Jenama Telefon Pintar Ini Jadi Syarikat Pertama ‘Mansuhkan’ GST?

Share

 

Walaupun 1 Jun belum tiba lagi, sudah ada jenama yang katakan tidak kepada GST. Well, kind of –

 

Hari ini, jenama telefon pintar Huawei Malaysia telah mengumumkan promosi pulangan wang kepada pelanggan mereka sebanyak 6 peratus. Kempen yang dinamakan 6% Cash Back

ini membolehkan pelanggan untuk mendapat diskaun semasa membeli salah satu daripada 24 buah model telefon pintar yang disenaraikan oleh Huawei Malaysia, di cawangan terpilih.

Antara model yang tersenarai termasuklah Nova 2 Plus, P10 Plus, Nova Lite (Hitam, Emas dan Biru), Y5 Prime dan Y6. Senang cerita, rambang matalah nak pilih model telefon yang mana satu! 24 pilihan kot. 

 

 

Walaupun kempen ini bukanlah secara terang-terangan melihatkan Huawei ‘memansuhkan GST’ daripada penjualan produk mereka, namun nilai 6 peratus yang diberikan semula dilihat seolah-olah telefon pintar tersebut dijual pada harga kasar tanpa GST.

Kempen ini hanya sah daripada 18 Mei (hari ini) sehingga 31 Mei 2018.

Selain daripada menawarkan harga lebih murah, Huawei Malaysia juga sedang mengaktifkan kempen ‘Gaya Raya Bersama Huawei’ di mana korang berpeluang untuk memenangi freebies

dan memenangi trip percutian famili (4 orang) ke Tokyo Disneyland dan Club Med Bali, Indonesia.

 

Nampak gayanya, semua orang bertelefon barulah Raya kali ini.

IKLAN