Baru sahaja nak mulakan hari dengan ceria, mood terus spoil bila berdepan dengan bayangan diri dalam cermin. Semuanya gara-gara muncul jerawat di wajah!
Kalau diikutkan, siapa je yang inginkan kehadiran jerawat secara tiba-tiba? Tambahan pula apabila kamu perlu berdepan hari yang penting, tentunya sesiapa pun ingin tampil sehabis baik demi impresi pandang pertama.
Usah khawatir, kerana dengan mengikuti beberapa langkah mudah ini dapat menghilangkan isu jerawat degil di muka anda!
Cuci Muka Selama 60 Saat
Mencuci muka adalah perkara penting yang perlu dilakukan untuk mendapatkan wajah yang bersih dan cerah. Melakukan double cleansing atau melakukan pembersihan wajah dengan sabun pencuci muka diyakini membantu untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih sihat.
Namun, baru-baru ini muncul teknik baru untuk mencuci muka yang dikenal sebagai 60 seconds rule. Teknik ini muncul dan diperkenalkan oleh pakar estetika, Nayamka Robert-Smith.
Menurut Nayamka, mencuci muka selama 1 minit dapat membantu kandungan pada sabun pencuci muka untuk bekerja dengan lebih baik. Melakukan 60 seconds rule ini turut membantu untuk memaksimalkan proses mencuci muka dalam membantu melembutkan kulit wajah dan membersihkan pori-pori wajah.
2. Tukar Sarung Bantal Dengan Kerap
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan wajah agar bebas daripada jerawat adalah penjagaan kebersihan di sekeliling. Sedar atau tidak, tempat paling lama kita berada pada setiap hari adalah di katil sendiri sewaktu tidur.
Oleh itu, jagalah kebersihan pada permukaan katil bermula dengan menukar sarung bantal baharu sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sarung bantal adalah lokasi di mana kotoran, minyak, peluh dan rambut melekat lalu membentuk tempat pembiakan bakteria yang merbahaya pada kulit wajah. Jangan malas untuk menukar sarung bantal tau!
3. Jaga Pemakanan Harian
Ads
Benar kata orang, you are what you eat! Kesan pengambilan makanan sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh setiap orang memberi reaksi ke atasnya.
Ada pantang-larang yang perlu dipatuhi memandangkan ada jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda dengan kehadiran jerawat-jerawat degil.
Elakkan makanan berlemak dan bergoreng memandangkan karbohidrat serta lemak akan meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah. Glukosa berlebihan seperti yang diketahui ramai boleh meransangkan kehadiran jerawat.
Amalkan pengambilan makanan seimbang daripada sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari.
4. Manfaatkan Ketulan Ais
Siapa sangka, bahan paling mudah yang boleh kamu gunakan untuk menghilangkan jerawat ada di dalam peti ais rumah masing-masing.
Iya! Ais boleh menenangkan jerawat yang menyakitkan dengan begitu pantas. Caranya? Balut beberapa ketulan ais di dalam kain nipis. Kemudian, tekan secara perlahan pada kawasan jerawat yang meradang selama tiga ke empat minit hingga bengkak jerawat berkurangan.
Ads
5. Produk Penjagaan Kulit Harus Diutamakan
Produk penjagaan kulit yang baik boleh membantu meningkatkan penampilan dan tekstur kulit anda pada bila-bila masa, terutama sekiranya anda sedang melawan jerawat.
Namun, lambakan jenama produk penjagaan kulit di farmasi kini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa anda tidak dapat membuat keputusan yang bijak dalam memilih produk yang bagus untuk merawat jerawat anda.
Jangan risau, dengan adanya OXY Acne Control Starter Kit, ianya mampu menghilangkan masalah jerawat yang kian membelungi diri anda! Set yang lengkap dengan tiga produk berkualiti tinggi ini mampu melakukan banyak perkara, seperti;
Menanggalkan sel kulit mati yang mungkin menyumbat pori
Asid Amino menyediakan pencucian lembut tanpa sabun untuk menghilangkan kotoran, minyak dan kekotoran
Mengandungi 5 Alpha-Avocuta, diekstrak daripada avokado, untuk membantu mengurangkan minyak berlebihan dan mengawal kilauan
Ekstrak Centella Asiatica ketulenan tinggi meredakan kemerahan dan mencerahkan kesan jerawat.
Kalau korang masih newbie dalam dunia skincare ini lagilah patut gunakan set penjagaan kulit dari OXY ini sebab semuanya sudah lengkap! Jom ikut langkah mudah di bawah!
