Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan baharunya, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di platform Threads. pasangan tersebut difahamkan mengambil keberkatan bulan Syawal kali ini untuk bergelar suami isteri yang sah bertempat di kediaman Jofliam.
Menariknya, bukan hanya warganet yang mengambil maklum akan penyatuan merpati dua sejoli tersebut tetapi juga bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal.
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud menerusi entri terbaru di Instagram dilihat seolah-olah menyindir usahawan piza itu dan isteri baharunya dalam bentuk ‘ucapan tahniah’.
Ads
“Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan, “Tahniah Han dan Yuki dapat bibik baru.
“Untuk Qurqy (panggilan buat Dewi), good luck melayan tantrum abiang (panggilan buat Jofliam).
Ads
“Jaga abiang elok-elok sebab abiang memang lemah dengan perempuan acah macam kau. Kalau takut abiang curang lagi, bolehlah sorok abiang dalam almari.
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell.
“Sekian terima kasut,” coret Cik Epal.
Ads
Untuk pengetahuan korang, nama Dewi sebelum ini hangat akibat dituduh sebagai insan ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan Jofliam yang terjalin sejak 1 Jun 2014.
Tidak lama selepas itu, Jofliam mengakui sememangnya sedang bercinta dengan Dewi dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Setelah penceraian Jofliam dan Cik Epal selesai pada tahun lalu, timbul pula isu hak penjagaan dua orang cahaya mata mereka bernama Han dan Yuki yang dimuat naik sendiri oleh dua bekas pasangan berkenaan ke media sosial; lalu mengundang persepsi tidak manis dalam kalangan warganet.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Exclusive preview of our photos! ( My wife @Mei Mei (Rui Mei), Happiest day in our live,” coretnya.
Sama cantik dan sama padan, hantaran tersebut turut dilihat pasangan merpati dua sejoli itu secocok memakai baju berona putih suci, sementara Pinn Yang mengenakan blazer berwarna kelabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menzahirkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu.
“Mesti isteri dapat kejutan hari-hari, tahniah Pinn Yang,” komen seorang pengguna.
“Syabas dan tahniah buat Pinn Yang dan isteri. Semoga kekal bahagia selamanya,” tulis lagi pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Pinn Yang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
First impression sewaktu pasangan mengajak dating memang penting.
Tetapi masalah akan timbul apabila si lelaki atau si perempuan mula tak yakin dan merasa gugup sebelum tarikh dating tiba. Banyak benda yang akan bermain di fikiran sehingga korang lakukan 4 jenis kesalahan ini.
01
Lelaki Poyo
Lelaki, secara amnya memang suka kelihatan lebih ‘hebat’ berbanding perempuan. Tak kiralah daripada segi taraf pendidikan, kewangan atau pekerjaan, mereka sememangnya tidak mahu kalah dengan kaum hawa.
Maka, tak hairanlah jika ada lelaki yang sanggup berbohong dan cakap besar ketika first date.
Bercerita tentang mempunyai tiga buah kereta mewah atau selalu shopping di luar negara mungkin bukanlah satu topik terbaik untuk korang impress wanita. Percaya tak sebenarnya bukan semua wanita tu gila pada harta dan wang?
Sebaliknya, perempuan akan menganggap lelaki seperi ini adalah seorang yang poyo!
02
Sembur Minyak Wangi Terlalu Banyak
Tak dinafikan perempuan sangat menitik beratkan soal penampilan. Selain pakaian, bau badan juga selalu menjadi kerisauan mereka. Ramai perempuan menganggap bau wangian dapat menambat hati lelaki tetapi kalau dah sembur hampir satu botol minyak wangi, tak ke pening si jejaka tu?
Relaks sis! Tak perlu habiskan berbotol-botol perfume semata-mata nak tarik perhatian lelaki. Selagi badan korang tak berbau kuat, pakai wangian ala kadar pun dah cukup memadai. Haa, tapi jangan lupa pakai deodran ya, yang tu penting. Hiks!
03
Perlu Sediakan Cash Tebal?
Selain daripada first impression, idea dating untuk kali pertama perlu menjadi memorable. Barulah boleh ceritakan kembali kepada cucu cicit korang.
Bagi lelaki, mereka akan merasakan tekanan untuk mengeluarkan duit, terutamanya di kalangan remaja yang masih belajar. Duit belanja sendiri pun tak cukup tapi nak bagi macam-macam kepada pasangan. Naik cruise lah, pergi restoran di hotel lah…Amboi – romantik eh?
Sebenarnya, korang tak perlu pun lakukan aktiviti yang memerlukan perbelanjaan tinggi. Paling penting kedua-duanya kena merasa seronok melakukannya. Pergi tengok movie, lepak dekat kafe atau jalan-jalan sekeliling bandar pun sebenarnya dah cukup.
Bila hati dah suka, semua aktiviti itu mudah untuk diingati sampai bila-bila.
Tak perlulah sampai kena berhutang semata-mata nak nampak kaya atau cool.
04
Pakai Mekap Tebal
Mesti korang tak nak perempuan macam sebelah kanan, kan? Sorry TYRA!
Isu tak yakin dengan diri sendiri memang selalu menghantui perempuan.
First date adalah peluang bagi pasangan mengenali diri masing-masing. Tapi kalau si perempuan dah bermekap tebal 2 inci, macam mana korang expect lelaki boleh mengenali diri korang? Jadi takut adalah!
