Walaupun dunia fesyen sekarang sedang bercakap mengenai koleksi baru untuk musim luruh dan musim sejuk, kita di Malaysia masih terikat dengan cuaca panas dan lembab pada hujung tahun. *bummer*
Namun, itu tak bermakna kita tidak boleh memiliki rekaan pakaian baru untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca di Malaysia. We need something that shouts stylish & yet comfortable to its core.
Jadi kami gembira apabila 3 jenama pilihan REMAJA ini menawarkan keselesaan kepada pemakai.
01
Warna vibran koleksi ini sudah membuatkan kami teruja!
Ads
Levi’s menjalin kolaborasi dengan jenama dari Brazil, FARM Rio untuk menghasilkan koleksi yang mengambil ilham daripada budaya negara latin tersebut serta keindahan alam sekitarnya.
Farm Heritage Trucker Animal Jungle. RM499
Setiap helaian mempunyai elemen vibran dan berbeza daripada koleksi Levi’s sebelum ini. Walaupun lebih berwarna-warni, kami tertarik dengan elemen comfort yang ada padanya. It may be loud in colours but soothing in texture.
Antara yang kami gemari adalah jaket Farm Heritage Trucker Animal Jungle. Ia menawarkan idea baharu kepada jaket denim kegemaran ramai. Baju T berpotongan boxy-nya juga merupakan sesuatu yang menarik untuk dipakai for your everyday look.
Farm Diana Fleece Bright White RM279Farm Graphic Boxy Tee Bright White RM139
02
Setelah koleksi istimewa bersama JW Anderson mendapat sambutan menggalakkan, Uniqlo kembali lagi dengan kolaborasi bersama pereka antarabangsa untuk musim luruh/sejuk ini.
Koleksi bernama +J ini direka khas bersama Jil Sander untuk fesyenista perempuan dan lelaki moden dan mereka yang inginkan pakaian yang boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. It is timeless and well-suited for our needs.
Ads
(Dalam) +J Silk Gathered Long Sleeve Blouse RM349.90
Bukan itu saja, keselesaan sudah tentu menjadi ‘makanan’ untuk Uniqlo dan koleksi +J ini tidak terkecuali.
Kami menggemari kemeja +J so much. Ia mungkin kelihatan ringkas tetapi mempunyai nilai ‘designer’ pada rekaannya. Jaket dan kotnya juga boleh kamu miliki untuk dipakai di ruang yang sejuk dengan penuh bergaya.
+J Supima Cotton Oversized Stand Collar Long Sleeve Shirt RM149.90
03
Larney merupakan jenama fesyen tempatan yang memperkenalkan koleksi baru bagi yang inginkan praktikaliti.
Ads
Dilabelkan sebagai koleksi kapsul, ia mengetengahkan pilihan yang penulis pasti akan pantas dimiliki ramai terutamanya oleh penggemar rekaan pleats. It just renews our love for pleats!
Bukan sekadar feminin, ia kelihatan kasual dan mudah untuk digayakan dari hari ke hari.
Antara rekaan yang kami gemari adalah top putih berlengan panjang denganbahagian kolar tinggi (Bella Top) dan dress midi – juga dengan rekaan pleats pada bahagian hadapan (Bria Pleated Dress).
Apa yang lebih menarik adalah rangakaian harga yang diletakkan untuk koleksi kapsul ini di mana ia dilihat cukup berpatutan terutamanya dalam musim penularan wabak Covid-19 sekarang.
Harganya bermula dari RM139 hingga RM289.
*
So mana satu jadi pilihan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia ini ada dua jenis golongan yang saling memerlukan – usahawan dan pembeli. Kalau tiada usahawan atau bahasa glamornya businessman, tiadalah pembeli kerana tak ada barang yang boleh ditawarkan.
Serupa juga jika tiada golongan pembeli, pasti bisnes korang melingkup. Kedua-dua pihak ada kepentingan masing-masing.
Jadi apabila dunia semakin menerima platform online sebagai medan berbisnes yang sepatutunya memudahkan urusan jual-beli, ada pula masalah yang timbul.
Antaranya adalah ribuan testimoni palsu dan informasi mengelirukan di media sosial. Paling popular sekarang tentulah ubat peninggi, kulit wajah boleh putih dalam masa seminggu, ubat kuat dan sebagainya.
Sebelum mencuba apa jua jenis produk, baca dulu keterangan yang ada pada laman web atau botol tersebut. Kemudian, penting untuk korang dapatkan kepastian melalui ahli farmasi terdekat sebelum membeli.
Kreatif eh mereka ini mencanang testimony di sana-sini.
Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Dan apa tindakan korang sebagai pengguna yang mungkin pernah tertipu dengan dakyah usahawan online. REMAJA bersama pengarah eksekutif Communications Multimedia and Content Forum of Malaysia (CMCF), Encik Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan untuk mendapatkan penjelasan beliau.
Apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab ketika berniaga secara online?
Dunia online memudahkan sesiapa saja untuk berkongsi perniagaan di akaun media sosial, blog, YouTube dan sebagainya.
Namun, sebarang posting perniagaan masih memerlukan 4 prinsip ini yang selalu diguna pakai dalam perniagaan mainstream: kebenaran, kejujuran, ketepatan dan kebolehpercayaan.
Dan kalau saya boleh tambah satu lagi prinsip: tidak mengelirukan pelanggan. Ia harus ringkas, mudah dan jelas.
Bila pelanggan keliru dan tak dapat mengesahkan kesahihan kandungan produk korang, itu menandakan posting perniagaan yang korang telah muat naik tidak sepenuhnya ‘bertanggung jawab’ kerana orang masih tertanya-tanya, betul ke sesuai? Betul ke berkesan?
Pertama, kandungan dalam online posting korang harus merujuk kepada undang-undang dan syarat-syarat yang berkaitan dengan piawaian iklan sedia ada. Sama ada undang-undang dari pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan atau standard yang diakui oleh sektor swasta.
Dalam kes paparan testimoni, korang harus mendapatkan kelulusan individu yang memberi keterangan secara rasmi (on paper). Bukan itu saja, duta produk pun perlu memberi kelulusan bertulis sebelum korang boleh menggunakan quotation mereka di dalam posting.
‘Abang nak naik apa lagi. Cukuplah dengan ketinggian tu eh’. Hehe
Jika jenama menokok tambah visual iklan menggunakan Photoshop, apakah akibatnya?
Menokok tambah visual adalah dibenarkan selagi pengguna tahu kandungan iklan itu adalah benar. Sebagai businessman, korang perlu pastikan kandungan iklan masing-masing adalah benar. Jika palsu dan mempunyai maklumat yang tidak tepat, korang boleh dikenakan hukuman jika didapati bersalah.
Tapi, bagaimana kami nak pastikan visual iklan itu okay?
Korang harus merujuk kepada Kod Kandungan (Bahagian 2) yang boleh dimuat turun di www.cmcf.my. Kemudian, pastikan visual itu menepati piawaian-piawaian yang terdapat di dalam Kod Kandungan.
Ingat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tuntutan kesihatan yang dibuat adalah palsu. Oleh itu, kami nasihatkan korang supaya berunding dengan KKM dan pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Pengarah eksekutif Communications Multimedia and Content Forum of Malaysia (CMCF), Encik Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan
Apa tindakan ke atas perkongsian iklan palsu?
Pengusaha perniagaan online (terutamanya yang berpengkalan di Malaysia) yang melanggar Kod Kandungan dari segi kandungan pengiklanan elektronik boleh ditegur, didenda tidak melebihi RM50,000, dan/atau diperintahkan untuk menyingkir atau memberhentikan kandungan yang menyinggung.
Pihak berkuasa yang berkaitan juga boleh mengenakan jenis penalti yang lain bergantung kepada jenis pelanggaran tersebut.
Sebagai pengguna, bagaimana pula kami boleh mengenal pasti info palsu yang dibuat oleh sesuatu jenama? Contohnya seperti Skim Cepat Kaya.
Zaman sekarang, mudah je untuk sesebuah jenama twist story agar korang percaya. Pengguna yang kurang pengetahuan akan mudah terdedah kepada janji manis mereka.
CMCF cadangkan agar kamu meneliti jenama, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sebelum membuat pembelian. Jangan cepat percaya kepada cakap seseorang, terutama jika jenama itu masih baru di pasaran.
Ini demi keselamatan dan kebaikan diri masing-masing juga. Dunia online ini besar tetapi tak semua yang menggunakannya itu bertauliah.
