Bintang K-Pop sensasi, Jennie BLACKPINK baru-baru ini mencuri perhatian apabila rasmi tampil sebagai duta global bagi jenama kacamata ikonik, Ray-Ban serta Ray-Ban Meta. Pelantikan ini sekaligus mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara figura fesyen dan budaya pop paling berpengaruh.

Sebagai ahli kumpulan terkenal BLACKPINK, Jennie bukan sahaja dikenali menerusi bakat nyanyian dan rap, malah turut mencipta impak besar dalam dunia fesyen serta gaya hidup. Personaliti beliau yang berani bereksperimen dengan gaya menjadikan beliau pilihan tepat untuk mewakili identiti jenama Ray-Ban yang sinonim dengan ekspresi diri dan inovasi.

Menerusi satu kenyataan, Jennie atau nama sebenarnya Jennie Kim (30) berkata, kerjasama ini terasa sangat semula jadi sejak awal lagi kerana nilai yang dibawa jenama tersebut selari dengan prinsip dirinya.

Aura Ikon Fesyen Makin Menyerlah, Jennie BLACKPINK Kini Duta Global Ray-Ban Aura Ikon Fesyen Makin Menyerlah, Jennie BLACKPINK Kini Duta Global Ray-Ban

Ads

“Bagi saya, keyakinan bukanlah sesuatu yang lantang, ia datang daripada rasa selesa dengan diri sendiri dan mengekspresikan siapa diri kita dengan cara yang tenang,” katanya.

Di samping itu, Jennie turut menyifatkan Ray-Ban sebagai jenama yang mempunyai aura ringkas tetapi ekspresif, selain mudah digayakan dalam kehidupan seharian. Malah, beliau mengakui gemar dengan item fesyen yang boleh menjadi sebahagian daripada identiti harian seseorang.

“Saya sukakan item yang sentiasa bersama anda setiap hari dan menjadi sebahagian daripada mood anda. Kolaborasi ini memang sangat sesuai dengan diri saya,” tambahnya lagi.

Ads

Aura Ikon Fesyen Makin Menyerlah, Jennie BLACKPINK Kini Duta Global Ray-Ban

Ads

Pada masa yang sama, kerjasama ini secara tidak langsung mencerminkan pertembungan antara gaya klasik dan inovasi masa depan sesuatu yang cukup sinonim dengan imej Jennie sebagai ikon fesyen moden.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Jennie terus mencuri tumpuan peminat apabila memberi bayangan bakal membuat kemunculan semula solo pada tahun ini selepas memuat naik teaser di studio rakaman, sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat mengenai projek muzik baharu yang mungkin dilancarkan dalam masa terdekat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads