Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Ads
Ads
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak mempertaruhkan bakat yang dimiliki dengan mengorak langkah menyertai America’s Got Talent, baru-baru ini, nama penyanyi yang sedang meningkat naik, anak kelahiran Indonesia Putri Ariani semakin menjadi sorotan dan bualan ramai.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang drive pada hari ini dan asyik terdengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza dimainkan di radio, mesti korang dapat agak yang hari ini merupakan hari kelahiran penyanyi nombor satu negara ini.
Pada usia 43 tahun sekarang, Tok Ti sememangnya masih jelita, ceria dan glowing apabila kita melihat beliau di Instagram, di kaca televisyen, akhbar dan muka hadapan majalah. Iyalah, dah bergelar ibu kan.
Kini apabila Tok Ti dan pasangan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dikurniakan dengan keluarga yang cukup harmoni; ditambah pula dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, lagilah beliau bertambah glowing.
Jika diimbas kembali terhadap kelibat Tok Ti di media pencetakan sepanjang karier beliau, kami berani katakan bahawa Tok Ti merupakan selebriti yang paling kerap menghiasi halaman hadapan (cover) majalah tempatan sejak awal pembabitan beliau.
Jom ditelek wajah dan aura juara Bintang RTM 1995 ini, sememangnya kecantikan beliau masih kekal. Tak percaya? Cuba korang tengok setiap kali Tok Ti menghiasi cover majalah REMAJA.
.
Majalah Remaja Januari 2001
Ini merupakan di antara momen istimewa buat Tok Ti memandangkan beliau sedang bersiap sedia untuk melancarkan album studio kelapan beliau berjudul Safa; yang memuatkan lagu-lagu malar segar seperti Percayalah, Lakaran Kehidupan dan Bicara Manis Menghiris Kalbu. Sememangnya, Siti tetap top!
.
Majalah Remaja September 2002
Tok Ti nampaknya bercerita tentang impian hidupnya. Mungkin tengah merancang untuk membuka empayar kosmetik. Pada bulan ini, beliau baru saja selesai dengan persembahan secara langsung lagu Badarsila di Anugerah Era 2002.
Imej dengan lilitan shawl ringkas atau bandana juga amat popular pada masa ini, terutamanya foto Jennifer Lopez untuk album This Is Me Then dan foto Christina Aguilera untuk album Stripped.
.
Majalah Remaja Januari 2003
Edisi khas untuk mengenengahkan isu kecantikan, Tok Ti berkongsi rahsia dan petua yang diturunkan oleh ahli keluarga beliau sejak dulu. Ada juga terselit segmen khas bersama Maybelline yang menjadikan Tok Ti sebagai duta mereka pada waktu itu.
Pada tahun ini, Tok Ti tersangatlah sibuk dengan persembahan baik di dalam negara mahupun di luar. Antara yang sempat dijayakan oleh beliau adalah persembahan LIVE in Japan Treasure The World, LIVE in Indonesia TransTV dan HMI untuk RTM.
Tok Ti pun sempat untuk melancarkan album E.M.A.S dua bulan selepas majalah REMAJA isu Januari ini dikeluarkan.
.
Majalah Remaja Julai 2003
Wow, lain sangat Tok Ti dalam cover ini berbanding cover beliau pada bulan Januari. Isi kandungannya menjawab persoalan Tok Ti yang kononnya dikaitkan dengan berita ‘kacang lupakan kulit’ dan skandal cinta. Ouh..
Tok Ti nampaknya memang tak dimakan zaman, semakin muda! Dah macam Benjamin Button pula kami tengok hehe. Mengenakan fesyen rambut bertocang, Tok Ti nampaknya sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.
Pada tahun ini juga, Tok Ti banyak mencapai kejayaan yang kami rasakan masih merupakan antara yang terhebat dalam sejarah karier beliau. Antaranya, penganjuran konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemenangan hebat di Anugerah Planet Muzik, persembahan di Golden Melody Awards Taiwan sebagai artis pertama bukan berbangsa Cina dan pengeluaran album favourite ramai, Prasasti Seni.
.
Majalah Remaja Mac 2005
Tahun yang cukup sibuk buat penyanyi nombor satu negara ini apabila beliau sedang melakar sejarah sebagai artis Malaysia dan dari Asia Tenggara tunggal untuk menjayakan konsert di pentas berprestij Royal Albert Hall, London pada 1 April. Nasib baik Majalah Remaja sempat untuk mendapatkan Tok Ti sebelum beliau berlepas.
.
Majalah Remaja Feb 2006
Sepanjang karier Tok Ti, normal lah bagi seorang selebriti itu untuk dikaitkan dengan kisah-kisah cinta. Segala perihal peribadi ingin diketahui oleh peminat dan masyarakat.
Ramai sebenarnya selebriti yang ‘tersungkur’ apabila kisah cinta mula diperkatakan, tetapi tidak TokTi. Biarpun dihambat dengan gosip, Siti tidak menjadikan itu sebagai satu halangan dan tetap fokus pada karier. Namun bermula tahun 2006, Siti mula terbuka hati untuk bercerita tentang cinta hatinya yang mula berputik.
.
Majalah Remaja Ogos 2006
Sah! Tok Ti akan meninggal dunia remaja pada tahun 2006 apabila beliau mengesahkan akan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati beliau yang pada waktu itu popular dikenali sebagai Datuk K.
*
REMAJA ambil kesempatan ini untuk mendoakan agar Tok Ti sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan dan comel je selalu okay! Amin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya pada minggu lalu, tumpuan terarah kepada pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail yang selamat diijab kabulkan dalam dewan yang dikelilingi 4 tan bunga-bungaan serba putih.
Minggu ini pula adalah minggu istimewa buat Syamel dan Ernie Zakri yang menyambut majlis resepsi mereka setelah lebih seminggu bergelar suami isteri.
Diraikan dalam majlis bertemakan Black Tie mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pasangan penyanyi berbakat itu menerima kunjungan kira-kira 250 orang tetamu. Menariknya, ia sarat dengan selebriti terkenal tanah air yang tidak mahu ketinggalan menjadi saksi momen cinta pasangan itu.
Sebut saja Black Tie, tentunya para jemputan tampil menawan dalam persalinan serba elegan.
Pengantin yang dirai, Ernie sendiri kelihatan berseri dalam persalinan ballgown rekaan AMAZÉ manakala sut rekaan Shanell Harun yang disarung oleh Syamel melengkapi Ernie.