Penyanyi terkenal, Jennie Blackpink baru-baru ini dikhabarkan telah mendermakan sejumlah 100 Juta Won sebagai bantuan pembangunan sekolah di Korea Selatan.
Perkongsian itu diumum oleh sebuah Organisasi Tidak Berasaskan Keuntungan (NPO) Habitat Korea pada 16 Mei, semalam dan Jennie juga dilaporkan mendonasi atas nama peminat kesayangannya, BLINK.
Sumbangan ini akan digunakan bagi projek pembangunan Sekolah Alternatif Antarabangsa Rodem Namu yang terletak di Anseong, Gyeonggi, Korea Selatan.
Ads
Kredit: Habitat Korea
Sekolah ini akan berfungsi sebagai penempatan para pelajar antarabangsa yang menetap di Korea Selatan. Dan pembinaan bangunan ini di sekolah amat diperlukan kerana persekitaran perumahan tidak sesuai untuk didiami oleh pelajar secara berkumpulan.
Ads
Selain itu, ia juga akan membantu pelajar untuk kembali ke Korea Selatan dan menyesuaikan diri dengan budaya dan komuniti di Korea.
Ads
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jennie kerana telah bergabung dengan kami dalam membangun sekolah bagi membantu anak-anak mewujudkan impian mereka”
“Atas nama cinta kelab peminat BLINK, kami akan berusaha dan bekerja keras untuk memulakan projek ini dengan cepat” – Habitat Korea
Sekadar info, pada 26 April lalu Jennie membuat penampilan khas melalui single terbaru Zico SPOT!. Selain itu, kehadirannya di Met Gala 2024 juga menarik perhatian orang ramai kerana aura Aquatic Looknya itu sangat memukau!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang Perak pasti kenal benar dengan nama Sultan Idris Shah II yang memerintah negeri itu selama 21 tahun bermula dari tahun 1963 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1984. Sepanjang memerintah negeri Perak, almarhum terkenal sebagai sultan yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dengan mereka yang berada di bawah naungannya.
Salah satu kegemaran baginda adalah seni muzik. Kecintaan baginda terhadap seni muzik dizahirkan menerusi penubuhan sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama Orkes RIShah. Baginda bukan sahaja seorang yang gemarkan muzik bahkan berbakat dalam penciptaan lagu serta penulisan lirik.
Antara lagu popular yang ditulis baginda adalah lagu Kalau Rindu nyanyian penyanyi terkenal Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang yang menjadi antara lagu menguasai carta sekitar tahun 70an. Selain itu baginda juga menulis lagu-lagu lain seperti Semalam di Subang dan Pulau Pangkor yang dirakam ke dalam piring hitam dan dinyanyikan oleh Aminah Ahmad.
Kulit album piring hitam Aminah Ahmad bersama Orkes RIShah.
Lagu Kalau Rindu nyanyian Rafeah Buang menjadi halwa telinga masyarakat sehingga kini dan masih lagi dimainkan di corong radio. Hasil kreativiti dan juga puitisnya lirik yang dihasilkan membuat lagu ini terus malar segar merentas zaman.
Bagi anak muda yang kurang kenal dengan almarhum Sultan Idris Shah II. Sedikit trivia untuk anda, Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah merupakan salah seorang puteri baginda dan ini menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai cucunda baginda. Selain itu, seorang lagi anakanda baginda, Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zukarnain merupakan Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan kini.
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.
Bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, program edisi all-male ini menyaksikan 12 peserta tampil dalam persembahan berkumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, namun hanya 10 orang yang berjaya mara ke minggu seterusnya.
Dua peserta yang tidak berjaya menambat hati juri pada malam Ahad, semalam ialah Ashmirul dan Qarl G.
“Saya nak ucapkan terima kasih atas Allah SWT kerana telah memberikan saya peluang ini,” ucap Ashmirul.
“Ini adalah pertama kali saya keluar dari zon selesa saya dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada barisan juri Ajai, Datuk Syafinaz, Hael Husaini, Akim Ahmad serta kepada kawan-kawan dan peminat yang sentiasa beri sokongan,” katanya lagi.