Laa, Lee Min Ho pun jadi mangsa?
Jika pihak ketiga seperti followers menyiarkan kandungan tidak sensitif di page mereka, adakah pemilik jenama masih perlu bertanggung jawab?
Ya, mereka perlu. Ia merupakan tanggungjawab pemilik jenama untuk memantau dan memastikan dengan sebaik mungkin.
Okay, bagaimana pula jika stokis dan ejen yang buat hal?
Sebagai pemilik jenama, korang terlebih dahulu perlu memastikan kesahihan sumber maklumat untuk kebaikan para pengguna. Contohnya seperti kongsikan senarai nama ejen dan stokis rasmi untuk memperolehi kepercayaan pengguna.
Jika ada ejen dan stokis yang buat hal dengan mengeluarkan iklan atau statement palsu, korang perlu memaklumkan perkara sebenar kepada pengguna melalui page korang. Kemudia, pastikan ejen dan stokis delete posting tersebut secepat mungkin.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna sekiranya mereka berhadapan dengan maklumat palsu atau mengelirukan?
Korang boleh mengemukakan aduan mereka CMCF atau kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Semua aduan boleh dikemukakan melalui borang online di www.cmcf.my, atau melalui aplikasi Star Phone yang digunapakai oleh CMCF.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sememangnya penantian yang telah ditunggu lama oleh para peminat filem genre seram tanah air, Lembayung kini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara selepas meraih sambutan hangat di Indonesia.
Karya ini merupakan debut pertama arahan Baim Wong sebagai pengarah dan menariknya, Lembayung kini disenaraikan sebagai salah satu filem lokal terlaris Indonesia pada tahun 2024.
Meh kami kongsikan dengan anda beberapa fakta menarik mengenai filem Lembayung!
PENAMPILAN MEMUASKAN SETIAP WATAK
Teraju utama filem ini, Anna Jobling sememangnya layak untuk diberikan tepukan gemuruh. Bekas Dewi Remaja 2018/2019 itu turut mendapat pujian kerana mampu memerankan watak hantu dengan baik sehingga membuatkan ramai penonton ngeri dengan setiap babak yang ditunjukkan.
Selain itu, bintang utama yang turut membarisi seperti Yasamin Jasem sebagai Arum dan Taskya Namya sebagai Pica juga berjaya membuatkan karakter mereka sangat hidup di layar panggung. Terutamanya Yasamin dalam menunjukkan kemampuan lakonannya dalam menyampaikan ketegangan dan ketakutan yang dialami Arum sebagai mangsa gangguan seksual.
Tidak lupa juga, peranan Arya Saloka berhasil membawakan segala ‘plot-twist’ menerusi Lembayung dan menghadirkan sisi psikopat walaupun ini merupakan pertama kali beliau mendapat watak dalam filem seram.
ADAPTASI KISAH NYATA
Menurut Baim Wong, filem Lembayung sebenarnya diadaptasi dari kisah benar tau tapi nama klinik dirahsiakan bagi menjaga privasi.
Kisah ini juga tular media sosial dan ia mengisahkan tentang kisah mistik yang dialami oleh dua orang pelajar fakulti perubatan, semasa menjalani praktikal di sebuah klinik yang bernama Lembayung.
Semenjak kehadiran pesakit wanita yang mengerikan, mereka berdua sering diganggu hingga salah seorang dari mereka dirasuk secara brutal.
“Saya ada berjumpa pencerita sebenar yang alami kejadian ini dan untuk filem ada dalam 50-60% cerita asal dimasukkan,” ujar Baim Wong.
‘GANTUNG’ 8 JAM
Anna Jobling juga sempat berkongsi bagaimana proses dan ‘moment’ semasa di set penggambaran, dimana ketika dirinya melakukan babak ‘tergantung’ hampir selama 8 jam. Menurut Anna, dia amat bersyukur ketika diberikan peluang untuk menerajui salah satu filem seram Indonesia dan hanya melakukan yang terbaik.
“Untuk babak merangkak itu, sebelum mula penggambaran saya cuba practice banyak kali dan rekod untuk lihat jadi ke tidak macam hantu. Saya tak nak kalau merangkak itu nampak ala kadar dan tak seram,” jelasnya.
