HIV, atau Virus Imunodefisiensi Manusia, adalah virus yang merosakkan sistem imun manusia. Di Malaysia, kesedaran mengenai HIV dalam kalangan remaja semakin menjadi perhatian serius.
Remaja adalah golongan yang mudah terdedah kepada risiko jangkitan HIV disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kurangnya pengetahuan, perilaku berisiko, dan pengaruh rakan sebaya.
Jangkitan HIV dikalangan remaja – foto via Pexels
Makin membimbangkan, jangkitan HIV di Malaysia dalam kalangan pelajar pengajian tinggi berumur 18 hingga 25 tahun dilaporkan semakin meningkat.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, berdasarkan maklumat kes yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan, sebanyak 214 pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta telah dijangkiti HIV pada tahun 2020.
Jangkitan HIV dikalangan remaja – foto via Pexels
Pada tahun 2021, angka kes sedikit menurun kepada 186 individu tetapi pada tahun 2022, kes meningkat semula melibatkan seramai 221 individu dan 224 kes pada tahun 2023.
Ads
“Peratusan pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang dijangkiti HIV adalah antara 6.7 peratus dan 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun-tahun tersebut,” jelasnya.
Jangkitan HIV Dikalangan Pelajar IPT Meningkat, Saran Saringan HIV Seawal 16 Tahun
Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya akan melaksanakan pelbagai program untuk memupuk gaya hidup sihat agar pencegahan terhadap kes HIV dapat ditingkatkan.
Selain itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut mengemukakan empat kaedah untuk membendung kes HIV dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Ads
Antara kaedah tersebut adalah dengan mengadakan pendidikan seksualiti berlandaskan nilai Islam selain program kesedaran.
PKPIM juga sangat menghargai usaha KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memantau serta menangani isu ini melalui pelbagai program advokasi, kesedaran dan pencegahan.
Ads
Kerajaan juga disaran menurunkan had usia saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun bagi memberi ruang pengesanan dan rawatan awal susulan peningkatan kes jangkitan virus itu dalam kalangan pelajar universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita melihat di jalan raya, anak-anak muda menunggang aksi ala superman.
Reaksi kita? Adakalanya bersorak dan terus merakam aktiviti tersebut sambil mulut kita membebel, tak sayang nyawa budak nie.
Tapi bagi anak-anak muda yang bangga menunggang ala superman ini akan terus selamba walau tahu aksi mereka dirakam.
Tapi di sebalik aksi superman ini mungkin ramai takt ahu kerana kalau tertangkap, denda RM5000 hingga RM15,000 menanti selain hukuman penjara.
Menerusi fb Polis DiRaja Malaysia, mereka berkongsi fakta anak muda kena tahu.
AKSI ALA “SUPERMAN” DI JALAN RAYA YANG SIA-SIA, AKHIRNYA MEMBAWA PADAH
Saban minggu pasti ada sahaja aksi lagak ngeri ala “superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya demi mencari kepuasan hidup. Namun, sedarkah mereka bahawa perbuatan itu bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain?
Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Awal bulan lepas, presiden Amerika Syarikat ini telah mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengharamkan operasi aplikasi TikTokyang berasal dari China di negara yang diperintahnya itu kecuali jika aplikasi tersebut dijual pada bulan ini.
Menimbulkan keresahan terhadap pengguna aplikasi popular itu, terbaru Trump tetap berdegil untuk mengharamkan aplikasi itu bermula 15 September dan proses tersebut akan mengambil masa 45 hari.
Tindakan ini memberikan tekanan hebat kepada pemilik aplikasi ByteDance yang beroperasi di Beijing, China untuk menjual aplikasi tersebut kepada China.
Perintah yang dikeluarkan oleh presiden Amerika Syarikat ke-45 itu dilihat sebagai satu Langkah untuk membina rangkaian bersih susulan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi yang diperolehi syarikat pengeluar aplikasi tersebut.
Setakat Ogos 2020, TikTok memiliki lebih kurang 80 juta penguna aktif dinegara ini.
Selain aplikasi TikTok, Trump juga mengharamkan satu lagi aplikasi komunikasi sosial dari China iaitu WeChat.
Sumber: Astro Awani & wallaroomedia.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk korang yang sedang mencari pekerjaan, Menteri Wilayah Perseketuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa khidmat golongan belia diperlukan untuk mengisi kekosongan tenaga kerja di Pasar Borong Kuala Lumpur bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Kekosongan tersebut khabarnya masih belum mencukupi jika diisi dengan kumpulan gelandangan menerusi program penempatan pekerjaan yang dilaksanakan baru-baru ini.
Namun begitu, terdapat permintaan di kalangan persatuan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur yang merayu untuk mengambil semula beberapa pekerja asing susulan masalah kekurangan pekerja.
Walau bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa meminta kepada pihak peniaga agar memberikan kerjasama dengan kerajaan supaya amalan mengambil pekerja asing sebagai jalan mudah ini tidak lagi diteruskan, sebaliknya gajikan pekerja yang merupakan orang tempatan.
Tan Sri Annuar Musa
“Saya sedang memikirkan untuk membawa golongan belia bekerja (di pasar borong) menggunakan kaedah baharu termasuk gaji sekitar RM2,400 dengan kemudahan yang baik termasuk tempat tinggal dan pengangkutan sebagai persiapan mengisi kekosongan tenaga kerja itu,” jelas beliau.
Pihaknya juga bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda khususnya bagi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kementerian Wilayah Persekutuan akan menghimpunkan peluang pekerjaan termasuk di pasar borong yang memerlukan antara 3,000 hingga 4,000 pekerja.
Kerajaan juga berharap agar anak muda tidak memilih pekerjaan dan jangan anggap sektor 3D kotor serta susah kerana apabila mereka tidak berminat, ia akan membuka peluang kepada warga asing untuk mengisi kekosongan tersebut.
Sebaliknya, jadikan iktibar dengan apa yang berlaku sepanjang tempoh PKP ini supaya kita tidak perlu jadi penganggur atau duduk saja kerana hilang pekerjaan.
Diharap inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini mendapat kerjasama daripada golongan remaja yang mungkin sekarang tengah struggle untuk mendapatkan pendapatan. Isu lambakan pekerja asing ini bukan sesuatu yang baru tetapi jika kita tidak bermula dari sekarang, bila lagi nak berubah?
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...