Di samping itu, Qarl G turut meluahkan rasa syukur atas sokongan dan peluang yang diberikan buat dirinya dalam program ini serta memasang harapan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, menurut juri tetap Big Stage Alpha, Datuk Syafinaz Selamat, sekali lagi mengingatkan bahawa pemilihan peserta ke peringkat seterusnya bukan sahaja berdasarkan kekuatan vokal secara solo, malah keserasian dalam sebuah kumpulan juga amat penting untuk dititikberatkan.
“Macam saya pernah cakap sebelum ini, bila berada dalam kumpulan. Para peserta perlu pastikan mereka ‘blend well’ dengan ahli kumpulan lain”
“Saya mahu mereka semua pandai bawa diri bila berada dalam kumpulan tapi pada masa yang sama kita (juri) mahu mereka lebih menyerlah semasa nyanyian solo,” katanya.
“Selain itu, saya harap para peserta memilih lagu yang sesuai semasa persembahan solo kerana ada beberapa peserta yang saya tahu mereka boleh buat lebih baik daripada minggu ini,” jelasnya.
Sementara itu, penyingkiran dua peserta pada malam tadi sekaligus melayakkan 10 peserta lain iaitu Allan Andersn, Awienit, Aeril Fesol, Araff, Afiq Sky, Daniel Sher, Izat Ibrahim, Ray D, Rizal Rasid, dan Que.
Big Stage Alpha merupakan spin-off pertama Big Stage dengan konsep 18 bintang lelaki akan bertanding untuk dijadikan sebuah kumpulan lelaki pertama di bawah naungan Astro.
Setiap minggu, para peserta akan diuji menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan mengikut tema yang diberikan.
Markah Peserta Big Stage Alpha Pada Minggu Ke-2
Penjurian dikendalikan oleh barisan juri tetap seperti Datuk Syafinaz Selamat, Hael Husaini, dan Edry Abdul Halim, manakala Kris Dayanti tampil sebagai juri jemputan untuk minggu pertama.
Program yang dihoskan oleh gandingan mantap Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Terdahulu, enam peserta iaitu Syafeek Ikhwan, Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman telah disingkirkan pada minggu pertama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir dua tahun diharamkan, kini perkhidmatan teksi motosikal pertama di Malaysia, Dego Ride kembali beroperasi hari ini dengan sasaran mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan, khususnya untuk belia dari golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Dego Ride turut menawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan. Penunggang berdaftar dengan syarikat e-panggilan perkhidmatan pengangkutan menggunakan motosikal itu yang diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Dego Ride menjadi bualan orang ramai sebaik memulakan perkhidmatan teksi motosikal pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50, namun hanya terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.
Kewujudan perkhidmatan yang disifatkan sebagai ‘pengangkutan pengantara’ itu bagaimanapun diharamkan oleh kerajaan terdahulu dengan alasan boleh mendatangkan pelbagai risiko dan membahayakan pengguna serta menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dego Ride Mula Beroperasi 2020
Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, 700 daripada lebih 4,000 permohonan sudah diluluskan untuk menjadi penunggang Dego Ride termasuk 50 daripada 100 pemohon wanita.
Penunggang lelaki hanya dibenarkan membawa penumpang sama jantina dan begitu juga sebaliknya dengan perjalanan dihadkan sejauh 10 kilometer. Perkhidmatan yang menyamai ‘Gojek’ di Indonesia dan ‘Motorsai Rap Chang’ di Thailang menawarkan tambang sebanyak RM3 bagi kilometer pertama, diikuti tambahan RM1 bagi setiap kilometer seterusnya di sekitar Lembah Klang.
“Syarat-syarat untuk menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian,” katanya yang berhasrat untuk perluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.
Dego Ride juga bakal menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan ini menggunakan kereta tetapi fokus utama ketika ini adalah perkhidmatan teksi motosikal.
So apa pendapat korang dengan teksi motosikal ini? Tapi apa pun penulis nasihatkan agar korang menjaga keselamatan, yang paling utama.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.