Penyanyi British popular, Jessie J baru-baru ini mengejutkan para peminat apabila mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian besar dalam hidup apabila disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Flashlight itu menerusi satu video di Instagram.
Meskipun sedang melalui tempoh yang sukar, Jessie atau nama sebenar Jessica Ellen Cornish yang kini berusia 37 tahun tetap bersemangat untuk meneruskan komitmennya, termasuk membuat persembahan di acara Summertime Ball anjuran Capital di Stadium Wembley pada 15 Jun ini.
“Saya disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal,” katanya.
Ads
“Kanser memang menyakitkan dalam apa jua bentuk, tetapi saya berpegang pada perkataan ‘peringkat awal’,” ujarnya.
“Ini cara yang agak dramatik untuk buat pembedahan payudara. Saya akan menyepi seketika selepas Summertime Ball untuk jalani pembedahan, dan saya akan kembali dengan payudara besar dan muzik baharu,” jelasnya lagi.
Dalam video berkenaan, Jessie memilih untuk berkongsi khabar tersebut secara terbuka bukan sahaja sebagai cara untuk menerima kenyataan, tetapi juga demi menunjukkan solidariti kepada individu lain yang sedang mengalami nasib sama.
“Saya hanya mahu bersikap terbuka dan berkongsi,” katanya.
Ads
“Pertama, secara egoisnya, saya rasa saya tidak bercakap mengenainya secukupnya. Saya belum memprosesnya kerana terlalu sibuk bekerja,” tambahnya.
Penyanyi itu juga mengakui bahawa melihat perkongsian orang lain tentang pengalaman mereka dengan penyakit ini sebelum ini banyak membantunya secara emosi dan mental. Justeru, beliau turut mahu menjadi sebahagian daripada sokongan tersebut.
“Saya juga tahu bahawa perkongsian seperti ini sebelum ini banyak membantu saya dari segi sokongan, kasih sayang, dan kisah-kisah orang lain. Saya ibarat buku terbuka”
Ads
“Sungguh menyedihkan bahawa ramai orang lain juga sedang melalui situasi yang serupa atau lebih teruk, itu yang paling menyakitkan,” jelasnya.
Tambah Jessie, meskipun masanya agak sukar, beliau tetap melihat sisi positif dan bersyukur kerana ia membawanya kepada perspektif baharu dalam kehidupan.
Sekadar info, Jessie J menyambut kehadiran cahaya matanya, Sky Safir Cornish Colman, pada tahun 2023 selepas pernah mengalami keguguran pada 2021. Sebelum ini, beliau sering berdepan isu kesihatan termasuk masalah jantung sejak kecil, strok ringan ketika usia 18 tahun dan kehilangan pendengaran sementara pada tahun 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lepas habis SPM mesti ada yang dah buat plan nak sambung belajar dekat mana kan? Kadang bila dah ada aim nak masuk sekian-sekian kolej, tapi duit pulak tak berapa nak cukup. Maklum saja kos pembelajaran di pusat pengajian tinggi ni pun boleh tahan. Lebih-lebih lagi kalau kolej swasta.
Jadi apa boleh anda buat?
Menurut Lukman Khiruddin di laman twitter miliknya, bagi pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) atau yang bakal melanjutkan pelajaran, PTPTN adalah option terakhir yang perlu anda mohon.
Kenapa? Ha, baca thread ini kalau nak tahu lebih lanjut.
1. First semester (before masuk uni), apply Yayasan Negeri/Jabatan Zakat/Baitulmal untuk temporary money to pay your fees & monthly allowance.
2. Tugas anda untuk first semester, cuba sebaik mungkin score 3.50 dan ke atas. Second semester, apply scholarship.
3. Second semester apply scholarship, anda layak apply menggunakan result first semester. Majority of scholarship takkan tengok result SPM dah.
4. Tak perlu paranoid kalau result SPM anda tak memuaskan, benda dah lepas. Yang penting result first semester memuaskan (CGPA 3.50 dan ke atas)
5. Kalau first semester result tak berapa nak memuaskan, cuba lagi second semester. Repeat step 3 untuk semester ke-3 untuk apply scholarship.
6. Most of scholarship (SPM/undergrads/post) buka bulan Januari hingga Mei setiap tahun. Setiap scholarship berbeza requirement, berbeza tarikh tutup.
