Uncategorized

Jenna Ortega ‘Janjikan’ Wednesday Musim Kedua Lebih Elemen Seram, Menakutkan. Tak Sabarnya!

Share

Siri Netflix berjudul ‘Wednesday’ sebelum ini, telah menjadi fenomena sekaligus memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.

Untuk musim kedua yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini dan berjaya menambat hati para penonton, tampil mendedahkan aset siri kedua akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Tambat Hati Penonton Menerusi Siri Terbaharu Netflix ‘Wednesday’ , Ini Fakta Tentang Jenna Ortega

Memetik laporan Just Jared, bintang berbakat besar itu memberi bayangan bahawa Wednesday musim kedua bakal menampilkan episod yang lebih menyeramkan, berbanding pada musim pertama.

“Untuk musim kedua nanti, penonton akan merasai pengalaman lebih menyeramkan. Banyak adegan mengerikan bakal berlaku.

“Apa yang pasti, musim kedua Wednesday akan mendebarkan penonton,” kongsinya.

Selain itu, aktres berusia 20 tahun itu turut memaklumkan, sama seperti musim pertama, musim kedua juga tidak banyak mengandungi adegan romantik dan percintaan, namun akan mengutamakan eleman lebih gelap dan menakutkan.

“Kami memutuskan untuk memberi kelebihan pada sisi seram. Elemen itu akan lebih gelap dan menakutkan,” katanya.

Untuk pengetahuan, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Jenna Ortega

IKLAN