Dek klip tular berdurasi 15 saat, penyanyi popular negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza terpaksa mengulas panjang lebar demi mengelakkan orang ramai daripada terus berspekulasi terhadap mimik wajahnya yang kelihatan ‘garang’ terhadap kru bertugas.

Klip yang mulai tular selepas tayangan perdana program raya Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza itu menyaksikan salah satu momen di belakang pentas membabitkan Siti, hanya beberapa saat sebelum skrin LED gergasi dibuka bagi memberi laluan untuk beliau keluar ke pentas bagi segmen konsert seterusnya.

“Janganlah Ambil Serius, Saya Tak Marah Pun..” Siti Terpaksa Ulas Panjang Lebar Untuk Hentikan Spekulasi Klip Konsert

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa Ini Boleh Tengok Saya Jadi Singa” -Siti Nurhaliza – REMAJA

Dalam saat yang mencemaskan itu, Siti menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi menjelaskan bahawa suis pada alat bantu dengar atau ear monitor yang dipakainya belum dibuka.

IKLAN

Buat penghibur yang perlu menyanyi di hadapan ribuaan penonton yang hadir, momen seperti ini amat mencemaskan beliau memandangkan ear monitor amat penting untuknya mendengar muzik serta suaranya sendiri.

IKLAN

“Saya memuat naik video sebenar (dengan audio asli) supaya tiada spekulasi lagi. Saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro sebab saya tahu, ada peminat mahu menonton situasi di belakang pentas.”

“Saya tak marah pun. Itu nada suara saya yang mahu memastikan ear monitor saya dibuka dengan segera dan berjalan secara profesional ke depan pentas.”

“Janganlah Ambil Serius, Saya Tak Marah Pun..” Siti Terpaksa Ulas Panjang Lebar Untuk Hentikan Spekulasi Klip Konsert

“Setiap persembahan dan konsert ada cabaran dan pengalaman. Kena cekap dan pantas menangani. Okay dah, dah. Tak ada apa pun. Chill,” simpulnya yang tidak menyangka momen pendek itu akan mendapat reaksi di luar konteks daripada warganet sehingga ia dijadikan bahan berita.

IKLAN

Apapun, siaran Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza tersebut nyata telah mengubati rindu peminat yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket konsert yang habis terjual dalam tempoh kurang dari dua jam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI