Bila ke pawagam, sambil tengok filem apa yang best dan waktu tayangannya, kita akan mula que untuk beli tiketkan. Bila tiba di kaunter, kita akan tengok seat paling atas dan tengah dan ramai yang menolak untuk duduk seat depan sebab sakit tengkuk.
Harga seat pun biasanya mencecah RM17-RM20 bagi satu filem baru (harga tiket wayang sudah ada peningkatan berbanding dahulu hanya sekitar RM15-RM17), mengikut lokasi pawagam mana yang korang pilih.
Tapi tahukah, sebenarnya selain seat-seat biasa tu, ada banyak lagi jenis seat special yang mana lebih selesa untuk korang nikmati sambil menonton wayang pilihan. Ternyata perkongsian dari akak Astiey Nurasiah tentang jenis-jenis seat yang ada di pelbagai pawagam seperti TGV, GSC, MBO dan banyak lagi menjadi viral dan dikongsi oleh 25k pengguna fb yang lain.
Jom baca ulasannya mengenai jenis-jenis seat yang ada.
Ini Gold Class, harga RM70
Ni GOLD CLASS seat. Ini di GSC. 3 tempat je ada . The Garden Midvalley, Pavilion dan One Utama.
Harga RM70/seat.
Ni kak As tengokk di Signature The Garden. Seat dia memang selesa. Ni boleh order makanan dalam ni je. Tekan je button merah tu. Ni siap selimut semua. Seat boleh laras. Tekan je button tepi kerusi tu nanti akan keluarlah tempat letak kaki. Nak baring macam katil kat rumah pun boleh. Dalam ni seat tak banyak. Dalam untuk 30 seat je tak silap.
Platinum seat, harga RM40
Ni PLATINUM SEAT. Ni ada di MM Cineplexes. Ni hanya ada di E Curve sahaja tak silap
Ni harga RM40/seat
Ads
Kak As lagi suka seat ni dari Gold Class. Sebab lagi besar dan bukan leather seat macam Gold Class. Empuk je rasa time baring. Kaki pun boleh laras dan naikkan. Tapi spoil. Kak As order minuman panas then kak As tertumpahkan. Lencun habis seat. Ni bantal dan selimut kena bayar. 1 set tu RM5 jea. Kak As bayar sebab dalam tu bukan main sejuk. Kena tinggal. Jangan bawak balik pulak.
Ini MX4D, harga RM30
Ni MX4D. Ibu mengandung atau ada penyakit jantung DILARANG masuk sama sekali. Sebab kerusi dia akan bergerak ikut movie. Bergegar. Masa tengok ni kami tonton citer Predator. Boleh tahanlah.
Siap ada air kena muka. Ada masa keluar bauan. Ikut movie. Bila kat movie ada helikopter mendarat rasa berangin je kat muka Enjoylah jugak. Tapi kalau nak relaks, seat ni tak berapa sesuai. Mana nak relaks kalau asyik bergegar-gegar
Kat Malaysia ni ada 2 jea MX4D under MBO ni. Kat The Starling Mall, Damansara dan Kuantan City Mall
Kak As opkos tengok kat Starling Mall. Harga masa kak As booking online RM30/seat. Ohh yaa.. nak booking semua seat ni secara online u olls pergi official setiap cinema punya website.
Ads
Bila select cinema yang ada benda-benda ni baru keluar pilihan seat tu. Contoh kak As masuk MBO online. Then pilih cinema: The Starling. Contoh ada cerita Predator kamu akan perasan ada dua pilihan Predator tu. Satu akan tulis predator (MX4D). So klik yang tu.
Ini Bennie Seat, harga RM52
Ni BENNIE SEAT. Yang ni kak As pergi sekali je. Hahaha. Tobat tak mau dah. Tenggelam terus. Kalau kat rumah tak pe. Kalau kat sini nak tergolek-golek macam tak cukup sopan. Hahaha.
Ini Indulge Seat, harga RM80
Harga RM52/seat
Bennie seat ni under TGV. Ada di
1ST AVENUE
1 UTAMA
SUNWAY PYRAMID
SETIAWALK
TEBRAU
BUKIT INDAH
TAIPING
GURNEY PARAGON MALL
SUNWAY PUTRA
SURIA KLCC
VIVACITY MEGAMALL
KLEBANG
Kak As tengok di Sunway Piramid. Takde selimut bantal semua.
Ads
Ni SEAT paling kak As suka. INDULGE SEAT
Ni under TGV. Ada di 2 tempat je. Sunway Velocity dan One Utama.
Dah banyak kali ambik seat ni. Tak tahu kenapa. Seat dia paling kak As suka. Kaki boleh laras dan naikkan dengan sangat selesa. Makanan kat sini pun sedap-sedap. Tapi bayar asinglah. Tak termasuk tiket.
Tekan button nanti waiter dia datang. Ni RM80/seat tak silap. Siap selimut dan bantal.
Hokay, nie yang biasa kita tengokkan, RM15-RM17, termasuk REMAJA hokay.Jadi kalau korang ada duit lebih, terasa nak rilek-rilek dan chill time tengok wayang nie, boleh la try seat yang berbezakan. Tak salah nak reward diri sendiri, melepaskan penat seharian bekerja. Tengok pada seat-seatnya memang nampak selesa habis. Tak rugi pun cuba sesekalikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhabaran kemangkatan Ratu United Kingdom, Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II pada hari ini bukan saja merupakan berita dukacita buat rakyat di sana. Malah, di Malaysia yang merupakan ahli negara Komanwel juga, masyarakat di sini turut bersedih apabila mendapat tahu mengenainya.
Sepanjang hayatnya selama 96 tahun, baginda pernah berkunjung ke Malaysia sebanyak tiga kali.
