
Seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun di Derbyshire, United Kingdom telah pun mencatatkan rekod di Guinness World Record apabila berjaya menyelesaikan masalah pendaraban dan pembahagian matematik dalam hanya masa satu minit.
Nadub Gill yang merupakan pelajar Sekolah Rendah Longmoor, Long Eaton daerah Erewash telah menghabiskan masa ketika perintah berkurung dengan membuat latihan di aplikasi Times Table Rock Stars.

Pelajar itu dilaporkan menjawab 196 soalan dalam masa seminit dengan catatan sesaat bagi menyelesaikan lebih tiga soalan, sekali gus melayakkan dirinya menerima pengiktirafan Guinness World Record.

Gill telah berentap dengan 700 lagi pelajar yang menyertai rekod baharu dikendali badan pencatat rekod dunia itu dengan kerjasama aplikasi tersebut.
Kanak-kanak lelaki itu telah menerima sijil pengiktirafan pencapaian skor tertinggi Times Tables Rock Stars dalam hanya satu minit.
Pergh, memang hebat. Dalam masa satu saat mampu jawab 3 soalan matematik dengan mudah. Budak ni makan apa eh? Hiks!
Sumber: Haran Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syafeek Ikhwan Reda Tersingkir Dari Big Stage Alpha, Luah Rasa Kecewa Kerana ‘Hampakan’ Peminat

Perjalanan penyanyi Syafeek Ikhwan dalam pertandingan Big Stage Alpha terhenti apabila dia tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Meskipun sedih, penyanyi berusia 37 tahun itu akur dan reda dengan keputusan yang diterima.
“Saya mulakan karier dalam pertandingan besar pada 2015. Lebih kurang 10 tahun tetapi masih tak naik-naik nama Syafeek Ikhwan ini.

“Kadang-kadang saya terfikir juga mungkin saya memang ditakdirkan untuk tidak terkenal ke?” katanya.
Namun begitu, Syafeek tidak mahu menjadikan kegagalan ini sebagai titik noktah buat dirinya.
“Tapi saya sejenis orang yang tidak mahu mengalah.
“Perasaan sedih itu ada tetapi bila difikirkan semula, apa yang saya dapat kalau saya berhenti menyanyi?” ujarnya lagi.
Terharu Dengan Sokongan Peminat

Syafeek turut berkongsi rasa terharunya terhadap usaha peminat yang terus memberikan sokongan dari awal, meskipun dirinya tidak berjaya mara ke pusingan ‘The Big 12’.
“Adat pertandingan memang akan ada yang menang dan kalah, cuma tak sangka perjalanan saya akan terhenti (penyingkiran) seawal ini.
“Apa lebih mengecewakan bila saya tengok peminat yang bersusah payah datang, siap tempah baju dan bawa sepanduk. Saya rasa kenapa saya perlu susahkan mereka sedangkan tak ada apa-apa hasil untuk saya berikan kepada peminat.
“Saya kecewa bukan kerana tersingkir tetapi lebih kepada sudah menghampakan sokongan diberikan peminat,” katanya dengan nada sebak.
Tak Akan Berputus Asa

Meskipun diuji dengan penyingkiran awal, Syafeek tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam industri muzik tempatan.
Katanya, latar belakang kehidupannya yang penuh cabaran sejak kecil telah membentuk semangat juangnya hari ini.
“Semangat ini mungkin datang kerana saya lahir dalam keluarga susah. Saya dah biasa hidup susah dari kecil, pernah disisihkan kawan-kawan kerana saya bukan anak orang kaya.
“Kesusahan itu membuatkan saya belajar untuk menjadi kuat dalam apa jua keadaan.
“Ibu saya pun selalu pesan kalau jatuh sekali, kita jangan bangun sekali sebaliknya kita bangun 10 kali. Itu yang saya pegang sampai hari ini,” ujarnya.

Selain Syafeek, lima lagi peserta turut tersingkir iaitu Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman.
Untuk minggu pertama, 18 peserta Big Stage Alpha dinilai oleh barisan juri tetap: Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, bersama juri jemputan Krisdayanti.
Program yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belasungkawa: Tia Jinbara Hembuskan Nafas Terakhir Akibat Kanser Hati Pada Usia 53 Tahun

Dari Allah kita datang dan KepadaNya jua kita kembali
Bekas vokalis Kumpulan Jinbara, Tia disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Belasungkawa: Pengerusi FDAM, Mat London Hembuskan Nafas Terakhir Akibat Jangkitan Kuman Pada Usia 74 Tahun

Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.
“Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.
“Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami,” katanya.

Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.
Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.

Buat makluman, Tia mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menghampiri Usia 5 Dekad, Bintang Utama Mis Tres Hermanas Kekal Anggun & Awet Muda

Vida, Kembalikanlah semangatku, Kembalikan ketenanganku, Kurebah tanpamu …
Bait-bait lagu Vida nyanyian kumpulan Phyne Ballerz pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Lagu yang disadur ini merupakan lagu asal bertajuk A Puro Dolor yang merupakan runut bunyi drama bersiri Mis Tres Hermanas nyanyian asal kumpulan Son by Four.
Mis Trez Hermanas merupakan drama bersiri Venezuela yang cukup popular di awal 2000-an. Memiliki lebih 150 episod ternyata drama bersiri ini berjaya mencuri hati penonton di Malaysia menerusi jalan cerita yang penuh dengan debaran, cinta dan kisah tragis.

Melihat kembali kepada jalan ceritanya, drama ini tidak akan berjaya tanpa persembahan hebat daripada pelakon utamanya, Scarlet Ortiz. Merupakan seorang pelakon dan model latin terkenal, keanggunan Scarlet memukau pandangan.
Kini setelah lebih 20 tahun berlalu dan mencecah usia 49 tahun, pemilik nama penuh Hevis Scarlet Ortiz Pacheco ini bahagia sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Dia berkahwin dengan rakan aktor dan juga model, Yul Burkle yang turut berperanan dalam drama bersiri Mis Tres Hermanas.

BACA JUGA: Kekal Awet Muda, Bintang Utama Pangako Sa Yo Masih Kacak Seperti 23 Tahun Lalu
Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia seni, Scarlet bukanlah orang asing. Dia memulakan langkah dalam dunia penuh gemerlapan dengan menyertai pertandingan ratu cantik Miss Venezuela pada tahun 1992.
Ketika menyertai pertandingan tersebut, dia baru berusia 18 tahun. Walaupun tidak berjaya sebagai pemenang, namun tuah menyelabahi. Bintangnya cukup bersinar. Kekal awet muda biarpun sudah mengampiri usia 50 tahun, Scarlet masih lagi kekal anggun seperti dahulu.

Figuranya masih terjaga rapi, kulitnya cukup mulus dan rambutnya kekal hitam berkilat dan lebat. Tidak keterlaluan penulis menyatakan yang di saling tak tumpah sama seperti 22 tahun yang lalu ketika drama bersiri Mis Tres Hermanas mula menemui peminat.
Membintangi puluhan drama dan filem, anak kelahiran Caracas ini turut melebarkan sayapnya sebagai seorang pemain teater pada tahun 2012 menerusi pementasan bertajuk Las Quiero a las dos.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

