Selain bakat dan prestasi mereka, para atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 sering kali menjadi perhatian kerana penampilan, wajah yang menarik.
Persis supermodel, atlet berkenaan bukan sahaja menjadi buruan lensa jurugambar, malah turut menarik perhatian penonton seluruh dunia yang menyaksikan acara pertandingan menerusi televisyen. Ini 8 gadis jelita yang dinanti!
Alica Schmidt
Alica Schmidt
Jelitawan trek dan balapan Jerman, Alica Schmidt tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila mengetahui bahawa dia terpilih menyertai pentas berprestij Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet berusia 25 tahun itu akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti campuran 4×400 meter (m) menyatakan peluang keemasan tersebut sebagai impian terbesar yang telah menjadi kenyataan.
Molly Caudery
Molly Caudery merupakan Juara Lompat Galah SPAR Indoor Athletics dan merupakan anggota termuda dari pasukan Sukan Komanwel 2018. Dilahirkan dan dibesarkan di London, beliau mula melompat galah pada usia 14 tahun, setelah sebelumnya menggeluti sukan gimnastik sejak usia empat tahun.
Prestasi terbaiknya adalah mencapai ketinggian 4.35 meter yang memberikannya pingat di Kejuaraan Eropah. Selain prestasi yang hebat, penampilannya juga tidak kurang mengagumkan, berikut potret beliau seperti yang dilaporkan dari akaun Instagramnya.
Ads
Alysha Newman
Atlet cantik Alysha Newman adalah atlet lompat galah wanita terbaik sepanjang masa. Dia telah memenangi dua pingat Olimpik dan menjadi pemegang rekod Kanada.
Selain menjadi atlet lompat galah, dia juga menceburi dunia peragaan, dan baru-baru ini menjadi seorang influencer. Dilahirkan dan dibesarkan di London, Ontario, Alysha lulus dengan Ijazah Sarjana Kinesiologi sebelum memulakan kerjaya atletik profesionalnya.
Memang, selain prestasinya yang mengagumkan, penampilan Alysha juga tidak kurang memukau. Tidak hairanlah, sebagai seorang model dia sering berkongsi penampilannya di akaun Instagram miliknya.
Ads
Lieke Klaver
Populariti atlet olahraga Belanda, Lieke Klaver melonjak tinggi sejak membuat kemunculan debut pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun sebelum ini hingga mencetus fenomena sensasi di laman media sosial ketika ini.
Kejelitaan rupa paras Klaver terus menjadi bualan hangat pelayar Internet khususnya di platform media sosial TikTok walaupun atlet berusia 23 tahun itu tidak mempunyai akaun peribadi untuk aplikasi tersebut.
Julia Efimova, berenang
Ads
Dia menjadi wanita pertama yang memenangi 200 meter kuak dada di Kejohanan Akuatik Dunia sebanyak tiga kali. Orang Rusia ini memenangi 109 pingat dalam kerjayanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagai tiada kesudahan. Malah tidak juga mengambil iktibar terhadap hukuman yang pernah dijatuhkan terhadap orang lain.
Jika korang masih ingat kes yang dihadapi oleh K Ganesh, seorang pekerja kontrak yang dihukum penjara dua tahun 10 bulan dan denda RM40,000 akibat memasukkan kucing bunting ke dalam mesin basuh.
.
Namun ternyata hukuman yang dijatuhkan terhadap orang lain tidak menjadi iktibar dan terbaru, sebanyak 11 ekor kucing ditemui mati dipercayai diracun di sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung, Rawang, petang semalam.
Posting yang dikongsikan oleh laman media sosial Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia ini mendapat 5.2K like dan 1.6 komen. Menurut posting ini, haiwan malang itu ditemui mati bergelimpangan akibat perbuatan kejam manusia yang tidak berhati perut.
Berikutan insiden itu, Persatuan Haiwan Malaysia, pihaknya memohon kepada saksi kejadian untuk tampil membantu menyalurkan maklumat berhubung kes itu.
Baca hantaran di fb Persatuan Haiwan Malaysia. Dan tolong sebar sehingga pelakunya tertangkap!
Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika yang dilaporkan oleh Astro Awani berkata ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan jika pelaku berjaya dijejak, hukuman boleh dikenakan.
“Iaitu penjara minimum satu tahun sehingga maksimum tiga tahun atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000,” jelasnya.
Malah, netizen turut terkesan dan geram dengan apa yang berlaku pada haiwan yang tidak bersalah ini. Rata-rata mendoakan si pelaku mendapat hukuman yang setimpal.
.
.
Animal Malaysia memohon saksi menghubungi persatuan itu dengan segera menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 6011-20901097 demi keadilan buat haiwan tersebut.
