Johnny Depp Ucap Terima Kasih, Buka Akaun TikTok & Raih Lebih 8 Juta Pengikut

Share

Johnny Depp akhirnya memilih untuk membuka akaun TikTok selepas kemenangan terhadap kes perbicaraan kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard.

ARTIKEL BERKAITAN : Johnny Depp Buka Akaun TikTok, Raih Lebih 8 Juta Pengikut Dalam Tempoh 15 Jam

Hal ini juga membuat para peminat di seluruh dunia teruja selepas beliau dilaporkan membuka akaun TikTok miliknya semalam.

Pada waktu artikel ini ditulis, pelakon filem Pirates of the Caribbean itu kini meraih lebih 8,400,000 pengikut dalam tempoh kurang 24 jam selepas membuka akaun di TikTok.

Johnny memuat naik video pertama ala montaj yang menunjukkan dirinya melambai kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

 

@johnnydeppTo all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD♬ Stranger – Love Joys

Dalam pada itu, Johnny mengucapkan terima kasih kepada para peminat di ruangan kapsyen.

“Kepada semua penyokong yang sangat setia, tidak berbelah bahagi dan paling dihargai, kita telah pergi ke semua tempat dan juga melihat segala-galanya bersama.

Kita telah melalui jalan yang sama dan mampu melakukan perkara yang betul bersama-sama kerana anda mengambil berat. Kita semua akan maju bersama-sama sekarang.

Anda merupakan majikan saya seperti biasa dan saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi. Salam cinta dan hormat daripada saya.” JD

Video itu telah meraih lebih 16 juta tontonan pada waktu artikel ini ditulis.

Korang dah ikut belum akaun TikTok Johnny Depp ni?

BACA LAGI : Angelina Jolie Buka Akaun Instagram, Sampai Mesej Kemanusiaan & Cipta Rekod Dunia!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN