Disangkakan semalam bakal menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh Hero Remaja 2023 dan pelakon muda, Aiman Ameer apabila filem sulung lakonannya berjudul Strike: Silat Cult Master sepatutnya ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 Februari 2025.
Namun, lain pula ceritanya apabila kesemua pawagam berkenaan diarahkan menundakan tayangan filem itu berikutan isu gagal membayar gaji pekerja.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib ketika ditemui media pada Rabu, Mallory Lee selaku pemilik syarikat produksi Katana Film Sdn Bhd yang menerbitkan filem itu tidak membuat bayaran kepada sekitar 50 kru termasuklah para pelakon.
Pelakon filem Strike: Silat Cult Master dan juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer.Pelakon filem Strike: Silat Cult Master dan finalis Hero Remaja 2023, Azri Safix.
Aduan diterima pada 3 Januari 2025 dan Mallory serta para kru dipanggil untuk mesyuarat kali pertama dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).
Turut dipanggil ketika mesyuarat kedua pula adalah pelabur filem. Memasuki mesyuarat ketiga, para kru bersetuju untuk memberi ruang kepada Katana Film Sdn Bhd membayar secara ansuran.
Ads
Mereka bersetuju dengan terma bayaran sebanyak 30 peratus terlebih dahulu agar filem Strike: Silat Cult Master boleh ditayangkan terlebih dahulu manakala kutipan filem boleh digunakan untuk membayar baki bayaran sebanyak 70 peratus lagi.
Namun, terma tersebut tidak mampu direalisasikan oleh pihak Katana Film Sdn Bhd apabila bayaran masih gagal dilunaskan. Isu berpanjangan ini memaksa FINAS mengeluarkan arahan penangguhan sehingga isu bayaran diselesaikan.
Pengasas Katana Film Sdn Bhd, Mallory Lee.
Menurut laporan, Azmir berkata pihaknya dimaklumkan hanya para pelakon yang telah menerima bayaran manakala bayaran kepada kru produksi masih tergantung membuatkan mereka marah.
Ads
Demi menjaga ketenteraman dan agar isu bayaran ini boleh diselesaikan terlebih dahulu, Azmir merasakan tindakan menunda tayangan filem ini adalah sesuatu yang wajar demi kebaikan semua pihak dan industri perfileman Malaysia sendiri.
Sebagai rekod, filem Strike: Silat Cult Master dibintangi oleh Aiman Ameer, Azri Safix (finalis Hero Remaja 2023), Fify Azmi, Jay Izwazir, Muhammad Lokman dan Trisha Ooi.
Ads
Ia mengisahkan tentang usaha Izra lakonan Aiman Ameer yang ingin membalas dendam terhadap pembunuh ibunya, Abil (Jay Iswazir) dan kumpulan samsengnya. Izra meneruskan latihan silat di bawah bimbingan Tok Rahmat (Muhammad Lokman) dan di situlah Izra bertemu dengan Kris (Azri Safix) sehingga mereka bertukar dewasa.
Kris membawa diri dan begitu juga dengan Izra yang masih berusaha menemui Abil dan kumpulannya. Sepanjang perjalanan it, Izra menemui sekumpulan individu yang memiliki kemahiran seni mempertahankan diri yang akhirnya membantu Izra untuk menumpaskan Abil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memandangkan nilai harga hartanah makin meningkat, harga sewa rumah juga turut menerima tempiasnya. Kalau nak beli memang jauh panggang dari api la kan. Tapi yang selalu menghadapi masalah ni Remaja lah kan!hmmm…
Tapi jangan risau ye sebab baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka permohonan menyewa tempat penginapan untuk golongan bujang B40 yang bekerja di ibu kota pada Ogos yang lepas.
Berkonsepkan seperti ‘capsule hotel’ yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.
Walaupun berkonsepkan ‘capsule hotel’ penyewa boleh menambah apa-apa sahaja keperluan yang dibenarkan seperti meja, kerusi atau rak kecil dalam ruang mereka dan antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas.
Selain itu, penyewa yang jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditempatkan di tingkat bawah bagi memudahkan pergerakan mereka.
Tapi, jangan korang pandai-pandai masak pula sebabnya bangunan itu tidak dibenarkan untuk memasak dalam premis masing-masing.
Inisiatif tersebut adalah di bawah program perumahan bandar dan diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.
Permohonan sewa ‘Program Perumahan Bandar’ golongan bujang ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem ePerumahan DBKL di :
Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun
Berpendapatan kurang RM2,000 sebulan
Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah dan kereta
Sekiranya penghuni didapati membeli rumah, mereka akan diminta untuk berpindah. Selain itu, penghuni yang ingin berkahwin juga akan diarahkan untuk berpindah.
So apa tunggu lagi guys, Lets grab peluang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seberapa kerap korang mencuci koleksi seluar jeans yang ada?
Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh tidak mencadangkan untuk jeans di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.
“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.
Namun begitu, kalau tak cuci selama berbulan-bulan pula, nanti jeans tersebut boleh berbau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria.
Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.
1. Gunakan cuka
Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.
Penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya, manakala sabun yang korang guna tu boleh membuatkan warna asal jeans pudar.
Jangan risau kalau bau cuka yang tidak menyenangkan itu kerana selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.
2. Wap air
Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air.
Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.
3. Gantung di tempat berangin
clean jeans hanging in bathroom
Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.
Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diam tak diam, kita sudah pun memasuki pertengahan tahun di 2019. Macam mana life korang tahun ni? Azam dah tercapai belum? Hiks!
Ada lagi berbaki lebih kurang 6 bulan untuk bertemu dengan tahun baru, jadi rasanya masih sempat untuk korang memperbaiki dan berusaha lebih lagi untuk mencapai segala yang diimpikan untuk tahun 2019 ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy birthday in advance untuk mereka yang lahir pada bulan Julai.
Ramai pemimpin terkenal dan juga selebriti popular yang lahir pada bulan ini. Antaranya adalah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir (10 Julai), Dato’ Sri Najib Tun Razak (23 Julai), Sultan Hasanah Bolkiah (15 Julai), Jennifer Lopez (24 Julai) dan Nelydia Senrose (30 Julai).
Wah, bukan calang-calang individu yang lahir pada bulan Julai ni. Semuanya hebat belaka. Agak-agaknya macam mana personaliti mereka ya?
Berikut merupakan beberapa personaliti berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat oleh Dr. Fadzilah Kamsah terhadap individu yang lahir bulan Julai. (Ya, Dr. Fadzilah Kamsah pun lahir bulan ni tau. Hehe!)
1. Sangat seronok didampingi
2. Agak pendiam kecuali dirangsang
3. Banyak berahsia
4. Ada harga dan maruah diri
Tun Dr. Mahathir lahir pada 10 Julai
5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus
6. Sangat peramah
7. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
8. Berjiwa sentimental
9. Jarang berdendam
10. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
11. Pemerhatian yang tajam
12. Mudah dan rajin belajar
Dato’ Seri Najib Tun Razak lahir pada 23 Julai
13. Suka muhasabah diri
14. Tinggi daya simpati
15. Rajin dalam membuat kerja
Nelydia Senrose lahir pada 23 Julai
16. Mudah terluka hatinya
17. Suka mendiamkan diri
Amacam, sama tak dengan personaliti korang yang lahir bulan ni? Nah, perkara ini bukanlah 100 peratus sama. Cuma dibuat atas pemerhatian sekeliling saja.
Anyway, happy birthday guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!