Emmm…apa la salah kucing-kucing ni kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’
Tidak seperti kebanyakan ibu bapa, penoreh getah Jaliusih Madakol terpaksa meminjam wang dari orang kampungnya untuk menghadiri pengumuman keputusan STPM anak perempuannya di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Namun segala penat lelahnya untuk menyara pelajaran anak perempuannya tidak berakhir dengan sia-sia apabila anak perempuannya, Arnie Jaliusih meraih purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 untuk peperiksaan STPM.
Arnie yang merupakan pelajar SMK Tun Fuad Stephens adalah antara 75 pelajar yang menerima penghargaan daripada timbalan pengarah Pendidikan (Perancangan dan Pengurusan Sektor PPD) Sabah Mohd Zaini Yanin di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Penoreh getah itu turut berkata, dia sanggup berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan Arnie, dirinya dan isteri tetap hadir meraikan pencapaian membanggakan tersebut.
“Saya hanya ada motosikal dan Proton Saga yang selalu rosak. Kereta saya dari era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1990-an.
“Paling jauh yang ianya boleh capai adalah sehingga ke pekan Tamparuli, kira-kira 30 minit dari rumah kami,” katanya sambil menambah mereka terpaksa menyewa teksi dari pekan itu untuk menyambung perjalanan ke sekolah tersebut.
Jaliusih yang berasal dari Sinansag Kiulu di Tamparuli hanya memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sebulan. Manakala kos tambang teksi untuk pergi dan balik dari sekolah tersebut mencecah RM120.
“Saya tiada pilihan lain selain meminjam wang daripada beberapa orang kampung semata-mata untuk memastikan kami berjaya sampai ke sini. Ia adalah satu majlis yang menggembirakan.
“Tetapi apabila Arnie melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memandangkan dia bercita-cita menjadi seorang guru, kami sekeluarga perlu mendapatkan sokongan kewangan daripada saudara-mara yang lain,” katanya.
Arnie, anak ketiga daripada lima beradik, merupakan pelajar tunggal SMK Tun Fuad Stephens yang mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM.
Sekadar info, seramai 7,618 calon mendaftar untuk peperiksaan STPM di Sabah namun hanya 7,001 yang mendudukinya. Manakala, 59 sekolah mencapai kadar kelulusan 100 peratus tahun lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NST & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramaikan di antara kita yang bercita-cita menziarahi Masjid Al-Aqsa. Selain dikatakan salah satu masjid suci bagi umat Islam, pengkisahan Nabi Muhammad ketika peristiwa Israk Mikraj saat dibawa dari Masjidil Haram sebelum dibawa ke langit ke tujuh turut membuatkan kita mempunyai keinginan tinggi untuk menziarahi sekaligus bersolat di masjid ini. Malah Nabi Muhammad SAW turut mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid Al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan.
Masa yang sama kita juga berfikir dengan menziarahi Masjid Al-Aqsa kita membantu secara tidak langsung ekonomi Palestin tanpa kita sedar bahawa selama ini kita tertipu. Sejak 46 tahun lalu, ulama sudah mengharamkan kita menziarahi Masjid Al-Aqsa ini sejak Israel menjajah Baitulmaqdis.
Masjid Al-Aqsa terletak di Baitulmaqdis yang dijajah oleh Israel sejak 46 tahun lalu
Baca catatan dari page fb Aqsa Syarif ini. Bacalah dengan mata hati agar kita faham perjuangan membantu Palestin ini sebenarnya adalah jihad paling besar.
LAWATAN KE MASJID AL-AQSA? FIKIR-FIKIRKAN
Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia cukup menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda Masjid al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Ya, Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu!
Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan tentera Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin memasuki masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
“Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali….. ISRAEL!!!”
Tidakkah anda merasa curiga?
Mengapa anda dibenarkan masuk sedangkan rakyat Palestin tidak?
Jawapannya mudah. Kerana anda datang sebagai PELANCONG!
Ramai penganjur menziarahi Masjid Al-Aqsa kerana pada tanggapan mereka masjid ini berada di bumi PalestinBeginilah nasib penduduk Palestin yang ingin bersolat di masjid ini. Mereka ditempur dan ditembak sesuka hati tanpa peri kemanusiaan
Hanya Jordan sahaja iktiraf Isreal sebagai negara!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia MENGIKTIRAF kewujudan Israel dan BERDAMAI pada tahun 1994?
Nah, dari sudut syarak, apakah HUKUM berdamai dengan Israel? Apakah pula hukum meraih keuntungan daripada perdamaian ini?
Bukankah kunjungan kita ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung juga akan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Mana tidaknya, kita hanya dapat masuk ke sana dengan kebenaran mereka!
Industri pelancongan bernilai USD 1 Bilion Tapi Satu Sen Pun Palestin Tak Dapat
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun.
Keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) yang lebih berhak tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan pastinya untuk membiayai keperluan tentera Israel!
