. So pilih nak cantik ke nak sakit?Hiks..
Sumber : Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.