Pagi tadi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan  satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta. Najib yang dihadapkan ke Mahkamah Seksyen pagi tadi menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama didakwa atas kesalahan pecah amanah berbanding lima lagi bekas Perdana Menteri yang pernah memegang tampuk pemerintahan negara sekaligus bakal mencatat rekod mempunyai rekod jenayah seandainya  sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman di akhir perbicaraan kelak.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa
Bekas PM, DS Najib didakwa atas 3 kesalahan pecah amanah dan satu bagi salah guna kuasa. Najib bagaimana pun mengaku tak bersalah atas semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Tidak hanya Najib dan berlaku di Malaysia sahaja, skandal rasuah melibatkan pemimpin dunia sudah biasa dipaparkan di media massa dan ada pemimpin yang sudah dijatuhkan hukuman. Ini kerana dunia dan politik tidak pernah terpisah namun sejarah juga tidak pernah menipu. Sudah ramai pemimpin dunia di penjarakan akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pemerintahan. Ada bekas pemimpin mengutip ribuan juta semasa berkuasa dan akhirnya semuanya terbongkar selepas disingkirkan.

REMAJA senaraikan 14 pemimpin dunia korup dan sudah didakwa atas salah laku dilakukan mereka.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo

Nampaknya Presiden Filipina tidak dapat lari dari isu dan kontroversi. Kali ini melibatkan Presiden ke-14 iaitu Gloria Macapagal Arroyo yang didakwa berkomplot dengan seorang Ketua Turus Angkatan Tentera untuk menipu dalam pilihanraya. Jika sabit salah, boleh dipenjarakan seumur hidup.

Beliau ditangkap selepas dihalang dari keluar dari Filipina bagi menjalani rawaran sakit tulang belakang. Penggantinya, Benigno Aquino semasa berkempen mendakwa Arroyo mengamalkan rasuah. Arroyo juga melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun 2015.

Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina. Malah semasa sudah dilantik, memang benar Arroyo didakwa kerana rasuah. Ternyata bila berada di atas, Aquino juga menyalahguna kuasanya sebagai Presiden.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Filipina – Ferdinand Marcos

Berjuta-juta dollar Amerika ditemui di simpan di bank Swiss selepas bekas diktator Ferdinand Marcos digulingkan oleh rakyat Filipina. Memerintah hampir 20 tahun, sudah banyak harta negara disonglapnya dan masa yang sama rakyat begitu menderita. Masa yang sama bekas Presiden ini dan isterinya, Imelda Marcos berseronok, membeli barangan mewah seperti berlian, kasut dan simpanan lebih dari USD712 juta. Bekas Presiden ini mati dalam buangan di Hawaii dan mayatnya tersimpan lama di luar negara kerana rakyat begitu benci kepadanya dan menolak untuknya dikebumikan di sini sebelum diberi kebenaran oleh Duterte.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Korea Selatan – Park Geun-Hye

Tidak hanya Filipina, bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye juga didakwa terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa selain membocorkan rahsia negara semasa menduduki kerusi tertinggi negara. Turut terlibat dalam skandal rasuah ini ialah bekas Presiden Samsung, Lee Jae-yong yang dikatakan turut bersubahat.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak

IKLAN

Bekas Presiden ini telah didakwa atas tuduhan rasuah. Tidak hanya rasuah tetapi Lee Myung-Bak turut didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, mengambil dana kerajaan dan mengelak cukai. Pertuduhan itu dikemukakan beberapa hari selepas pengganti Lee, Park Geun-hye dihukum penjara 24 tahun juga kerana rasuah.

“Kami akan mengumpul hasil aktiviti jenayah Lee yang diraih menerusi cara yang salah dengan teliti,” kata Pendakwa raya Han Dong-hoon. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, lapor agensi berita Yonhap.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

 Bekas Presiden Brazil – Dilma Rousseff & Luiz Inacio Lula da Silva

Dua bekas presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Luiz Inacio Lula da Silva didakwa atas tuduhan rasuah membabitkan Petrobras, syarikat minyak gergasi milik negara itu. Tuduhan berkenaan sekali gus memberi kesan buruk kepada Lula yang ingin bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2018. Dilma adalah pengganti pilihan Lula dan presiden wanita pertama Brazil.

