Dah banyak kes penipuan penyeludupan berlaku di lapangan terbang yang kebanyakkannya melibatkan oleh orang asing.
Modus operandi mereka ni senang saja. Berpura-pura minta tolong untuk membawa bagasi mereka sehingga melepasi di security checkpoint dengan memberi alasan beg yang dibawa terlalu banyak dan tak cukup tangan.
Korang kena berhati-hati sebab mereka mungkin saja ingin menyeludup dadah. Silap haribulan, dengan korang sekali meringkuk dalam penjara.
Ads
Gambar hiasan
Selain daripada menyuruh korang tolong bawakan bagasi mereka, keldai dadah ni ada macam-macam cara nak seludupkan ‘barang panas’ di bagasi orang lain.
Ads
Korang boleh baca perkongsian yang telah dibuat oleh Zainuddin Omar di laman Facebooknya tentang bagaimana seorang wanita yang tidak dikenali cuba approach untuk meminta bantuan agar bagasinya dibawa masuk ke security checkpoint.
Ads
Situasi ini dikongsi untuk korang lebih berhati-hati dan tidak sewenangnya mempercayai individu yang tak dikenali.
Selepas check in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!). Banyak seat santai kosong kerana flight kami malam memang tak ramai travellers.
Selepas check in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!). Banyak seat berihat yang kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu.
Sambil menikmati sandwich sardin, datang seorang perempuan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi yang kosong. Dalam hati terlintas takkan ada orang nak ngorat saya dalam umor sebegini ? (mesti kembang wife saya bila dia baca ni). InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.
Saya bagitau rakan rakan,
“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”
Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan,
“Where are you going sir”
“Bangkok, you” saya bertanya balik secara polite.
“I am going to Colombo, can you help me sir”.
Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.
“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you” ucap saya.
Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita. Mesti ada udang disebalik mee.
“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”
Gambar hiasan
Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight.
Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint.
Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.
“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya bagitau dia.
“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.
Saya nampak dia diam sahaja dan menarik bag beredar dari situ. Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa.
“Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa didalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.
Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.
Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya. Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.
Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.
Diharap kisah ini dijadikan teladan. Bukan tak mahu membantu, tapi zaman sekarang ni memang kita perlu lebih berhati-hati. Bukan apa, dah banyak sangat kes jenayah sebegini yang berlaku. Diharap kita semua dijauhi daripada perkara-perkara seperti ini. InsyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA tidak terkejut apabila mendapat tahun Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan penggemar dan pengumpul karya seni lukisan. Ini memandangkan sesebuah karya yang boleh mencecah puluhan hingga ratusan ribu Ringgit adalah salah satu bentuk pelaburan di mana harganya boleh melipat ganda dalam tempoh masa tertentu.
Pembelian karya seni lukisan terbaru oleh Sultan Sharafuddin bagaimanapun telah menarik tumpuan rakyat setelah mereka memerhatikan konsep lukisan tersebut dan siapakah artis disebaliknya.
Menerusi akaun rasmi media sosial Selangor Royal Official di platform Facebook dan Instagram, baginda nampaknya telah tertarik dengan sebuah karya yang mengambil inspirasi daripada ruang Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. Manakala ahli Parlimen yang sedang bersidang pula digambarkan sebagai monyet dan katak.
Apa yang membuat hantaran di media sosial itu menjadi bualan ramai adalah kerana konteks karya tersebut dan baginda yang sedang berdiri bersebelahan dengannya.
Catat pemegang akaun tersebut, “Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj.
“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli dan menggangtungnya di ‘private study room’ Baginda.”
Tambah kapsyen itu lagi, ia bukanlah untuk dimiliki buat selamanya dan Baginda Sultan berhasrat untuk melelong lukisan ini satu hari nanti. Hasil lelongannya kelak akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Sekilas pandang, lukisan tersebut mirip ilustrasi yang pernah dihasilkan oleh artis jalanan Inggeris terkenal, Bansky. Lukisan beliau pernah terjual pada harga kira-kira RM50 juta ataupun 9.9 juta pound pada tahun 2019.
Karya lukisan Bansky berjudul ‘Devolved Parliament’ ini juga dikenali dengan nama ‘Questioned Time’.
Waktu hantaran ini dimuat naik juga menarik perhatian rakyat memandangkan Parlimen pada minggu ini sedang membentangkan Rang Undang-Undang yang menghalang Ahli Parlimen daripada tindakan melompat parti. Mereka yang bergelar ‘katak’ ini mungkin sekali akan berhadapan tindakan kehilangan kerusi di peringkat Parlimen jika berbuat sedemikian selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
CristianoRonaldo dilaporkan telah melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez untuk dijadikan suri hatinya.
Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata ‘ya’ kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha.
Pasangan itu dirakam memakai cincin Cartier baharu ketika majlis makan malam romantik di London baru-baru ini.
CR 7 mempunyai ramai peminat perempuan dan pastinya berita ini menjadi berita sedih buat mereka yang meminatinya
Correio da Manha memetik seorang sumber sebagai berkata, Cristiano telah meminta Gio untuk mengahwininya.
“Cristiano telah meminta Gio (Georgina) untuk mengahwininya dan perkahwinan itu akan berlaku, cuma hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butirannya,” katanya.
Georgina bertemu Ronaldo pada Jun 2016 di butik Gucci, tempat dia bekerja di pusat bandar Madrid ketika bintang Portugal itu sedang membeli-belah pakaian musim panas.
Khabar angin tentang pertunangan mereka hangat diperkatakan semasa Piala Dunia apabila Georgina dilihat menyarungkan cincin berlian bernilai 615,000 pound sterling (RM3.3 juta).
Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina. Selain itu, Georgina turut membantu pemain itu membesarkan tiga lagi anaknya.
Awal tahun ini, ibu Ronaldo memberitahu bahawa Georgina ialah bakal menantunya.
“Dia adalah ibu kepada cucu perempuan saya. Dia ialah calon menantu, tapi dia belum menjadi menantu saya. Dia seorang yang sangat tenang,” katanya.
Sumber:Sport24
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usaha Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk meminda usul had minimum umur pengundi Pilihan Raya Umum Negara dari 21 tahun ke 18 tahun menerima respon yang seimbang di kalangan warganet.
Terlebih dahulu, Syed Saddiq menyifatkan pindaan usul itu sebagai usaha bagi memberi ruang kepada golongan muda terutamanya remaja untuk mempunyai ‘suara’ dalam menentukan masa depan Malaysia.
Dalam ciapan (tweet) beliau di akaun Twitter, Syed Saddiq berkata, “Kita letakkan beban kepada anak muda untuk buktikan ‘kematangan’ mereka. Walhal tiada siapa pun yang mempersoalkan pengundi berusia yang layak mengundi.
“Kita merungut bila suara anak muda tidak dihiraukan, jadi berubahlah. Sokong #Undi18 agar semua orang boleh mendengar pandangan kamu.”
Menurut beliau lagi, usul itu juga mendapat perhatian dan sokongan daripada parti kerajaan dan pembangkang termasuklah Datik Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Pemuda MIC.
Namun apabila penulis melihat kepada pandangan daripada warganet remaja pula, respon yang diterima di Twitter seimbang antara yang menyokong dan membangkang.
Sokong Untuk Masa Depan Belia
Utamakan Isu Peluang Pekerjaan
Rancang DAN Laksanakan
Ajar Sains Politik Di Sekolah
So guys, apa pendapat korang? Patutkah usia pengundi pada Pilihan Raya Umum seterusnya diturunkan ke usia 18 tahun?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!