7. List scholarship untuk IPTA:
– Yayasan Daya Diri
– Yayasan Tun Rahah
– JPA Dermasiswa/JPA PIDN
– Yayasan Negeri
– The Straits Times
8. Banyak scholarship yang ramai tak tahu. Yang kita tahu, MARA dan JPA je. Cuba rajin sikit google..
Tak pun, Kumpulan Media Karangkraf sendiri ada memberikan biasiswa untuk para pelajar lepasan SPM, STPM & Diploma yang nak sambung pelajaran ke peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah.
Antara universiti swasta yang ditaja oleh Biasiswa Karangkraf ini adalah:
– SEGi
– UNIRAZAK
– UNISEL
– UNITAR
– KUIS- KLMUC/COSMOPOINT
– RANACO
– INSTEDT
Macam mana nak mohon? Anda boleh memuat turun borang permohonan di sini.
Penulis gerenti la remaja mahupun kanak-kanak sekarang sudah mempunyai smartphone sendiri. So kita dapat lihat smartphone ini kini menjadi trend ‘permainan’ anak-anak sekarang.
Korang tahu tak undang-undangdi negara Barat banyak yang menetapkan 21 tahun sebagai umur matang belia mereka. Disebabkan itu jugalah belia yang berusia 21 tahun dilarang untuk menggunakan tembakau (merokok) dan memiliki senjata api.
Menariknya baru-baru ini , undang-undang had umur untuk belia 21 tahun ke bawah turut di tambah dengan larangan penggunaan telefon pintar jika usia belia belum mencapai 21 tahun.
Undang-undang yang baharu diperkenalkan di Vermont, sebuah negeri di negara Amerika Syarikat oleh Senator John Rodges kerana beliau berpendapat sebelum mencapai usia 21 tahun, individu berkenaan belum matang sepenuhnya untuk mengendalikan telefon pintar dengan selamat.
Dalam kertas cadangan tersebut, mereka turut menyatakan antara sebab yang menyebabkan cadangan itu diusulkan adalah kerana kes buli (peras ugut dalam talian) yang semakin meningkat
Bukan itu sahaja, kes kemalangan yang melibatkan kereta kerana penggunaannya semasa memandu juga semakin tinggi di Amerika Syarikat terutamanya dalam kalangan remaja.
Menurut rang undang-undang tersebut, sekiranya individu bawah 21 tahun didapati memiliki telefon pintar, beliau mungkin akan berdepan dengan hukuman setahun penjara dan denda sebanyak USD1,000 (+-RM4,076).
Walaupun ada yang menolak dengan menyatakannya sebagai tidak masuk akal, rang undnag-undang ini sebenarnya bagi membuktikan had umur 21 tahun untuk pemilikan senjata api juga sebenarnya adalah tidak masuk akal.
Bagi Senator John, undang-undang memiliki senjata api juga sebenarnya sama dengan undang-undang memiliki telefon pintar dan keduanya sepatutnya dipertahankan sama rata.
Rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa tumbuhan tular di media sosial baru-baru ini, snake plant yang dikatakan boleh menghilangkan habuk jika diletakkan di rumah adalah tidak benar. Namun begitu, satu lagi kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli Kimia ini perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Dr Fatimah Salim melahirkan kembimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliate dan setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
Disebabkan itu tanah tidak sepatutnya disimpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.
Alternatif lain
Terdapat alternatif kepada tanah jika korang ingin menanam pokok di dalam rumah dan antaranya adalah tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
Kalau nak guna air sahaja pun boleh tetapi korang harus rajin menukarnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan mengurangkan mikroorganisma bermandiri.
Malah menurut Astro Awani, Pusat Racun Negara turut memuat naik status di laman Facebook rasmi mereka bagi menasihati orang ramai terutamanya jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Public Health Malaysia juga menasihati peminat indoor plant, berhati-hati sekiranya ada kanak-kanak, haiwan peliharaan dan pesakit kronik di rumah kerana ia boleh menyebabkan beberapa perkara seperti di bawah (dalam gambar).
Kesimpulannya, dalam korang begitu ghairah nak ikut trend tanam tumbuhan di dalam rumah, pastikan sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak yang mungkin terdedah dengan bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.