Kunjungan sulung baginda ke sini adalah pada dari 22 hingga 8 Mac 1972 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Perak merangkap Yang di-Pertua Agong pada waktu itu, Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah; yang juga merupakan pemerintah kedua daripada kalangan monarki paling lama memerintah di dunia selepas Ratu Elizabeth II.
Pada waktu itu, baginda telah melawat ke Istana Negara dan juga melakukan pelbagai jenis aktiviti termasuklah menoreh getah.
17 tahun kemudian, baginda sekali lagi telah ke Malaysia pada 14 hingga 17 Oktover 1989 bersempena Mesyuarat Ketua Negara Komanwel yang ke-11. Pada waktu itu, Malaysia diketuai oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang juga merupakan Sultan Perak.
Pada waktu itu, baginda telahpun menyarungkan gaun serba putih dalam sebuah majlis makan bersantap di Istana Negara bersama raja-raja Melayu dan Putera Philip. Pada kesempatan itu juga, baginda telah melawat ke Masjid negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddn Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang baru dibuka kepada orang ramai setahun sebelumnya.
Menariknya pada waktu itu, baginda telah memilih busana fabrik songket labuh berserta sarung tangan hitam sebagai tanda menghormati pusat beribadah.
Kali terakhir Ratu Elizabeth II ke Malaysia adalah sempena temasya Sukan Komanwel ke-16 atau SUKOM 98 di Kuala Lumpur. Siapa boleh lupakan ketibaan baginda di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam persalinan serba merah pada acara penutup.
Di sana, baginda telah memberikan ucapan sekaligus menutup temasya dengan memalu gong gergasi sebagai tanda simbolik.
Terdahulu, Ratu Elizabeth II telah menyerahkan baton Sukan Komanwel berbentuk gobek (sejenis alat menumbuk buah pinang yang selalu didapati di rumah kampung Melayu) dan bunga raya di Istana Buckingham di London kira-kira lima bulan sebelum temasya berlangsung.
Sewaktu berada di Kuala Lumpur pada tahun 1998 juga, baginda sempat dibawa melawat ke Suria KLCC dan menaiki tren pengangkutan awam, LRT.
*
Menerusi hantaran di media sosial, akaun Istana Negara mewakili Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Pada 13 Disember 2019, pasangan diraja Malaysia tersebut telahpun menghadiri majis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sambil disambut oleh Putera Edward.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermacam-macam challenge sedang dilakukan oleh selebriti Malaysia, sampaikan kami pun lost track!
Salah satu cabaran yang mulai popular adalah #GirlsLikeYou Challenge yang diinspirasikan daripada lagi Girls Like You yang dinyanyikan oleh Maroon 5 dan Cardi B.
Untuk cabaran ini, korang perlu lip sync saja kepada lagu tersebut sambil melakukan gaya menarik, tak kalah seperti menonton klip video pula! Di Malaysia, 5 orang selebriti perempuan telahpun melakukan cabaran tersebut. Sudah memang sejak azalinya sudah cantik, bila mengerakkan bibir mengikut nyanyian Adam Levine lagilah kami cair.
5 orang selebriti tersebut ialah pelakon Sweet Qismina, gimnas Farah Ann Abd Hadi, penerjung Angela Leong Mun Yee, Miss Universe Malaysia 2016 Kiran Jassal dan model & VJ Hannah Tan. Cer tengok video mereka yang dimuat naik oleh Universal Music Malaysia di bawah.
Comel kan!
Lebih mengharukan apabila akaun rasmi Maroon 5 juga memuat naik video lip sync tersebut di Facebook mereka/
Girls Like You menyampaikan mesej Female Empowerment yang meraikan diversiti pada kaum perempuan. Tak semua perempuan sama. Seharusnya, perempuan di seluruh Malaysia – malah di seluruh dunia – perlu berbangga dengan diri mereka dan menyokong rakan perempuan mereka yang lain.
#GirlPower
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita persaraan Mesut Ozil dalam skuad kebangsaan Jerman dan Piala Dunia 2018 merupakan kemunculan terakhirnya untuk pasukan tersebut.
Ozil mendakwa bahawa dia telah menerima layanan buruk daripada skuad kebangsaan persatuan bola sepak Jerman dan dalam kenyataan rasminya juga, Mesut Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini.
“Dengan rasa berat hati dan selepas berfikir sewajarnya, saya ingin mengumumkan bahawa saya tidak akan menyarung jersi Jerman di peringkat antarabangsa kerana saya berasakan tidak dihirmati selain kritikan berunsur perkauman yang saya terima,” jelasnya.
Ozil juga turut mengeluarkan statement di laman sosialnya tentang kekecewaannya terhadap Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) yang seperti tidak memihak pada dirinya selepas dikritik hebat.
DFB bukan saja tidak mempertahankannya, malah presiden persatuan itu sendiri, Richard Grindel juga tidak mahu mendengar cerita daripada pihaknya selepas tersebar satu gambar kontroversi Ozil bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Mei lalusebuah majlis tertutup di London.
“Ketika saya mahu menjelaskan kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadinya dalam politik dan menafikan pandangan saya,” jelas Ozil lagi.
Pemain berusia 29 tahun ini sememangnya mempunyai keluarga berdarah Turki dan telah mempertahankan tindakannya bergambar dengan Erdogan selepas ramai mempersoalkan kesetiaannya kepada skuad kebangsaan menjelang Piala Dunia lalu.
Jelasnya lagi, dia masih setia dengan asal usulnya di kedua-dua negara iaitu Jerman dan Turki, selain turut menegaskan ia langsung tiada kaitan dengan politik.
“Asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki,”
“Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki,” tambahnya lagi.
Haih, berita sedih ni mesti buatkan peminat Jerman bertambah kecewa. Harapnya mereka dapat selesaikan dengan baik.