Bukan segalanya akan berjalan dengan lancar. Bukan segalanya akan mengikut apa yang dirancang. Dan tentunya, pelakon dan model terkenal tanah air, Raja Alicia binti Raja Amin atau lebih mesra dikenali sebagai Alicia Amin telah lama mengenali asam garam kehidupan di atas pentas peragaan agam.
Kemunculan Alicia sebagai model penutup bagi acara peragaan debut pereka fesyen muda, Sodiqin Shaz menerusi jenama SHAZNASH sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2025 pantas menarik tumpuan. Tampil dalam busana serba hitam, putih dan metalik yang mencerminkan tema koleksi ‘Under The Weather’, pesona Alicia jelas terpancar dalam acara berkenaan.
Namun seperti keadaan cuaca yang sukar diramal, begitu jugalah dengan insiden di pentas peragaan.
Alicia yang merupakan peserta program realiti Asia’s Next Top Model musim kelima (2017) malangnya tersadung ketika pertunjukan fesyen SHAZNASH lalu terjatuh bukan sekali tetapi dua kali ketika berada dalam elemennya.
Ads
Setiap kali terjatuh, Alicia tetap bangkit semula untuk meneruskan tugas yang digalas itu biarpun reaksi di wajah sedikit sebanyak menunjukkan rasa tidak selesa; terutamanya dengan keadaan kasut tingginya.
Menjelaskan insiden tersebut di media sosial, Alicia kekal positif dan menganggap insiden ini sebahagian daripada rintangan kehidupan seorang model.
“Jika kamu katakan saya bakal terjatuh ke atas lantai dalam busana kamu berjuta-juta kali pun, saya masih akan mengatakan ya (ke atas jemputan Sodiqin Shaz). Saya amat-amat berbangga dengan kamu,” catatnya.
Sentimen bangga itu turut dirasai oleh pengikut Alicia Amin terhadap model berkenaan apabila mereka memuji bagaimana dia tetap bangkit atas dasar profesionalisme and finish what she started.
Ads
“Saya amat berbangga dengan kamu.”
“You slayed”
“You did amazing!”
“You are still rocking but I was so scared for you just now. Sayang you baby girl”
Untuk pengetahuan, SHAZNASH yang sebelum ini sinonim dengan minggu fesyen di Pulau Pinang telah menerima reaksi positif dalam kalangan pemerhati fesyen dan selebriti jemputan yang seringkali menggayakan rekaannya di karpet merah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, negara Albania mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi negara pertama di dunia melantik seorang menteri yang dihasilkan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI) dan menteri maya ini diberi nama Diella, yang membawa maksud cahaya matahari dalam bahasa Albania.
Menurut Perdana Menteri Albania, Edi Rama mengumumkan perkara itu dalam perhimpunan Parti Sosialis di Tirana pada Khamis lalu. Beliau memperkenalkan Diella sebagai anggota kabinet terbaru yang akan bertanggungjawab menguruskan semua urusan perolehan awam negara tersebut.
“Diella adalah anggota pertama yang tidak wujud secara fizikal, tetapi diwujudkan secara maya oleh kecerdasan buatan,” kata Rama.
Jelasnya, semua keputusan berkaitan tender akan dipindahkan keluar dari kementerian dan diletakkan sepenuhnya di bawah kendalian Diella, yang digelar sebagai ‘pelayan perolehan awam’.
Dalam pada itu, proses ini akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan setiap tender awam bebas daripada unsur rasuah dan telus sepenuhnya.
Tegasnya, ini bukan merupakan sains fiksyen, tetapi tanggungjawab Diella. Selain itu, beliau juga mencerminkan keyakinan beliau terhadap potensi teknologi dalam meningkatkan integriti pentadbiran negara.
Sekadar info, Diella bukanlah asing bagi rakyat Albania kerana beliau sebelum ini sudah diperkenalkan melalui platform digital e-Albania, yang membolehkan rakyat mengakses hampir semua perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Diella juga mempunyai avatar berbentuk seorang wanita muda berpakaian tradisional Albania.
Sementara itu, menteri maya itu akan berperanan menilai tender serta berkuasa untuk mengambil bakat dari seluruh dunia, sekaligus membuka peluang baharu dan mengurangkan kekangan birokrasi dalam pentadbiran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kemalangan maut melibatkan bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul KadIr berkongsi tindakan terkini kementeriannya.
Dalam maklumat yang disampaikan menerusi Facebook miliknya, ahli parlimen lumut itu memastikan kementeriannya akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan.
“Salam Takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris awal pagi tadi.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini. KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Naib Canselor UPSI. Satu hantaran dimuat naik dengan kenyataan berbunyi, “UPSI Berduka. 09 Jun 2025”
Setakat ini hantaran tersebut menerima ribuan komen dengan rata-rata bersedih dengan tragedi yang menimpa para pelajar institusi pengajian tersebut.
Ketika berita ini ditulis, 15 kematian melibatkan pelajar sudah disahkan pihak berkuasa manakala tujuh orang kritikal dan dirawat di zon merah, 20 cedera sederhana (zon kuning) dan enam lagi dalam keadaan stabil (zon hijau).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negeri Terengganu berjaya mengekalkan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terbaik kebangsaan untuk tempoh lima tahun berturut-turut!
Negeri yang terkenal dengan penyu dan pulau yang indah itu berjaya kekalkan kecemerlangan apabila memperolehi Min Purata Nilai Gred Kumulatif 3.11 bagi peperiksaan 2023 yang diumum, hari ini.
Menerusi laporan media tempatan, Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Che Wan Zuraidi Che Wan Zaid memaklumkan, Min PNGK 3.11 tersebut mengatasi peringkat kebangsaan iaitu 2.84.
“Seramai 79 calon memperolehi semua A Penuh dengan PNGK 4.0, manakala 172 calon pula mendapat semua A iaitu kombinasi A dan A-.
“Sebanyak 88.32 peratus atau 1,920 calon memperolehi Prinsipal dalam semua mata pelajaran diambil,” katanya.
Beliau turut berkongsi, 36 daripada 46 sekolah yang mempunyai calon STPM di seluruh Terengganu berjaya mencapai Min PNGK 3.0 ke atas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.