Kucing sememangnya haiwan peliharaan yang comel dan menghiburkan. Namun, sebagai pemilik yang bertanggungjawab, penting untuk mengetahui risiko kesihatan yang mungkin berkait rapat dengan haiwan kesayangan anda. Salah satunya adalah jangkitan Toxoplasmosis.
Toxoplamosis Boleh Sebabkan Buta Dalam Kes Serius
Lebih teruk lagi, toxoplasmosis juga boleh menyebabkan kerosakan serius pada mata sehingga buta dalam kes serius seperti yang diterangkan oleh pusat optometri Ar Rayyan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang ahli optik sedang memberi konsultasi kepada pesakitnya berkenaan sakit mata yang dihadapi.
Ahli optik tersebut menjelaskan bahawa terdapat parut pada mata seorang pesakit yang disebabkan oleh parasit haiwan. Perkara ini menyebabkan pesakit berkenaan dapat melihat bayang tompok hitam pada penglihatan.
@rayyanoptometry Toxoplasma bahaya tau.. Hati-hati pada yang bela kucing terutamanya kucing luar. Risiko sentiasa ada. Kunjungi cawangan Rayyan berhampiran untuk pemeriksaan professional percuma ya #fyp♬ original sound – Ar Rayyan Optometry
Apabila ditanya sama ada perkara itu akan melarat, dia menjelaskan bahawa parasit yang aktif terutamanya di bahagian tengah retina atau saraf optik, berisiko menyebabkan penglihatan mata secara kekal atau buta.
Ads
Sehubungan itu, pusat optometri tersebut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengendalikan kucing peliharaan yang dibiarkan berkeliaran di luar rumah.
Difahamkan pesakit terbabit tidak memelihara kucing sendiri, namun sering bermain dengan si bulus yang dimiliki oleh jiran-jiran.
Jangkitan Toxoplasmosis Tidak Boleh Dirawat Sepenuhnya
Seperti kebanyakan penyakit lain, toxoplasmosis boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan anti-parasit dan antibiotik yang menghentikan tumbesaran dan pembiakan di dalam tubuh badan.
Kebiasaannya toxoplasmosis hanya dirawat dalam individu yang mempunyai simptom dan sistem imun lemah memandangkan rawatan itu hanya berkesan ketika parasit tersebut aktif.
Ads
Rawatan tersebut bagaimanapun tidak boleh menyingkirkan sista yang mengandungi parasit T. gondii, sekaligus menyebabkan toxoplasmosis tidak boleh dirawat sepenuhnya.
Parasit berkenaan tidak akan aktif semula dalam individu dengan sistem imun kuat, namun boleh wujud apabila sistem imun lemah atau bagi mereka dengan toxoplasmosis kongenital.
Apa Itu Toxoplasmosis?
Toxoplasmosis ialah jangkitan yang disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii, yang boleh ditemui dalam najis kucing. Jangkitan ini biasanya tidak berbahaya kepada individu yang sihat, namun boleh menjadi serius sekiranya menjangkiti wanita hamil atau individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Jangkitan boleh berlaku melalui:
Sentuhan langsung dengan najis kucing yang dijangkiti, terutama semasa membersihkan pasir najis
Pengambilan daging mentah atau separuh masak yang tercemar dengan parasit
Sayur atau buah yang tidak dibasuh dengan sempurna
Penularan dari ibu kepada janin semasa kehamilan
Apakah Risiko Kesihatan Toxoplasmosis?
Ads
Walaupun kebanyakan individu tidak menunjukkan simptom, toxoplasmosis boleh menyebabkan komplikasi serius seperti:
Keradangan mata (retinochoroiditis) yang boleh mengakibatkan penglihatan kabur atau buta
Gangguan neurologi seperti sawan, kekeliruan atau sakit kepala berpanjangan
Jangkitan teruk pada paru-paru atau jantung
Kecacatan kelahiran sekiranya jangkitan berlaku semasa kehamilan
Gejala Umum Toxoplasmosis:
Demam ringan
Sakit otot
Bengkak pada kelenjar limfa
Masalah penglihatan atau kesakitan pada mata
Langkah Pencegahan Bagi Pemilik Kucing:
Sebagai langkah berjaga-jaga, pemilik kucing dinasihatkan untuk:
Mencuci tangan dengan bersih selepas membersihkan najis kucing
Menukar pasir najis setiap hari – parasit mengambil masa untuk menjadi berjangkit
Tidak mencium mulut atau muka kucing
Memasak daging sehingga betul-betul masak
Membasuh buah-buahan dan sayuran dengan bersih sebelum dimakan
Mengelakkan kucing daripada berburu atau memakan haiwan liar
Tapi jangan risau, memelihara kucing tidak semestinya membawa risiko jika anda tahu cara penjagaan yang betul. Ambil langkah pencegahan awal untuk memastikan kesihatan anda dan keluarga sentiasa terjaga.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang kita nak buat dengan 14 tiara dan 1,600 brooch?
Penulis pun keliru memikirkannya, namun itulah antara barangan mewah yang diberkas oleh pihak polis sepanjang siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak bulan lalu.
Rampasan barang mewah yang bernilai sehingga RM1.1 billion itu turut melibatkan barang kemas bernilai RM880 juta, termasuklah tiara dan brooch tersebut.
Dalam sidang media hari ini bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pihak polis ingin memberi kenyataan rasmi mengenai barang rampasan yang terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Rampasan telah dilakukan di Putrajaya dan 4 lokasi di Kuala Lumpur (iaitu di 3 buah apartmen Pavilion Residence Bukit Bintang dan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Taman Duta.)
Polis berkata, seramai 150 anggota polis memerlukan tempoh dari 21 Mei hingga 25 Jun untuk mengira dan menyiasat barangan yang diambil. Hampir sebulan diambil kerana jumlah barang yang terlampau banyak, iaitu sebanyak 72 beg dan 284 buah kotak.
Ini adalah statistik barang yang dikenal pasti dalam rampasan ini, jangan terkejut tau!
25 daripada 72 beg mengandungi 12,000 barang kemas.
2,200 cincin, 2,800 anting-anting, 1,600 brooch dan 14 tiara.
Barang kemas paling berharga adalah rantai emas putih dan berlian bernilai RM6.4 juta.
567 beg tangan daripada 37 jenama mewah seperti Hermes, Prada dan Chanel, kira-kira bernilai RM51.3 juta.
Sebelum bersurai, pihak polis berkata mereka seterusnya akan mendapatkan kenyataan daripada Datuk Seri Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
P.S: Kami masih terfikir, siapa nak pakai tiara-tiara tu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis ragu-ragu – sama ada patut untuk gelak atau risau.
Pada perlumbaan Formula One Malaysian Grand Prix semalam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), ia berakhir dengan kemenangan dramatik Max Verstappen dari pasukan Red Bull Racing yang mendahului Lewis Hamilton (Mercedes Petronas) dan Daniel Ricciardo (Red Bull Racing).
Namun, apa yang berlaku selepas perlumbaan tersebut berakhir adalah lebih menganehkan buat penonton yang menyaksikannya secara langsung.
Selepas tamat perlumbaan, sudah menjadi kebiasaan untuk para pelumba melakukan satu lagi pusingan mengelilingi litar. Pusingan terakhir ini memberi peluang kepada pelumba untuk mengucapkan terima kasih, melambai dan untuk memakir jentera di kawasan yang disediakan.
So, this lap should have been slow, steady and collision free.
Tetapi yang sebaliknya berlaku di Litar Sepang semalam.
Pelumba Ferrari Sebastian Vettel terlibat dengan perlanggaran bersama pelumba pasukan Willians, Lance Stroll di selekoh awal selepas tamat perlumbaan. Ia bukan saja mengakibatkan tayar belakang kiri jentera tercabut, malah pelanggaran tersebut meranapkan gearbox jentera.
Secara teknikal pula, Vettel akan dikenakan penalti 5 grid ke belakang pada perlumbaan Grand Prix Jepun hujung minggu ini.
Ini bukanlah insiden pertama buat Vettel pada musim ini. Dua minggu lepas, Vettel terlibat dalam pelanggaran di litar Singapura dan kemudiannya mengalami power problem yang membuatkan dirinya tercampak ke grid belakang.
Pelanggaran Yang Tak Disangka
Semalam, Vettel cukup cemerlang apabila dia berjaya memandu jenteranya dari posisi ke 20 naik hingga posisi ke 4 pada akhir perlumbaan. Seriously, he was just brilliant yesterday!
Pada awal perlumbaan, penonton rata-rata memberikan tumpuan di antara Verstappen dan Hamilton yang masing-masing cuba merampas tempat pertama.
Namun pada pertengahan perlumbaan, tumpuan bertukar arah kepada Ricciardo dan Vettel di tempat ketiga dan keempat. Semuanya gara-gara saingan sengit yang Vettel berikan terutamanya apabila mempunyai beberapa peluang di selekoh litar untuk memecut Ricciardo.
Namun, penulis percaya Vettel sendiri tak dapat menjangkakan insiden pelanggaran bakal berlaku di akhir saingan semalam.
Vettel dalam kenyataannya kepada portal Daily Mail berkata, “I went to the outside to pick up a bit of rubber and I think Lance (Stroll) wasn’t looking and wanted to do the same but it was too late – I was already there.”
Apa-apa pun, penonton semua terhibur dengan sportmanship yang ditunjukkan oleh Vettel apabila dia ‘menumpang’ kereta pelumba Pascal Wehrlein untuk kembali ke garage pasukannya. He just sat there at the side and wave like it is just another normal day. (Cue: applause)
Kejadian tersebut nyata memberikan impak epik kepada Malaysian Grand Prix semalam yang menyaksikan edisi ke 19 sekaligus edisi terakhir F1 di litar tersebut sejak tahun 1998. It was definitely a race to remember.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaan pelajar sekarang gemar melakukan assignment atau pun study di restoran-restoran makanan segera atau pun tempat makan. Mungkin kerana mudah bagi mereka untuk berkumpul bersama rakan sekumpulan yang lain, dalam masa yang sama memudahkan sekiranya perut terasa lapar.
Namun begitu, disebalik situasi ini, ada juga yang tidak berpuas hati dengan pelajar kerana mengambil tempat dan masa yang lama di meja sehingga menyebabkan customer lain tidak ada tempat untuk makan.
Dan apa yang berlaku baru-baru ini, atas perkongsian Cik Anas di laman twitternya, sekumpulan pelajar bertindak memarahi anak kecil yang bising di restoran makanan tersebut.
Jom kita ikuti thread yang telah dibuat oleh pengguna twitter ini.
Ramai juga yang berpuas hati dengan thread lelaki ini dan tidak menyokong tindakan pelajar untuk belajar di restoran makanan segera.
.
.
.
.
Mungkin pelajar-pelajar ini tidak mempunyai akses internet di rumah tetapi apa-apa pun korang juga perlu menjaga adab dan menghormati orang lain juga. Jangan pentingkan diri sendiri.
Sekiranya tidak menganggu dan memberi kesusahan kepada orang lain, kami pasti masyarakat Malaysia sangat memahami dan prihatin.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!