LANGKAH 1
Ads
Bersihkan muka dengan Deep Cleansing Wash. Pastikan anda cuci muka selamat 60 saat tau! Ikut tips yang diberitahu sebelum ini, barulah kulit bersih dan sihat!
LANGKAH 2
Sapukan Acne Control Toner pada muka untuk menambah kelembapan kulit selepas pembersihan.
LANGKAH 3
Lembapkan dengan Acne Control Moisturizer untuk mengawal minyak dan mengekalkan kulit lembut dan terhidrat.
Haaaaa…mudah kan? Tiada lagi alasan bagi anda untuk hilangkan masalah jerawat terutama dengan adanya produk berkualiti seperti OXY Acne Control Starter Kit. Dapatkannya di farmasi berdekatan secepat mungkin okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: OXY, PIXEL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Asid glikolik bukan lagi asing dalam dunia kecantikan. Ramai remaja mengenalinya sebagai bahan dalam produk skincare untuk mencerahkan wajah dan merawat jerawat. Namun tahukah awak, asid glikolik sebenarnya bukan hanya untuk kulit wajah sahaja? Ia mempunyai pelbagai kegunaan lain yang mungkin mengejutkan ramai.
Pakar dermatologi, Dr. Neera, menjelaskan bahawa asid glikolik ialah sejenis pengelupas (exfoliant) kimia yang mampu menyingkirkan sel kulit mati, minyak berlebihan dan kotoran pada permukaan kulit. Selain wajah, ia juga bermanfaat untuk kulit kepala, badan, dan bahkan tapak kaki.
Mari kita tengok 4 manfaat asid glikolik yang jarang orang tahu:
1. Rawat Masalah Kulit Kepala
Kalau rambut cepat berminyak atau kulit kepala mudah mengelupas, asid glikolik boleh jadi penyelamat. Hanya sapu pada kulit kepala, biarkan selama 10 minit dan bilas dengan syampu. Amalkan 1–2 kali seminggu untuk singkirkan lebihan minyak dan kotoran yang tersumbat.
2. Kurangkan Jerawat di Belakang Badan
Jerawat badan, terutamanya di belakang, memang boleh buat rasa kurang yakin. Asid glikolik boleh disembur pada bahagian tersebut 3–4 kali seminggu. Ia membantu membersihkan pori dan mengurangkan pertumbuhan jerawat baru.
3. Atasi Keratosis Pilaris & Kulit ‘Strawberi’
Keratosis pilaris (kulit kasar berbintik) dan keadaan kulit strawberi (pori tersumbat hingga kelihatan gelap) memang biasa dialami remaja. Dengan sapuan asid glikolik 3–4 kali seminggu menggunakan kapas, kulit jadi lebih licin dan bersih. Jangan lupa gunakan pelembap urea selepas itu untuk elakkan kulit kering.
4. Melembutkan Tapak Kaki Merekah
Masalah tumit merekah bukan sahaja menyakitkan malah boleh menyebabkan bau kaki. Dengan sapuan asid glikolik secara konsisten, ia membantu melembutkan kulit keras dan menghalang bakteria daripada membiak di celah rekahan.
Cara Guna Asid Glikolik Dengan Selamat
Walaupun manfaatnya banyak, asid glikolik perlu digunakan secara berhati-hati:
Lakukan patch test sebelum guna.
Elakkan guna berlebihan, cukup beberapa kali seminggu.
Sebaiknya pakai pada waktu malam.
Gunakan sunscreen jika dipakai siang hari kerana kulit lebih sensitif pada UV.
Bonus: Kunyit Juga Baik Untuk Kulit
Selain asid glikolik, bahan semula jadi seperti kunyit turut mempunyai khasiat untuk kulit. Ia kaya dengan anti-oksidan dan anti-radang yang membantu merawat jerawat, memudarkan parut, melambatkan tanda penuaan dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
✨ Kesimpulannya, asid glikolik bukan sekadar untuk wajah. Dari kulit kepala, badan hinggalah ke tapak kaki, ia boleh membantu remaja mendapatkan kulit yang lebih sihat, bersih dan glowing. Tapi ingat, gunakan dengan cara betul supaya kulit kekal selamat dan terlindung.
Generasi muda kini mungkin kurang kenal dengan nama Zang Toi. Namun jika anda seorang peminat fesyen pasti beliau antara personaliti fesyen asal Malaysia yang memberi inspirasi. Dilahirkan pada tahun 1961, pemilik nama penuh Toi See Zang ini dibesarkan di sebuah perkampungan kecil di Kuala Krai, Kelantan sebelum berhijrah ke Kanada pada usia 18 tahun dan seterusnya menimba pendidikan dan membina kerjaya di Amerika Syarikat sehingga kini.