Ya, wang yang kita bayar untuk masuk digunakan untuk membunuh saudara-mara kita di Palestin! Sangat tak berbaloi!
Seksakan, nak solat pun kena halang oleh zionis Israel
Adakah kita dilayan seperti mana penduduk Palestin dilayan ketika kunjungi Al Aqsa. Jawapannya tidak kerana kita bawa duit kepada Israel
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang disusun sendiri oleh Israel.
Kalau tak takkanlah Israel yang angkuh tu boleh senang-senang benarkan warganegara asing yang di pasportnya jelas tertulis ‘tidak mengiktiraf Israel’ masuk? Semuanya tertakluk kepada mereka. Nak benarkan masuk boleh, tak benarkan pun boleh.
Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Semuanya BAIK-BAIK sahaja; AMAN. Kalau tak aman bagaimana nak terima kehadiran PELANCONG?
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah, mereka meraikan.
Tetapi jika anda datang sebagai ‘pejuang pembebasan’ atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel sangat LICIK. Mereka ingin mengaburi pandangan kita sehingga tindakan kita yang salah dilihat seakan-akan benar dan tiada masalah.
Kita benar-benar telah TERTIPU sekiranya kita merasakan bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk MENGIMARAHKANNYA, merebut PAHALA menjejakkan kaki ke sana, membantu peniaga di sana dan sebagainya ketika ia MASIH BERADA DI BAWAH PENJAJAHAN Israel sebagai sesuatu yang baik dan benar-benar membantu Palestin.
BAIK SUNGGUH ISRAEL benarkan kita bantu rakyat Palestin!
Jika seribu kali pun kita berfikir, kita tidak mungkin membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa melalui rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Mustahil!
Dibimbangi kita sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut, melawat tempat-tempat bersejarah dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu.
Tidak wajar kita merelakan diri menjadi ‘pelancong’ di bumi Palestin sedang di luar sana jutaan rakyat Palestin terus dizalimi, dinafikan hak untuk pulang ke tanah air mereka (memasuki al-Aqsa adalah mimpi yang sangat jauh), dipenjara, dikepung, dibunuh. Lawatan kita tidak mengubah sedikit pun hakikat ini!
Bukalah mana-mana kitab fiqh dan fahamilah tentang permasalahan bumi Islam yang dijajah/diperangi. Nescaya kita akan sedar bahawa TANGGUNGJAWAB UTAMA kita ke atas Palestin dan al-Aqsa adalah untuk membebaskannya, bukan menziarahinya.
Berusahalah memahami sebaik-baiknya konflik di Palestin; bukan sekadar dari sudut fiqhnya semata-mata, tapi juga dari sudut politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Kenalilah musuh kita di Palestin dan perancangan mereka agar kita tidak mudah terperdaya.
Apalah makna pahala kita solat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan ia masih dijajah? Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang MAHAL demi sebuah kepuasan peribadi.
Apakah harganya? Harganya PEMBEBASAN PALESTIN dan MASJID AL-AQSA!
? FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)
Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:
? KESATUAN ULAMA SEDUNIA
? KESATUAN ULAMA PALESTIN,
? ULAMA-ULAMA AL-AZHAR,
? dan para pejuang Palestin yang tulus seperti HAMAS
? dan BRIGED AL-QASSAM.
(fatwa dan rujukan ada di akhir artikel)
Fatwa ini popular bukan kerana Zionis tetapi kerana ialah fatwa yang TELAH DIPEGANG SEJAK AWAL JATUHNYA Baitulmaqdis ke bawah penjajahan Zionis pada tahun 1967.
Ulama-ulama al-Azhar adalah pelopor kepada pendirian ini selepas Presiden Anwar Sadat berkunjung ke Baitulmaqdis untuk menandatangani perjanjian damai dengan Zionis Israel pada tahun 1977. Kunjungan beliau dikecam dan dianggap telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.
Lihatlah nasib Anwar Sadat yang dibunuh rakyat sendiri dan nasib Mesir hari ini yang terhina; daripada pembela Palestin yang paling kuat kepada rakan subahat Zionis yang paling dekat.
Pendirian ini terus menjadi pegangan umat Islam hatta ketika Jordan dan Palestine Liberation Organization (PLO) berdamai dengan Israel pada tahun 1993 dan 1994.
Pengkhianatan demi PENGKHIANATAN OLEH PIMPINAN ARAB YANG KORUP yang menjalin hubungan dengan Israel (NORMALISASI) atas tekanan Amerika dan habuan duniawi telah menyebabkan para ulama seperti:
? Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia;
? Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam Palestin 1948;
? Hamas dan al-Qassam
? dan Syeikh Ekrema Sobri, Khatib Masjid al-Aqsa
TERUS MEMPERTAHANKAN FATWA INI.
Memang benar ada segelintir ulama yang masih MENGHARUSKAN ziarah al-Aqsa. Sebahagian besar meletakkan SYARAT-SYARAT YANG SANGAT KETAT kepada pengunjung.
Namun, sebahagian yang lain sekadar memuntahkan gesaan pemimpin Arab yang korup yang telah bersedia untuk berdamai dengan Zionis. (Rujuk Arab Peace Initiative, 2002)
ZIONIS sebaliknya SANGAT MENGALU-ALUKAN kedatangan pelancong Islam ke Masjid al-Aqsa kerana ia membantu mereka menjayakan strategi menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pelancongan agama terbaik di dunia (Yahudi, Kristian dan Islam) yang terbuka untuk semua.
Jika tidak, sudah pasti para pelancong dari negara-negara Islam tidak akan diizinkan masuk!
? ZIARAH AL-AQSA KETIKA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN DAN SEMANGAT UKHUWAH
Ironisnya, ketika umat Islam lain dibenarkan masuk, ramai rakyat Palestin dihalang dan dinafikan hak untuk masuk.
JIKA BENAR MASJID INI TERBUKA UNTUK DIZIARAHI OLEH SEMUA UMAT ISLAM, MENGAPA PENDUDUK ASAL DI SANA DIHALANG MASUK WALHAL MEREKALAH YANG PALING LAYAK DIDAHULUKAN? MENGAPA INI BERLAKU?
Tidak lain dan tidak bukan kerana rakyat Palestin masuk untuk MEMPERTAHANKAN al-Aqsa dan umat Islam yang lain datang sekadar MELANCONG!
Dengan kata lain, jika kita datang sebagai pelancong, yang masuk dengan izin Israel dan perlu mematuhi undang-undang mereka, kita bukanlah ancaman kepada agenda Zionis. ISRAEL BUKAN NAIF untuk membenarkan kemasukan yang membawa mudarat kepada mereka.
Hukum haram ziarah Masjid al-Aqsa perlu dilihat dalam konteks perjuangan yang lebih besar. Pengharaman ini pula BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SEMENTARA berdasarkan realiti semasa.
Rasulullah SAW pernah menghalang para sahabat ra. menziarahi Masjid al-Aqsa ketika ia di bawah penguasaan Byzantine. Baginda memujuk para sahabat ra. dengan mengatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih besar ganjarannya (100,000 dan 1,000).
Namun, tidaklah bermakna Rasulullah SAW melupakan al-Aqsa!
Lembaran sejarah membuktikan usaha Rasulullah SAW berdakwah kepada pemimpin Rom dan menghantar operasi-operasi ketenteraan dan pengintipan dalam usaha membuka jalan ke Baitulmaqdis. Rasulullah SAW bahkan mempersiap mental dan emosi para sahabat dengan peringatan-peringatan seperti.
“Kira 6 perkara dari sekarang hingga kiamat: ..kewafatanku, umat Islam akan menguasai Baitulmaqdis…”
dan “…al-Quds akan dibuka dan kamu dan keturunanmu akan menjadi imam di sana.”
Inilah obsesi yang benar; obsesi dengan nuansa perjuangan. Ia menjadi tradisi para sahabat ra., generasi Imaduddin Zinki, Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.
(Dakwaan Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa ketika di bawah penjajahan Tentera Salib tidak benar. Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa sebelum ia jatuh ke tangan Tentera Salib. Ulama-ulama silam lain pula menziarahi al-Aqsa ketika berlaku gencatan senjata antara tentera Islam dan Tentera Salib).
Seruan Presiden Erdogan juga perlu difahami dengan nuansa perjuangan bukan pelancongan.
Justeru, ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan perjuangan pembebasan al-Aqsa berdasarkan panduan fiqh, prinsip perjuangan dan kecerdasan politik yang jelas.
PUN BEGITU,
Jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan PULANG DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MERANCANG STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun!
Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar ‘imarah’ sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya!
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Dan kalau boleh berjihadlah bersama-sama pihak yang berterusan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Sesungguhnya perjuangan ini adalah sunnah para anbiya, para sahabat dan tabi’ tabiin.
Semoga Allah SWT mengampuni dosa, kelalaian dan keterlanjuran kita.
Semoga Allah SWT mengganjari amal kita.
? Sekali lagi kami ingatkan FATWA HARAM ini bukanlah direka-reka oleh kami, tetapi ia dinyatakan sendiri oleh tokoh-tokoh yang kita sendiri kenali iaitu Syeikh Yusuf Qardawi, Syeikh Raed Salah, Syeikh Ekrema Sobri, HAMAS, al-Qassam dan banyak lagi.
“Al-Aqsa yantaziruka faatihan la saaihan!”
“Al-Aqsa menunggu kita sebagai al-fatehnya/pembukanya, bukan pelancong!”
Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.
KJ | 28 Feb 2014 | 3:11 PM [Ph]
Disunting semula: 09 Aug 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!