“Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini,” katanya.
Ads
Fizo turut menyifatkan bahawa kehadiran cahaya mata itu membawa kebahagiaan yang tidak ternilai.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
Ads
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepadaMu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” tambahnya.
Sekadar info, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan telah dikurniakan dua orang anak perempuan, Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Sebelum itu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim, namun bercerai pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Syariah Hulu Langat. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Fizo Omar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat anak memegang segulung ijazah adalah satu hadiah buat ibu bapa, namun begitu bukan semua ibu bapa dapat merasai nikmat tersebut pada hari graduasi. Ajal maut di tangan tuhan, kerana Allah lebih menyayanginya, anak ini dijemput ilahi lebih awal daripada orang tuanya.
Detik sebak itu dilalui oleh penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’, Datuk Nora Ariffin sewaktu hari konvokesyen. Dia merakam detik si ibu yang menggantikan tempat arwah anaknya mengambil sijil sambil menahan sebak.
Beliau mewakili arwah anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan menerima skrol diploma di Majlis Konvoskesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 baru-baru ini.
Melalui satu hantaran yang dikongsi di Instagram, Nora seisi keluarga berasa bangga dan gembira dengan pencapaian arwah Alif Johan.
ARWAH SEMPAT MENGHABISKAN PENGAJIANNYA DI PERINGKAT DIPLOMA DALAM JURUSAN DIPLOMA PERFILEMAN DI FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI DI UITM CAWANGAN PUNCAK PERDANA, SELANGOR SEBELUM KEMBALI MENEMUI PENCIPTA-NYA.
“Ini untuk Alif. Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah. Tahniah. Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.
Menerusi video yang dikongsikan laman Facebook Universiti Teknologi Mara, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi serba sedikit tentang perihal arwah anaknya itu.
Menurut Nora, Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana. Meskipun berasa sedih kerana arwah tidak ada bersama semasa momen bersejarah tersebut, Nora berkata kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam bidang pelajaran.
Di samping itu, Nora turut memberitahu bahawa arwah seorang yang sangat rajin dan banyak mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantunya dalam menghasilkan video. Sebagai ibu, Nora reda dengan pemergian Alif.
Perkongsian Nora menerusi Instagram mendapat respon dalam kalangan warga maya. Ramai yang menzahirkan kegembiraan atas kejayaan Allahyarham dan dalam masa sama berkongsi rasa sayu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat filem haiwan buas, sudah tentu korang akan teruja menonton Crawl, filem edaran United International Pictures (UIP) yang dibintangi oleh Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, Anson Boon ini.
Crawl mengisahkan tentang seorang perenang wanita (Haley) yang cuba untuk mencari ayahnya (Dave) ketika rebut taufan sedang melanda di daerah mereka. Walaupun sudah ditegah oleh pihak polis untuk meneruskan perjalanan ketika taufan, namun Haley tetap meneruskan niatnya untuk mencari Dave. Dalam misi menyelamat tersebut, mereka terperangkap dalam sebuah rumah banjir dan perlu melarikan diri daripada sekumpulan buaya ganas.
Korang bayangkanlah macam mana keadaannya bila kena berhadapan dengan bukan seekor, tapi sekumpulan buaya ganas.
Tak senang duduk kami menonton filem ini. Hiks!
Aksi penuh debar
Jalan cerita disusun kemas dengan permulaan pengenalan watak utama filem ini, Haley yang bercita-cita untuk meraih kemenangan dalam acara renang. Dibimbing oleh ayahnya yang juga sewaktu itu pernah menjadi jurulatih kepada Haley, Dave merupakan antara penyokong kuat dan sentiasa percaya akan kebolehan anaknya itu.
Jadi sewaktu diserang oleh buaya ganas, kepantasan dan kecekapan Haley nyata memberi kelebihan buat mereka untuk menyelamatkan diri.
Setiap babak dalam filem membuatkan penonton berdebar dan tertunggu-tunggu apakah yang bakal terjadi kepada mereka. Banyak juga adengan yang membuatkan kami tutup mata dan telinga. Iye la, sebab tak nak terkejut. Hehe!
Jadi korang bayangkanlah macam mana cemasnya bila melihat sekumpulan buaya besar menyerang manusia.
Adakah Haley dan Dave berjaya diselamatkan? Jom saksikan kesudahannya di pawagam yang berhampiran bermula 11 Julai 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh kurang dua minggu selepas Adele mengeluarkan teaser pertama untuk Easy On Me, banyak info baharu yang telah dikongsikan olehnya. Antaranya termasuklah mengesahkan bahawa album keempatnya akan berjudul ‘30’ sempena usianya semasa dia memulakan pembikinannya.
Adele juga sempat melakukan sesi Instagram Live PERTAMANYA dan berkongsi beberapa lagi perkara menarik termasuklah impresinya terhadap enam orang penyanyi wanita popular yang selayaknya digelar diva disebabkan populariti, kejayaan dan kehebatan mereka.
Tidak sangka, Adele langsung tidak menyimpan rasa iri hati terhadap mereka semua dan sebaliknya, menyokong mereka daripada belakang serta mengasihi mereka sepenuh hati. Jom lihat siapakah yang dimaksudkannya itu.
Beyonce
“Tidak, saya tidak mempunyai lagu baharu dengan Beyonce. Saya tidak tahu mengapa ramai betul yang bertanyakan perkara sama. Tentunya saya sayangkan dia dan ya, saya teruja menantikan album Beyonce seterusnya. Awak gila?”
Amy Winehouse
“Lagu kegemaran saya daripada Amy? Hhm, mungkin Take The Box daripada album pertamanya. Obviously, saya menggemari Back To Black juga seperti orang lain. Tapi Take The Box daripada album pertama itu, fuh!”
Britney Spears
“Tentunya saya menyokong (kempen) #FreeBritney. Saya sayangkan Britney, pernah bertemu dengannya beberapa kali. Saya amat sayanginya dan saya amat gembira untuknya.”
Taylor Swift
“Saya sayangkan Taylor Swift!”
Lana Del Rey
“Saya suka Lana Del Rey.”
Doja Cat
“Saya sukakan Doja Cat juga.”
Harry Styles
Okay, okay. Kami tahu kami nyatakan hanya penyanyi wanita. But you have to give the last spot to Harry Styles because.. it is Harry!
“Ya saya kenali Harry. Dia hebat, dia baik. He is a very, very sweet boy. Ramai betul peminat Harry Styles (di dalam Live Instagram).”
*
Tonton sesi Instagram Live penuh itu di bawah dan jangan lupa strim Easy On Me pada 15 Oktober ini!