Mendapat pendidikan di Parsons School of Design. Demi menampung kos sara hidupnya ketika itu, beliau bekerja separuh masa dengan pereka-pereka kecil di Soho. Hasil yang diperolehi digunakan untuk membeli barangan seperti mesin jahit dan bahan-bahan lain yang diperlukan sebagai seorang pelajar dalam bidang fesyen. Tidak penat mengejar cita-cita, beliau pernah tidur hanya tiga jam sahaja sehari demi menyeimbangkan waktu kelas dan juga waktu untuk bekerja.
Antara koleksi terkini. Cukup bold dan berani.Koleksi Spring 2020, kalau anda perasan corak pada gaun ini diinspirasikan dari batik Kelantan. Sumber gambar: WWD
Hasil usahanya yang tinggi membuahkan hasil apabila beliau menjadi aperantis kepada Mary Jane Marcasiano dan Ronaldus Shamask. Cukup menimba ilmu dan pengalaman, akhirnya pada tahun 1989 beliau berjaya membuka sebuah studio sendiri yang juga digunakan sebagai bengkel fesyen.
Memetik dalam temubual penulis bersamanya pada tahun 2018, “Saya sangat berterima kasih kepada Anna Wintour, ketika itu saya merupakan pereka fesyen keturunan Asia pertama dia ketengahkan dalam majalah Vogue pada tahun 1990, sekaligus meletakkan nama saya di dalam peta fesyen.”
Sharon Stone menggayakan busana rekaan Datuk Zang Toi
Sejak itu, anak jati Kelantan ini tidak menoleh ke belakang. Beliau menjadi pilihan wanita-wanita elit yang suka akan gaya chic, glamor dan mewah yang diterjemahkan ke dalam busana. Melinda Gates merupakan antara pelanggannya ketika di baru bermula dalam dunia fesyen. Selain itu busananya turut menjadi pilihan selebriti terkenal Hollywood seperti Sharon Stone, Eva Longoria, Ivana Trump, Patti La Belle dan ramai lagi.
Bersama ibu tercinta ketika menerima anugerah dari YDPA
Pada tahun 2013, beliau dianugerahkan Pingat Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia. Untuk berjaya baginya memerlukan satu perkara penting, “Kerja keras merupakan satu perkara penting untuk memiliki perniagaan yang berjaya.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skil menanduk bola sepak semasa perlawanan di tengah padang adalah aksi biasa yang kita tonton ataupun lakukan sendiri semasa bermain.
Namun, selepas ini korang mungkin ingin menasihati adik korang agar tidak lagi menanduk bola.
Ini setelah persatuan bola sepak Scotland mendapati pemain bola sepak remaja berusia 12 tahun ke bawah berisiko untuk mengalami masalah dementia ketika mereka sudah dewasa.
Lantas, Scotland menjadi negara pertama di Eropah untuk menghalang aksi menanduk bola selepas ini.
.
Kajian terhadap aksi ini dilakukan setelah otak bekas pemain bola sepak England, Jeff Astle dibedah siasat pada tahun 2014 – 12 tahun selepas kematiannya pada usia 59 tahun.
Mereka mendapati Astle menghidap tanda-tanda awal dementia dan kemudian disahkan meninggal akibat simptom dementia kronik (CTE).
Jeff Astler.
Jika dahulu, hanya peninju dan atlet sukan tempur saja yang mengambil langkah berhati-hati untuk tidak terdedah kepada tumbukan terus ke kepala kerana risiko dementia.
Kini nampaknya, tandukan bola sepak juga boleh menjadi salah satu punca dementia. Ini kerana bola sepak boleh mencapai kepada kelajuan hingga 128 kilometer sejam apabila menghentak kepala.
Apabila ia sampai ke kepala, otak yang sedang ‘terapung’ di dalam kaviti tengkorak akan melantu ke dinding belakangnya dan mengakibatkan lebam.
.
.
Mungkin sekali terkena tandukan bola tidak mendatangkan apa-apa kesan. Namun jika sudah menanduk pada setiap hari, sudah pasti ada impaknya di kemudian hari.
REMAJA nasihatkan agar korang berhati-hatilah semasa bersukan. Suka, suka juga. Tetapi kalau sudah menerima insiden seperti pesilat negara kita di bawah, siapa yang susah..?