
Penyanyi K-Pop terkenal, Jisung NCT baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila memilih untuk menyambut hari lahirnya yang ke-24 dengan hal bermakna, iaitu menyumbangkan dana besar bagi tujuan kebajikan dan perubatan. Tindakan ini sekaligus membuktikan keprihatinan penyanyi muda itu terhadap isu kesihatan yang serius.
Menurut Samsung Medical Center pada 5 Februari, pihaknya memaklumkan bahawa Jisung atau nama penuhnya Park Jisung telah menderma sebanyak 250 juta Korea Won(sekitar RM680,000) sempena ulang tahun kelahirannya. Difahamkan, sumbangan tersebut diperuntukkan khusus bagi menyokong penyelidikan kanser pankreas, termasuk kajian berkaitan perubatan ketepatan dan rawatan tersuai.
Pada masa yang sama, Samsung Medical Center menjelaskan dana berkenaan dijangka dapat membantu memajukan penyelidikan bagi penyakit yang sukar dirawat serta menyumbang kepada pembangunan teknologi perubatan yang lebih berkesan pada masa hadapan.

“Hati saya hancur melihat pesakit yang menderita akibat penyakit yang sukar dirawat. Walaupun ia mungkin hanya bantuan kecil, saya berharap ia dapat menyumbang kepada kemajuan teknologi perubatan supaya lebih ramai orang dapat menjalani kehidupan yang bahagia tanpa kesakitan,” kata Jisung dalam satu kenyataan.
Pelantun lagu ‘Smoothie’ dan ‘ISTJ’ itu turut menegaskan bahawa sokongan peminat menjadi dorongan utama untuknya terlibat dalam amalan memberi.
“Disebabkan kasih sayang yang diberikan oleh peminat (NCTzen), saya dapat mengambil bahagian dalam amalan memberi ini. Dengan keinginan untuk membalas cinta yang saya terima daripada peminat, saya ingin menyumbang ke arah mewujudkan dunia yang lebih hangat,” ujarnya.
BACA: Lightstick Wajib Cas! Ini Konsert K-Pop Di Kuala Lumpur 2026 Yang Peminat Patut Alert!

Sementara itu, seorang wakil daripada Samsung Medical Center juga menyatakan bahawa sumbangan Jisung merupakan satu sokongan besar dalam usaha memajukan penyelidikan penyakit sukar dirawat, termasuk kajian perubatan tersuai bagi kanser pankreas.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Jisung menunjukkan sikap dermawan. Pada tahun lalu, beliau pernah menyumbangkan 50 juta Korea Won kepada Community Chest of Korea bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan susulan kebakaran hutan di wilayah Yeongnam, khususnya untuk menyokong keluarga yang terjejas.
Dalam perkembangan terkini, NCT Dream dijadualkan untuk mengadakan konsert penutup jelajah mereka, ‘2026 NCT Dream Tour ‘The Dream Show 4: Future The Dream’, di Seoul pada bulan hadapan, sekaligus menutup satu lagi babak penting dalam perjalanan kerjaya kumpulan popular tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!