Dipercayai Dilma menerima USD475 juta atau kira-kira RM2.02 bilion dalam bentuk rasuah, menggunakan kemudahan awam Petrobras, Bank Pembangunan Nasional (BNDES) dan Kementerian Perancangan.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Brazil – Michel Temer

Bekas Presiden, Michel Temer atas dakwaan terlibat dalam kegiatan haram dan menghalang proses keadilan. Dia dituduh bersama enam pemimpin kanan dari parti politiknya, tiga daripada mereka kini meringkuk di dalam penjara. Semua mereka berdepan tuduhan yang sama, lapor The Guardian. Temer didakwa menerima rasuah sebagai ganjaran membuat keputusan-keputusan politik tertentu dan bersubahat menyuap saksi yang boleh mensabitkan kesalahannya.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa 

IKLAN

Bekas Perdana Menteri Thailand – Yingluck Shinawatra

Bekas Presiden dalam pelarian ini terlibat dalam rasuah berhubung skim subsidi padi yang penuh kontroversi. Pihak kerajaan mengalami kerugian berbilion bath kerana banyak lebihan selain membeli pada harga lebih tinggi dari pasaran. Malah kes Yingluck juga agak kontroversi kerana dia berjaya melarikan diri mengikut jalan laut dan khabarnya kini berada di London kerana kelibatnya pernah kelihatan.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra

Merupakan abang kepada Yingluck dan jutawan telekomunikasi sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri. Thaksin digulingkan dari tampuk pemerintahan atas dakwaan rasuah. Thaksin ditumbangkan dalam rampasan kuasa 2006 dan sejak itu hidup dalam buangan bagi mengelak disabitkan dengan tuduhan rasuah yang didakwanya bersifat politik.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Perancis – Nicolas Sarkozy

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sekaligus menjadi pemimpin pertama negara itu menghadapi pertuduhan jenayah. Jika didapati bersalah, beliau berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun. Kesnya bermula apabila bekas pemimpin Libya, Muamar Gaddafi membiayai kempen politiknya dengan memberikan sebanyak 50 juta euro selain dari wanita terkaya Perancis iaitu pewaris L’oreal, Liliane Betencourt. Ada juga dakwaan dia menerima RM13.6 juta untuk kempen pilihanrayanya.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Perdana Menteri Bangladesh – Khaleda Zia

IKLAN

Bekas pemimpin ini telah didapati bersalah telah didapati bersalah atas satu kesalahan rasuah dan dihukum penjara lima tahun. Turut terkena anak lelakinya, Tarique Rahman. Zia dan lima yang lain termasuk anak lelakinya, Tarique, telah didakwa menggelapkan lebih 20 juta taka (AS$253,164) sumbangan asing untuk Tabung Amanah Anak-Anak Yatim Zia dari tahun 2001 hingga 2006, ketika beliau menjadi perdana menteri.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Afrika Selatan – Jacob Zuma

Ini lagi pemimpin yang terlibat dengan rasuah. Biar negaranya mengalami kemelesetan ekonomi tetapi Jacob Zuma begitu tegar memakan rasuah lebih dari 9 tahun pemerintahannya.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa


Bekas Presiden Taiwan – Chen Shui-bian

Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian yang sering membangkitkan kemarahan China dengan pendirian prokemerdekaan beliau, hari ini mula didakwa atas beberapa tuduhan rasuah. Beliau yang pernah berjanji untuk membersihkan politik Taiwan merupakan bekas pemimpin pertama negara ini yang didakwa. Beliau dan isterinya Wu Shu-chen didakwa menggelapkan dana awam berjumlah berjuta-juta dolar selain menerima rasuah yang besar dalam satu urus niaga pembelian tanah. Anak lelaki dan menantu mereka juga didakwa melakukan penggubahan wang haram.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Perdana Menteri Isreal – Ehud Olmert

Rupanya bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert pernah didakwa akibat rasuah dan menerima hukuman penjara 27 bulan sekaligus menjadi pemimpin pertama negara Israel yang dijatuhkan hukuman penjara.

Skandal Rasuah, Kenali 14 Pemimpin Dunia Yang Korup & Sudah Didakwa

Bekas Presiden Peru – Alejandro Toledo

Jabatan kehakiman Peru meminta Amerika Syarikat mengekstradisi bekas pemimpinnya, Alejandro Toledo yang didakwa melakukan rasuah. Toledo berdepan pertuduhan menerima rasuah sebanyak US$20 juta daripada gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht, sebagai pertukaran untuk kontrak kerja-kerja awam yang menguntungkan. Presiden Peru dari 2001 hingga 2006 itu juga didakwa melakukan kesalahan menjaja pengaruh dan pengubahan wang haram.

Sepatutnya apabila menjadi pemimpin, harus amanah semasa mentadbir negara tetapi nampaknya ada pemimpin mengambil peluang mengkayakan diri sendiri semasa memegang tampuk pemerintahan. Apa nasib DS Najib yang menghadapi pertuduhan? Sama-sama kita tunggu di akhir perbicaraan.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI