Pelakon terkenal, Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri bersetuju untuk bercerai talak satu secara baik kira-kira jam 8.40 malam tadi, menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Nora turut memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah kerana mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan tenang dan positif.
“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun telah berakhir di sini”
“Paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga”
Ads
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga”
Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam tadi.
Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Ads
Sebelumnya, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Ads
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula awal tahun ini, begitu ramai remaja yang berkongsi foto dan video mereka di taman tema Euro Fun Park yang terletak di Sri Gombak.
Amboi, suka eh main fun ride!
Namun dalam rasa suka bersama kawan dan keluarga, kawasan seperti inilah yang paling disukai oleh golongan pencuri, pick pockets, ragut dan yang sama waktu dengannya.
Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang gadis di akaun Twitter-nya @itsnrain setelah bag miliknya lesap begitu saja semasa berkunjung ke taman tema tersebut beberapa hari yang lalu.
“Saya tak pernah terfikir selama ini yang tragedi ini akan berlaku kepada saya. Hati-hati dengan persekitaran korang ketika berada di Gombak Euro Fun Park!” tulisnya selepas melakukan laporan polis.
“Bila melihat sekeliling bilik saya, saya sedar kesemua barang berharga berada di dalam beg tangan dan beg sandang yang lesap. It makes me sad just thinking about it.
“Terutamanya kerana saya kehilangan beg duit yang saya terima semasa hari jadi dan gambar-gambar polaraid bersama yang tersayang.
“Itulah perkara kecil yang paling saya harapkan dapat disimpan.”
Tambahnya Ain lagi, dia masih berharap agar barangan tersebut dapat dikembalikan walaupun peluang agak tipis.
Hhm, bagi kami tak kiralah kalau korang berkunjung ke Euro Fun Park ke, ke shopping mall ke – barang peribadi WAJIB dijaga sepanjang masa kerana banyak mata yang sedang memerhatikan.
Jadikannya sebagai pengajaran okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi Tik Tok kian mendapat sambutan hangat oleh masyarakat dunia, namun ia tidak dapat daripada kontroversi yang melanda. Seperti sebelum ini, India sudah pun mengharamkan Tik Tok dan khabarnya, Amerika Syarikat juga bakal menyusul.
Baru-baru ini, dikatakan akaun milik selebriti Korea telah dipadamkan. Syarikat yang berkaitan dengan aplikasi itu telah memberitahu JTBS News bahawa mereka tidak dapat menjelaskan kenapa akaun-akaun tersebut dipadamkan.
Ramai selebriti Korea, termasuklah Gary daripada Leessang yang mempunyai jumlah pengikut hampir 1.5 juta, HyunA sebanyak 2.5 juta pengikut, serta akaun TikTok ahli Super Junior iaitu Heechul. Terdapat 13 akaun selebriti Korea yang hilang dan antaranya adalah Rain, MAMAMOO dan Hyoyeon.
Wakil dari TikTok telah membuat kenyataan bahawa hal ini berlu mungkin disebabkan oleh syarikat pengurusan selebriti terbabit. Mereka tidak dapat menjelaskan punca sebenar kenapa perkara ini boleh berlaku.
Netizen di Korea tertanya-tanya adakah China telah melarang produk dan budaya dari Korea? Namun, masih ada beberapa akaun dikalangan selebriti Korea yang tidak dipadamkan seperti akaun Seventeen dan pelakon, Ryu Joon Yeol.
Ha, misteri juga kan tiba-tiba akaun TikTok mereka boleh hilang. Rindulah nak tengok Rain menari nanti.. Ehh.. Hiks!
Baru-baru ini pasukan polis New Zealand telah merasmikan pelancaran hijab yang dikhususkan untuk dipakai oleh anggota muslim mereka yang berhijab.
Rekaan hijab yang melekap di kepala itu dilihat sebagai satu simbol kepelbagaian negara tersebut yang meraikan rakyatnya tanpa perbezaan tidak kira dari sudut bangsa, agama dan latar belakang.
Konstabel Zeena Ali yang merupakan rekrut baru pasuka polis itu menjadi wanita muslim pertama yang menggayakan hijab tersebut sebagai sebahagian dari uniform rasmi.
Konstabel Zeena merupakan anak kelahiran Fiji yang berpindah ke New Zealand sejak dari umur 3 tahun menyatakan yang dia bersungguh-sungguh mahu menyertai pasuka polis selepas peristiwa serangan pengganas di sebuah masjid di Christchurch awal tahun lalu.
Menurut Zeena dalam sebuah hantaran di laman Instagram Polis New Zealand, “Memiliki hijab rasmi yang dikuatkuasakan oleh majikan sangat bermakna bagi wanita muslim seperti saya yang selama ini menganggap kerjaya sebagai anggota polis bukan satu pilihan. Sangat bagus bagaimana Polis menggabungkan agama dan budaya saya.
“Saya gembira majikan berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri.”
Sumber: Instagram @newzealandpolice
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.