Jom Sambut Tahun Baru In Advance Dengan Konsert Percuma Malam Ni!

Share

 

Apa yang korang tahu tentang lagu-lagu 50-an dan zaman selepas itu?

 

Errr, okay kami pun honestly tak berapa familiar sangat dengan lagu-lagu era tersebut.

Disebabkan itulah, kami teruja untuk menyaksikan Konsert The Era yang bakal berlangsung pada malam ini. Bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA Kuala Lumpur, para pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Pengurusan Seni & Budaya akan mempamerkan persembahan agar kita mengenali peranan muzik mengikut zaman.

Sebagai contoh, mereka menunjukkan bagaimana era 60-an popular dengan lagu rancak dan banyak menggunakan percussion seperti gitar dan drum.

Era 70-an terarah kepada genre rock dan irama pop manakala 80-an sangat diminati kerana zaman rock dan blues amat ‘menyengat’  sehingga sekarang.

Semua itu akan dipersembahkan kepada korang selama 2 jam, dan TIKET MASUKNYA ADALAH PERCUMA

. Yes percuma!

Make sure korang cepat-cepat datang pada jam 8.30 malam ini and catch these acts with us:

 

Alvin Chong

 

Ayie Elham F88

 

Alyssa Rosli

 

Shaffiq Erwin

 

Twenty2

 

Azzam Sham

 

Akmal Ayub

 

Jumpa malam ni gaiss..

IKLAN