
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama Noor Nabila kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menjadi perhatian netizen selepas ada ura-ura mengatakan bahawa dia sedang bercinta dengan Engku Emran.

Dan sebentar tadi desas-desus tentang Noor Nabila dan juga bekas isteri Sharnaz Ahmad, bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada hari ini terjawab apabila Neelofa memuat naik story di laman instagramnya sebantar tadi.
Sebelum ini kisah cinta mereka menjadi bualan di laman sosial terutamanya di Twitter dan laman Forum Cari selepas ada beberapa gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.



Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama dan juga bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella iaitu artis terkenal Indonesia itu turut dilihat berada di kediaman Nabila dalam beberapa majlis keluarga sebelum ini.
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad yang juga bekas suami kepada Nabila sempat menitipkan doa dan menyokong apa jua keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya melalui laporan akhbar tempatan semalam.
Apa-apapun tahniah kami ucapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelancong Ke Langkawi Tidak Lagi Perlu Buat Ujian Saringan COVID-19

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan SOP kepada individu yang ingin berkunjung ke Langkawi untuk melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki pesawat. Kini, pelancong ke Pulau Lagenda itu tidak lagi perlu menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Antigen.
Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan beliau berkata, langkah itu diambil selepas kemeteriannya menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan dan mendapati peratusan pelancong yang dikesan positif semasa saringan adalah sangat rendah.

Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2021.
Namun begitu, syarat wajib bagi melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.
Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsem pula dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.
Walau bagaimanapun, pengunjung tetap diingatkan untuk mematuhi segala SOP yang diarahkan dan semoga kita dijauhi daripada wabak ini. Dalam keadaan kita bersuka ria, jangan lupa yang wabak COVID-19 ini masih wujud.
Apa-apa pun stay safe guys!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dah 15 Tahun Niaga, Kalau Beracun Kami Mati Dulu”, Pemilik Laksa Kebok Jawab Tohmahan

Tular di media sosial kononnya laksa Kebok dari Baling, Kedah beracun sehingga mengakibatkan dua kematian termasuk 10 lagi mengalami keracunan selepas menikmati laksa popular dari Baling ini. Malah Kementerian Kesihatan turut mengarahkan penutupan sementara gerai laksa berkenaan bagi membuat pemeriksaan lanjut mengenainya.
REMAJA menghubungi pemilik gerai laksa popular ini, Encik Daud Ismail, 51 dan beliau kelihatan tenang menjawap semua soalan diutarakan, adakah benar laksanya menjadi penyebab masalah cirit birit membawa kepada kematian selepas menikmati laksa keboknya.
“Jika beracun, kami mati dulu” kata pemilik gerai jualan laksa kebok yang kesal dengan tuduhan melulu ke atas perniagaannya tanpa usul periksa.


Menurut empunya gerai yang viral dan popular di media sosial ini kerana kesedapan kuahnya, Daud Ismail berkata, dia yakin laksa dijual sejak 2002 itu tidak tercemar malah penyediaannya dilakukan dengan baik seperti biasa, sama seperti hari-hari sebelumnya.
”Laksa ini kami buat sendiri, hanya gunakan tepung gandum, tepung beras dan air. Kemudian kami masak di dalam kebok. Sebab itulah namanya Laksa Kebok,” katanya yang mengusahakan perniagaan laksa ini bersama anaknya.
Menurutnya, setiap kali sebelum dijual, dia dan ahli keluarganya akan merasai terlebih dahulu laksa berkenaan.
“Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati. Kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru dua tahun setengah ini buka gerai depan rumah. Sebelum itu saja jual di pasar malam dan tepi jalan sebelum mengambil keputusan berniaga depan rumah. Malah sebelum jual pun kami akan rasa dulu, nak tahu sama ada masin atau sebaliknya,”katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Landak semalam.
Tambah Daud, laksa kebok ini dijual RM12 bagi sekilogram dan RM6 bagi setengah kilo. Sekilo itu lengkap dengan kuah dan sayur-sayurannya.
“Sehari dari Isnin hingga Khamis, biasa dalam 30 kg terjual. Hari Jumaat tutup manakala bagi Sabtu dan Ahad pula, biasanya jualan lebih dari 50 kg kerana orang ramai lalu lalang. Ramai pelanggan yang bawa balik makan di rumah,” katanya berkata, pada hari Sabtu itu jualan laksanya melebihi 50 kg namun tidak ada pelanggan dari luar seperti Pulau Pinang dan dalam negeri sendiri mengadu yang mereka sakit perut selepas menikmati laksa berkenaan. Yang mengadu sakit perut hanya dari Gerik sahaja.
“Aduan ini saya baca selepas Kementerian Kesihatan datang ke rumah. Jadi memang tak sangka kejadian ini boleh jadi tular dan saya sendiri amat sedih dengan kejadian yang terjadi,” katanya lagi.

Tambah Daud, sepanjang 15 tahun menjalankan perniagaan, tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa.
“Kita sedia macam itu dari dulu, tak pernah campur bahan lain untuk bagi kuah atau laksa tahan lama. Jika orang nak beli bawa balik jauh pun kami akan asingkan kuah sebab tak mahu basi,”katanya.
Katanya lagi, dia hanya mengetahui laksa dijual dikait dengan keracunan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang melakukan pemeriksaan di gerainya pada jam 11 pagi kelmarin.
“Kali kedua Pejabat Kesihatan jam 9 pagi semalam. Hari pertama depa ambil sample laksa, kuah dan sayur, semalam ambil sayur sahaja. Bila waktu malam, tiba-tiba kami sekeluarga dapat mesej viral kata ada dua orang mati sebab makan laksa.
“Daripada malam tadi rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena. Duk fikir siapa lagi nak mai rumah ni,”katanya.
Bagaimanapun katanya, dia pelik apabila mendapati mesej ditularkan mempunyai tarikh berbeza.
“Anak saya, Hidayah mendapati mesej itu tular pada tarikh 10 September dan 7 Oktober. Ia perkara yang pelik bagaimana kejadian ini berlaku pada dua tarikh berbeza,”katanya.
Dalam pada itu, Daud turut memaklumkan pucok selom yang digunakan dalam bahan penyediaan biasanya dibeli di Pekan Sik dari pembekal yang sama sejak dulu. Daud salad pula beli di pasar di Pekan Kupang. Kegunaan biasanya bagi tempoh dua hari di mana hari Ahad beli, dan kemudian dibawa ke hari Isnin. Kalau ada lebih baru dibawa ke hari berikutnya.
Dalam pada itu, Daud memaklumkan kesan tular kononnya gerai ini menjual laksa ini membuatkan banyak kereta memperlahankan kenderaan mereka dan akan menoleh ke gerai jualannya.
“Kereta yang lalu sini, mesti tengok, selalunya tak tengok. Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat hal ini dengan adil. Kesan viral tanpa usul periksa ini akibatnya cukup besar. Apa pun kami anggap ini ujian ALLAH,”katanya mengakui dia kini menutup perniagaan yang diusahakannya selepas mendapat notis penutupan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditanya bila perniagaannya akan dibuka semula, kata Daud, dia hanya menantikan arahan dari pihak kementerian selepas siasatan selesai. Malah secara jujurnya, katanya dia sama sekali tidak menyangka kejadian seumpama ini terjadi.
Kredit : Wartawan Sinar Harian, Ammar dari Skuad Baling.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentera Laut Berenang Ke Kapal Yang Sedang Karam Demi Menyelamatkan Kucing

Mulia sunguh hati anggota Tentera Laut Thailand yang sanggup terjun ke laut demi menyelamatkan kucing yang ditinggalkan di atas kapal yang sedang tenggelam. Kapal tersebut pada mulanya telah terbakar berdekatan Pulau Koh Adang dan lapan kru kapal telah berjaya menyelamatkan diri.
Tentera Laut telah bergegas ke tempat kejadian bagi memeriksa bangkai kapal itu dan juga memastikan tiada tumpahan minyak berlaku. Namun apa yang mengejutkan mereka, setelah diamati terdapat empat ekor kucing sedang berpaut pada bahagian hujung muncung kapal yang telah separuh tenggelam itu.
.
Tanpa berfikri panjang, salah seorang tentera laut yang bertugas dikenali sebagai Thatsaphon Saii, 23, telah terjun ke laut dan berenang bagi menyelamatkan keempat-empat ekor kucing tersebut. Tiga ekor kucing dimasukkan ke dalam karung guni manakala seekor lagi telah berpaut erat di belakang tentera laut itu.
.
Keempat-empat ekor kucing itu telah dibawa ke pejabat penyelamat dan dijaga rapi. Semoga kucing-kucing tersebut berjaya menemui tuan baharu yang akan menyayangi ia sebaiknya.
Sumber: The Irish Sun, Sumber gambar: Viral Press
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

