Jangan Tulis Khat Kufi Secara Sebarangan. Salah Maksud, Berdosa Jawabnya.

Share

Apabila bercakap mengenai seni halus dalam dunia Islam, pasti ramai yang akan menunding jari ke arah seni khat.

Sememangnya, khat merupakan asas kepada bidang seni di dalam Islam. Selain daripada mempamerkan surah dari kitab Al-Quran, ada juga pelukis yang mengambil potongan ayat suci Al-Quran dan menterjemahkan skil menulis khat mereka pada kanvas, dinding dan objek lain.

 

Seni kaligrafi pada asasnya terbahagi kepada banyak cabang medium. Bagi yang menghargai nilai estetika mata pen khat, mereka masih kekal dengan alatan original seperti itu.

Namun, apabila zaman berubah kepada dunia berteknologi, semakin ramai yang meminati seni kaligrafi beralih arah kepada khat digital. Ataupun sekurang-kurangnya mencuba untuk mendalami khat digital.

Khat Kufi Jadi Pilihan Remaja Universiti

Tak hairanlah ramai remaja sekarang yang semakin berkobar-kobar untuk mencuba khat kufi. Dalam temuramah ringkas bersama seorang pelukis kaligrafi senior, iaitu Zamri Amid, dia berkata khat kufi sememangnya diminati oleh generasi muda kerana sifatnya yang abstrak dan menarik perhatian.

 

“Walaupun saya gemar dengan khat original yakni menggunakan pen, saya turut berminat untuk mengeksplorasi khat kufi dari semasa ke semasa.

“Walaupun nampak mudah, iyalah bersegi dan berpusing-pusing saja, khat kufi memerlukan ketelitian yang mencabar. Ini kerana ia masih melibatkan ayat suci Al-Quran. Pelukis memerlukan ketelitian demi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang yang membacanya.

“Saya sarankan agar remaja yang ingin menceburi khat kufi untuk bermula dengan susunan ayat Jawi yang lebih mudah difahami terlebih dahulu. Mulakan dengan tulisan huruf, satu per satu. Kemudian, belajar cara sambungan huruf jawi. Apabila sudah mahir, barulah berganjak kepada ayat suci Al-Quran,” katanya.

Oleh itu, walaupun khat kufi nampak senang untuk dicuba, ia tidaklah boleh dibuat dengan main-main. Ini kerana ia masih melibatkan petikan suci Allah SWT dan jika tersalah tulis, tercemarlah kesucian maksudnya.

Untuk meraikan Al-Quran dan ayat sucinya, REMAJA nak ajak korang semua untuk semarakkan kempen World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 bermula kam 11.30 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dan kempen Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Jumpa di sana ya!

 

IKLAN