Tidak semena-mena, nama rapper dan komposer terkenal tanah air iaitu Joe Flizzow menjadi antara topik trending semalam setelah muncul sebuah video tular di media sosial.
Dalam video tersebut, lelaki berimej skinhead itu bersama-sama rakannya dikatakan telah terlibat dalam satu insiden jalan raya di Klang. Kereta mangsa dan kereta suspek disyaki berlanggar. Selalunya, kedua-dua pihak akan memarkir kereta di bahu jalan seterusnya berbincang mengenai tindakan seterusnya.
Namun, dengan imej dan kelakuan ala gangster, suspek dan rakannya bertindak untuk keluar dari kereta dan memukul mangsa dengan sebatang kayu. Manakala cermin hadapan dan sisi keretanya telah dipecahkan. Mereka turut mengambil telefon pintar milik saudara mangsa yang sedang duduk bersebelahan dengannya.
Ads
Menurut laporan polis, kejadian itu bertempat di Taman Sentosa di selatan Klang sekitar jam 4.30 petang semalam. Menerusi dua video pendek yang dirakamkan oleh mangsa, ia menunjukkan sekumpulan lelaki memecahkan bahagian kereta yang dimaksudkan di bahu jalan.
Setelah ujian air kencing dilakukan, kesemua suspek disahkan berada di bawah pengaruh dadar jenis Methamphetamine.
Ads
Kes ini kini sedang disiasat di bawah Sesyen 394 dan 427 kerana mengakibatkan kecederaan secara sengaja dengan tujuan merompak dan mengakibatkan kerosakan.
Ads
Dalam pada warganet mengutuk perbuatan ala gangster tersebut, ramai juga yang mengaitkan suspek dengan imej Joe Flizzow ‘beli lain dapat lain’.
Macam-macam lah.. hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Esok merupakan hari terakhir Syawal diraikan. Pastinya ada sebahagian kita yang masih membuat jamuan hari raya sama ada pada hujung minggu ini mahupun minggu-minggu sebelumnya.
Bagi menyambung silaturahim, biasanya tuan rumah akan menjemput tetamu di setiap majlisnya. Biasanya bagi yang kenal, dirinya mereka akan dijemput. Tapi bagaimana jika kawan yang dijemput mengajak kawan yang lain? (tuan rumah tidak jemput sebab tak kenal kita pun).
Biasa ramai tak ambil kisah perkara soal jemputan kerana istilah diajak kawan tapi tanpa diduga dan pasti ramai yang terkejut kalau tahu hukumnya.
REMAJA menghubungi, Penolong Pendaftar Nikah, Rujuk & Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah, Ustaz Khuzaimi Ibrahim yang kini bertugas di Masjid di Sungai Penchala mengenai isu hukum menghadiri kenduri yang tidak dijemput ini.
Penolong Pendaftar Nikah, Rujuk & Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah, Ustaz Khuzaimi Ibrahim
Menurut Ustaz Khuzaimi, HARAM hukumnya makanan yang kita makan jika kita hadir di kenduri atau majlis tidak dijemput. Dan WAJIB MEMBAYAR HARGA MAKANAN yang telah kita makan itu kepada tuan rumah di atas kekhilafan yang kita lakukan itu.
Tambah Ustaz Khuzaimi, tiada istilah kawan ajak kawan dalam soal bertandang ke majlis orang kerana hukumnya haram ke atas makanan yang makan tanpa jemputan.
“Kita tak boleh ikut ajakan kawan-kawan. Dalam istilah jemputan menghadiri majlis, tiada istilah kawan ajak kawan. Andai kawan dijemput, itu hanya jemputan untuknya dan bukan untuk kita. Tak boleh makan kerana hukumnya haram,” katanya.
Jika ada jemputan, digalakkan kita pergi namun haram hukumnya jika kita makan di majlis tidak dijemput. Gambar hiasan
Bagaimana kalau dah termakan? Jelas Ustaz Khuzaimi, hukumnya haram dan wajib kita membayar harga makanan yang dimakan itu pada tuan rumah.
Kalau dah bertahun-tahun kejadian itu dan kita lupa siapa tuan rumah pula bagaimana? Jika ini yang terjadi, kita perlu bersedekah di masjid namun sebutlah di dalam hati sebagai satu niat bahawa sedekah ini adalah sebagai penggantian makanan yang kita makan di rumah yang kita tak diundang dan tuan rumah yang kita tak kenal pun. Dan kita wajib bertaubat untuk tidak melakukannya lagi.
Bagaimana pun tambah Ustaz Khuzaimi lagi, seandainya kawan telah memaklumkan kepada tuan rumah (ketika ketibaan kita), makanan yang kita makan itu tidak haram hukumnya.
“Katalah begini, semasa ketibaan kita, kawan yang menerima jemputan tadi memaklumkan kepada tuan rumah dia mengajak kita dan tuan rumah berkata, tiada masalah dan dibolehkan hadir ke majlisnya, tidaklah sampai jatuh hukum haram makanan kita makan dan tak perlu bayar semula.
“Yang jadi hukum haram kalau tuan rumah tak tahu langsung dan tak dimaklumkan barulah jatuh haram makanan kita makan itu. Boleh juga sebelum kita pergi itu, suruh kawan menelefon tuan rumah memaklumkan mahu bawa kawan, itu lagi bagus,” katanya menambah adalah lebih baik dan lebih afdal jika kita tidak mengikut kawan pergi ke majlis kenduri jika tidak dijemput bagi mengelak makan makanan ini.
“Tiada istilah kawan ajak kawan semasa pergi kenduri. Tak boleh meneman sesiapa sebab malu atau sebagainya,” katanya lagi.
So, bagi yang pernah buat silap ketika kecil atau remaja dahulu, bolehlah bersedekah ke masjid dan niatkan di dalam hati tentang sedekah itu. Tak adalah nanti di dalam tubuh kita tumbuh daging dan darah makan makanan haram yang boleh menggelapkan hati kita untuk beribadah kepada Allah taala.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nasib setiap orang tidak sama. Tidak semua insan dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Lebih menyedihkan, masih terdapat pelajar yang mengikat perut kerana tidak mempunyai wang.
Oleh sebab itulah, seorang peniaga prihatin berkongsi rezeki selain menyedekahkan makanan di gerainya kerana pernah melalui pengalaman sebagai seorang pelajar.
Menerusi sebuah perkongsian yang tular dimuat naik oleh pengguna Twitter (Hfnz9), seorang wanita dipercayai berniaga nasi lemak mempunyai niat yang baik untuk membantu para pelajar dalam kesusahan.
Peniaga di sebuah gerai bernama Kafe N24 Streetcafe Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor ini dilihat menampal nota dan ditujukan kepada para pelajar di kawasan sekitar.
Nota tersebut tertulis bahawa mana-mana pelajar yang tidak mempunyai wang belanja mencukupi untuk makan supaya tidak menahan lapar dan boleh sahaja menjamah hidangan di gerainya secara percuma.
Menurut peniaga itu, dia juga pernah menjadi pelajar suatu ketika dahulu dan memahami sekiranya duit perbelanjaan tidak mencukupi untuk membeli makanan.
Rata-rata netizen terharu dengan sikap peniaga yang berhati mulia ini. Di ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan semoga peniaga itu dimurahkan rezeki kerana berniat baik untuk menyedekahkan makanan bagi membantu pelajar dalam kesempitan wang.
Foto Via Komen
Kisah ini mungkin boleh memberi sedikit pengajaran kepada semua bahawa indahnya berkongsi rezeki.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini ramai yang memakai pelitup muka bukan perubatan yang dijual secara online kerana harganya yang lebih murah, selepas ini korang perlu pastikan pelitup muka yang dipakai itu telah disahkan oleh SIRIM atau tidak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta pendaan MS SIRIM daripda SIRIm QAS International Sdn Bhd.
Ia adalah susulan dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Pewartaan ini bertujuan untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.
Penandaan MS SIRIM haruslah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna dan ia sebagai tanda yang menunjukkan produk tersebut telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Inisiatif ini juga dilakukan supaya dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia. Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-amana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagai kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Ha, mulai Julai nanti jangan pula korang sewenang-wenangnya menjual pelitup muka bukan perubatan, takut nanti tidak semena-mena dikenakan tindakan pula. Dengan tindakan ini juga dapat memastikan yang pelitup muka korang benar-benar berkualiti dan mampu memberi kesan yang baik untuk mengelakkan penularan COVID-19. InsyaAllah!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.