ISU GANGGUAN SEKSUAL
Antara kritikan utama terhadap filem ini adalah gambaran isu gangguan seksual yang dipertonton tanpa memberi sebarang trigger warning. Walau bagaimanapun, terdapat mesej moral yang mesej moral yang ingin disampaikan, kerana isu ini juga penting untuk menyedari bahawa kesedaran mengenai kes-kes gangguan seksual sangat relevan pada masa kini.
Nah! Itu dia beberapa fakta menarik mengenai Lembayung. Bagi anda penggemar filem bergenre seram, memang sesuai sangat ajak kawan-kawan lain untuk tonton sebab ia bakal mengerikan seluruh pawagam bermula 5 Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular Nazrief Nazri mendedahkan dia dan isterinya, Aizatul Aqma Hamdan, pernah menjadi mangsa sihir penunduk dipercayai dilakukan oleh bekas pembantu rumah mereka sendiri.
Menurut bekas finalis program realiti Hero Remaja 2011/12 itu, segalanya terbongkar selepas mereka berpindah rumah dan pembantu rumah baharu menemui beberapa helai kain serta pakaian lama milik bibik terdahulu yang diletakkan di empat penjuru rumah.
Terbongkar Misteri Sihir Penunduk Di Rumah
“Kami terjumpa kain atau baju yang dipakai oleh bibik di beberapa penjuru rumah. Rupanya itu adalah sihir penunduk. Selama pembantu rumah itu ada, saya tak pernah marah dia. Padahal kalau difikirkan semula, banyak benda dia buat tak betul,” katanya kepada Media Hiburan.
“Saya Tak Pernah Marah Dia Walau Buat Salah”
Nazrief mengakui ketika pembantu rumah itu masih bekerja dengannya, dia seolah-olah tidak mampu menegur apa-apa kesalahan.
“Dia kemas dapur tak bersih, masak tak sedap, bagi anak makan makanan yang dipanaskan pun saya diam saja. Tapi isteri saya selalu marah dia. Kalau bercakap pun, isteri saya tak pandang matanya sebab rasa tak sedap hati,” ujarnya.
Hubungan Rumah Tangga Terganggu Akibat Sihir Penunduk
Pelakon berusia 34 tahun itu turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh berkenaan, hubungan rumah tangga mereka menjadi tegang tanpa sebab yang jelas.
“Bila isteri mengadu tentang bibik, saya buat macam angin lalu. Kami selalu bergaduh. Bila difikirkan balik, baru saya sedar mungkin sebab pengaruh sihir penunduk tu,” katanya lagi.
Motif Disebabkan Cemburu Dengan Majikan
Lebih mengejutkan, Nazrief memberitahu kakak iparnya pernah mendengar luahan cemburu daripada pembantu rumah itu sendiri, yang tidak dapat menerima hakikat bekerja sebagai orang gaji.
“Dia pernah cakap kepada ipar saya kononnya kehidupannya sebelum ini sama seperti isteri saya makan makanan sihat, pergi gim, selalu berdandan. Tapi bila suami dia sakit, dia terpaksa datang Malaysia bekerja,” kata Nazrief.
Menurutnya, selepas kejadian itu, mereka lebih berhati-hati memilih pekerja dan menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran besar dalam hidup berumah tangga.
Sihir Penunduk Masih Wujud Di Zaman Moden
Kisah sihir penunduk yang dialami oleh Nazrief Nazri membuka mata ramai bahawa amalan ini masih wujud dalam masyarakat moden dan tidak boleh dipandang remeh. Sihir jenis ini sering dikaitkan dengan niat membuat seseorang “tunduk” atau “terikat” secara emosi terhadap individu tertentu.
Pakar agama menasihatkan agar masyarakat melindungi diri dengan doa harian, amalan zikir, dan bacaan ruqyah. Dalam masa yang sama, penting juga untuk menjaga hubungan baik dengan pekerja dan orang sekeliling bagi mengelak perkara tidak diingini.
Pengajaran Daripada Pengalaman Sihir Penunduk
Kini, Nazrief dan isterinya dilihat semakin bahagia dan tenang. Pelakon itu menganggap pengalaman tersebut sebagai peringatan untuk lebih dekat dengan Allah dan berhati-hati dalam mempercayai orang luar.
“Saya ambil semua ni sebagai ujian kecil. Yang penting, jangan leka dan sentiasa minta perlindungan daripada Allah,” katanya menutup cerita.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.