Salah satu sebab perempuan akan bermekap tebal adalah kerana kondisi kulit wajah yang tak memuaskan hati. Senang cerita, kulit ada bekas jerawat, parut, liang pori besar dan warna kulit tak sekata.
Semua tu normal bagi remaja kerana faktor hormon. Namun, takkanlah korang nak biarkan saja masalah ini daripada berlarutan?
Salah satu cara untuk mengatasi masalah kulit adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup, menjaga pemakanan dan memilih produk yang betul. Contohnya, minyak Bio-Oil yang baik untuk kulit wajah.
Bio Oil (60ml) cuma berharga RM32.95 je, lets try!
Selalu kita dengan Bio-Oil popular di kalangan ibu mengandung je kan. Salah ~ ia juga berkesan bagi remaja yang ingin memudarkan cacat-cela pada kulit wajah.
Selain itu, Bio-Oil pun boleh dijadikan pelembap kulit yang berkesan. Ia mempunyai campuran vitamin A dan E serta minyak tumbuhan semulajadi. Sebab itulah Bio-Oil berkesan!
Gunakan dua kali sehari dengan hanya sapu kan pada kawasan berparut sehingga ia diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Paling best, korang boleh dapatkan Bio-Oil 60ml hanya berharga RM25 disinidengan menggunakan kod promosi MYHERM25.
Millie Bobby Brown antara selebriti remaja yang tak suka bermekap tebal. Cukup sekadar untuk serikan wajah bersesuaian dengan usianya yang baru mencecah 13 tahun.
Macam perempuan ni, cer tengok. Mesti ada di kalangan korang yang pernah – err – tipu DP Instagram sebab tak confident dengan kulit wajah sendiri kan?
Selepas ni, talk perlulah korang bermekap tebal lagi selepas ini. Ingat..
Natural itu lebih seksi di mata lelaki!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah dengar tak keluhan seorang lelaki yanh sentiasa gagal memahami hati dan perasaan kekasihnya. Actually guys, perempuan memang tidak perlu kita fahami tetapi perlu kita sayangi.
Dengan menyayanginya secara otomatik kamu akan faham akan perangai, fiil serta segala celoteh permintaan bukan-bukannya yang kadangkala buat korang pening kepala.
Perempuan kadangkala lebih gemar berahsia dan sering apa yang terpacul dari mulutnya jauh benar bezanya dengan apa yang tersirat di hati.
Masalahnya lelaki sifatnya cukup naif dan disebabkan ini juga banyak hubungan menjadi retak. Tak hairanlah ramai perempuan melabelkan buah hati mereka sebagai makhluk yang tak peka dengan perasaannya.
Nak tahu apa contoh apa yang perempuan katakan tetapi maksudnya berbeza?
1. “I tak apa-apa. I okay je…”
Lelaki harus akui perkara ini. Kamu tidak boleh tanpa mereka dan dalam masa yang sama kamu boleh menderita kerana mereka. Perempuan ini kadangkala inginkan perhatian. Jadi bila mereka katakan “I tak apa-apa” itu bermakna ada perkara yang tidak kena. Lihat sahaja bahasa badannya dan bagaimana mood dia. So, bila dengar ungkapan ini, jangan jauhi dan berikan perhatian sebaiknya.
2. “Have fun ya!”
Sometimes si jejaka memerlukan masa untuk diri sendiri dan juga bersama rakan-rakannya. Tapi kalau sudah terlalu banyak masa hingga mengabaikannya memang tak patutlah. Sekilas, ungkapan ini nampak macam biasa tapi sebenarnya dia tidak rela melihat korang have fun tanpa dirinya. Apa kata sekali-sekala bawa dia bersama.
3. “Biarkan I sendiri, jangan kacau”
Dari mulutnya tegas mahu bersendirian tapi di sebalik kemuraman wajahnya itu sebenarnya dia ingin ditemani oleh buah hatinya. Lelaki kadangkala tidak faham tentang perkara ini dan membiarkan girlfriend mereka terkontang-kanting. Lalu menyebabkan hubungan menjadi lebih keruh.
4. “Ikut you lah!”
Ini ungkapan biasa yang terkeluar dari mulut perempuan bila mereka marah. Bila mereka sudah seakan-akan putus asa dan malas melayan karenah kamu. Tapi hakikatnya dia mahu korang faham akan kenapa dia tak puas hati. Jalan berlalu pergi dan dekatinya dengan baik. Jika dia terlalu marah, biarkan dahulu. Apa yang penting jangan tinggalkan dia berjauhan.
5. “Saya boleh je hidup sendiri”
Lelaki secara kasarnya mudah memahami sesuatu secara harfiah. Apa yang diperkatakan oleh teman wanitanya ditelan dan difahami bulat-bulat. Jangan jadi lurus bendul begitu. Bila buah hati korang cakap ungkapan ini, ia bermakna dia mahu korang membantu dia. Jangan jauhinya semata-mata ungkapan bibirnya ingin korang pergi.
Itulah antara ungkapan yang mempunyai maksud berbeza dalam hati seorang perempuan. Korang sebagai teman lelaki jangan jadi lurus bendul sangat ya! Hiks! 😉
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semua orang berpeluang menyarung jubah konvokesyen bersama anak sendiri. Namun bagi graduan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...