Dunia belum lagi selesai dengan isu COVID-19 di mana rata-rata negara telah mengistihar endemik bagi virus pembawa maut ini dan memulakan kehidupan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Bermula Fasa Endemik Di Malaysia, Senarai Lengkap Kelonggaran SOP Yang Anda Perlu Tahu

Namun dalam masa beberapa hari ini, sudah ada saintis membuat kita kembali takut!

Jangkitan Aneh ‘Wabak Zombie’ Serang Rusa Kanada,  Didakwa Mampu Jangkiti Manusia
Via Pexels

Kajian saintis mendakwa satu jangkitan aneh, melemahkan dan sangat mudah berjangkit merebak ke seluruh populasi rusa di Barat Kanada. Malah, pakar mendakwa bahawa pemburu dan pemakan daging rusa boleh terdedah kepada CWD, sama ada melalui pengendalian bangkai atau melalui pengambilan daging.

Namun sehingga kini, tiada kes direkodkan pada manusia, tetapi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS “sangat mencadangkan” agar rusa yang diambil dari kawasan yang diketahui terdapat CWD perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum memakannya, dan jangan makan daging jika didapati positif.

Menurut laporan VICE World News, pakar penyakit hidupan liar serta penyelidik di Universiti Alberta, Margo Pybus mendakwa bahawa wabak ini merebak melalui rusa di padang rumput dan bahagian taman yang terdapat di sekitar Alberta serta Saskatchewan.

IKLAN
Jangkitan Aneh ‘Wabak Zombie’ Serang Rusa Kanada,  Didakwa Mampu Jangkiti Manusia
Foto Via businessinsider

“Perkara yang benar-benar membimbangkan tentang chronic wasting disease ialah kesan jangka panjangnya terhadap populasi rusa,” kata Pybus. Rusa yang dilahirkan di kawasan di mana penyakit itu sudah wujud lebih cenderung untuk dijangkiti, dan oleh itu akan mati lebih awal serta memendekkan lagi kapasiti pembiakan populasi, kata Pybus.

Untuk info, Chronic wasting disease (CWD) atau lebih terkenal dengan ‘wabak zombie’ ialah fenomena membimbangkan yang boleh memberi kesan ekologi dan pemuliharaan dalam masa terdekat, kata pakar.

Rusa merupakan ‘perumah’ kepada penyakit ini. Apabila ia dijangkiti dengan penyakit ini, rusa akan menjadi lemah dan kurus. Ia juga akan kehilangan rasa takut terhadap manusia dan pemangsa lain, air liur akan keluar, jalannya tidak teratur, kemurungan, perubahan tingkah laku dan seterusnya lumpuh. Gejala ini telah menyebabkan sesetengah orang awam merujuk CWD sebagai ‘wabak zombi’ kerana penyakit ini boleh ditularkan melalui sentuhan haiwan ke haiwan, terutamanya dalam air kencing dan air liur.

IKLAN
Jangkitan Aneh ‘Wabak Zombie’ Serang Rusa Kanada,  Didakwa Mampu Jangkiti Manusia
Foto Via Pexels

Bagi Pybus, CWD adalah penyakit yang berbahaya kerana ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk seekor rusa menunjukkan simptom bahawa ia menghidapi penyakit ini. Sebelum ini, rusa yang dijangkiti CWD berkelakuan dan kelihatan normal, boleh makan, bergerak, malah mampu mengawan seperti yang dilakukan oleh haiwan yang sihat. Namun dalam diam, rusa tersebut sebenarnya sedang menyebarkan wabak penyakit kepada rusa yang lain.

Macam-macam virus pebawa maut pula muncul sekarang ini. Mudah-mudahan kita semua dipelihara dan dilindungi oleh NYA.

BACA LAGI : Lima Wabak Virus Pembawa Maut Yang Pernah Menyerang Rakyat Malaysia

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : 1, 2

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI