Bagi peminat pelakon dan pengacara, Mira Filzah, selain daripada kecantikan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh selebriti itu, pastinya korang juga tertarik dengan kebijaksanaannya.
Pelajar jurusan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA ini pernah memperolehi pencapaian memberansangkan semasa zaman persekolahannya.
Sewaktu Mira melakukan kemunculan istimewa dalam sebuah seminar online bersama calon SPM tahun lalu, dia sempat kongsikan 6 tip kepada para calon agar sentiasa ‘study smart’.
“Jika tertekan, jangan paksa diri. Berehatlah seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji kena tenang. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.”
Ads
02
Jangan Tonton K-Drama
“Ketika otak tepu, seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada baca komen pelajar, kalau stres, tengok drama K-pop. Bagaimanapun, saya nasihatkan jangan. Nanti tengok sampai berjangkit banyak episod pula.”
“Kalau penat sangat, pejam mata sebelum masuk waktu Zohor. Elak tidur selepas waktu Asar, nanti otak dan badan lagi penat.”
Ads
04
Elakkan Telefon Bimbit
“Memang kita terbiasa memegang telefon bimbit dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam. Tapi buat masa ini, belajar jarakkan diri dengan dunia digital.”
Bagi REMAJA, tempoh persediaan dan peperiksaan untuk beberapa bulan ini memerlukan pengorbanan. Lupakan seketika telefon pintar semasa sedang menelaah. Namun, jangan lupa untuk membuatkan diri korang gembira dengan mencuri masa melakukan hobi.
Jika korang gemar bersukan, lakukannya sebentar di luar rumah. Jika gemar memasak, masaklah bersama keluarga. Dengan melakukan hobi walaupun sekejap, otak akan lebih mudah menerima ilmu tanpa tekanan yang terlalu tinggi.
All the best korang untuk SPM bermula esok, 2 Mac 2022!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hatinya dipatahkan oleh ramai lelaki, akhirnya penyanyi popular Taylor Swift mengecapi kebahagian apabila kini bergelar tunangan kekasihnya, Travis Kalce yang merupakan seorang atlet American Football (AFC).
Taylor, 36 mengenali lelaki berkenaan pada Julai 2023 ketika konsert jelajah Eras Tour. Tidak lama selepas itu, Taylor dilihat sering berada di dalam bilik VIP ketika perlawanan Travis bersama-sama ibunya, Donna Kelce.
Selepas dua tahun menyulam cinta, akhirnya Travis melamar Taylor dalam persekitaran taman indah dengan gubahan bunga-bungaan and the star of the show? Tentulah cincin tunang Taylor!
Selain gembira dengan perkhabaran mengenai penyanyi kegemaran mereka, peminat juga tertarik dengan jenis cincin yang disarungkan ke jari Taylor berpotongan brilliant-cut, berbentuk potongan kusyen dan diperbuat daripada emas kuning 18k. Cukup klasik dan ‘whimsical’, seperti bintang pop itu sendiri.
Khabarnya, Travis menempah khas cincin tersebut dengan rekaan one-of-a-kind bersama pihak Kindred Lubeck of Artifex Fine Jewelry. Biarpun perincian mengenai cincin ini masih belum diketahui, pakar barangan kemas telahpun mula berspekulasi terutamanya mengenai nilai harganya.
Kongsi Rich Goldberg daripada Safian & Rudolph Jewellers kepada The Independent, berlian antik itu dianggarkan dalam kategori lima ke tujuh karat, manakala bahagian sisi cincin itu pula diserlahkan dengan batuan permata kecil. Bagaimana pula dengan harganya?
Well, ia bergantung kepada harga pasaran dan siapakah yang menjualnya kepada Travis. Besar kemungkinan, harganya boleh mencecah antara US$1.5 juta ke US$2 juta. Ada juga pakar lain yang merasakan nilainya berada pada nilai US$1 juta.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenali nilai cincin pertunangan penyanyi popular lain termasuklah Selena Gomez yang bertunang pada Januari tahun ini dan Ariana Grande pada Disember 2020.
Umum mengetahui vaksin COVID-19 bakal tiba di Malaysia buat masa terdekat ini, hal ini merupakan satu rahmat dan satu cara kita melawan pandemik maut ini. Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Terbaru, menerusi akaun Twitter KKM ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pendaftaran vaksin COVID-19 ini dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.
When you come for your first dose, you will be given an appointment card. It will also be recorded in your MySejahtera. The date for your second dose will be noted down. For Pfizer it will be 21 days after. Other vaccines may be different. You will also get a reminder. https://t.co/FbGSji1juc
“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka,”
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Tidak meminggirkan nilai eksperimentasi dalam berkarya, REMAJA raikan penyanyi, pencipta lagu & gadis lincah, Aisha Retno sebagai ‘& ‘Songstress of the Moment’ kami buat paparan istimewa kali ini.
teksFATH ABU BAKAR fotografi HAIKAL SHUIB arahan seni & penata gayaFZ AIMMAN perletakan grafikAZNIZA AZIZ suntingan foto HEZRY ROKMAN penerbit & suntingan video SURIA NUR AMIRA videografiJAZLAN NANGAR & EZZAT SHUKRI solekanWIRAKASTRA dandananKHURI persalinanMAARIMAIA sepatuCOLE HAAN lokasiSOL STUDIO
Jika mendalami peribadi sang pelantun bernama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ini, bakat dirinya jelas merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan mudah disenangi orang di sekelilingnya.
Begitupun, jangan biarkan keramahan Aisha Retno mengaburi bakat besar yang terkandung di dalam jiwanya. Ibarat soul to the heart and beyond, bakat kurniaan Ilahi yang diperdengarkan pada setiap layangan suaranya ketika mendendangkan sebarang jenis lagu sudah cukup untuk membuatkan mana-mana pendengar jatuh cinta.
Pejam celik, sudah empat tahun berlalu sejak Aisha mula berkecimpung dalam industri muzik tanah air. Nyata, ini adalah laluan yang sudah tersurat buatnya apabila rezekinya untuk dikenali meluas selepas penyertaan dalam program realiti nyanyian Vokal Mania 2020 (dinobatkan juara kategori rookie) dan Big Stage 2022 (pemenang tempat ketiga) membuahkan hasil.
Akuinya, bukan mudah untuk berada di tahap kini apabila bakat dan potensinya mula dihargai dan diintai masyarakat. Berkat kesabaran ulung, peluang beraksi di atas pentas keramat Anugerah Juara Lagu (AJL38) selepas empat tahun membuktikan graf seninya tidak harus dipandang sepi.
“Saya merupakan, first and foremost, seorang penyanyi dan penulis lagu. Saya pernah juga mencuba dalam dunia pengacaraan dan lakonan tetapi jiwa saya akan kembali kepada karya-karya muzikal.
“Satu perkara tentang Aisha Retno adalah sikap tidak berputus asa. Sesudah menjuarai Vokal Mania, salah satu single saya tular hingga ke negara seberang. Ia menjadi tiket untuk saya layak menyertai rancangan Big Stage.
“Lapan minggu bertarung menerusi Big Stage musim keempat, rezeki saya semakin terbentang luas kerana dapat berkenalan dengan orang-orang di dalam industri ini sehinggalah kini, saya tercalon sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38). Alhamdulillah,” tuturnya yang kemas didandan oleh Wirakastrya & Khuri di studio kami, pagi itu.
Impian AJL ke-38
Hari penggambaran tersebut harus dilangsungkan dalam mod pantas dek jadual Aisha yang padat dengan latihan vokal serta koreografi Sutera yang bakal dipersembahkannya selang empat hari kemudian.
Namun, komitmen penuh tetap diberikan Aisha yang turut teruja untuk meluangkan masa bersama REMAJA setelah hampir dua tahun kami menjalin kolaborasi menerusi paparan istimewa Aidilfitri sejurus Aisha menamatkan perjalanan di Big Stage 2022.
Pertaruhan Sutera ciptaan Aisha bersama MFMF membuakkan perasaan bercampur baur buat gadis berusia 23 tahun ini. Buat julung kalinya, Aisha bakal berentap bersama 11 karya muzikal hebat di Malaysia bagi merebut gelaran juara AJL ke-38 dalam sejarah penganjurannya.
“Ini AJL pertama saya.. apabila Sutera diumumkan sebagai salah satu lagu yang layak ke AJL, perasaan gembira dan sedikit gementar berkocak di dada. Mungkin juga, kegembiraan itu cuma 10 peratus sahaja. Selebihnya, minda saya terfikir, ‘Apa benda yang aku nak buat ini..?’.
“Terasa diri ini kerdil sungguh terutamanya bila melihat kredibiliti peserta lain yang sebahagian besar jauh lebih berpengalaman dalam pertandingan ini. Saya hanya fikirkan cara IKHLASKAN hati..”
“..dengan cara memasang niat agar minda saya lebih fokus bagi menghasilkan persembahan yang manis dan cukup indah dilihat. Sutera deserves that.”
“Kita boleh olah bahagian teknikal dan kreativiti selama berbulan-bulan lamanya, tetapi hujung pangkalnya, detik persembahan selama beberapa minit itu sahaja that matters no matter what happens.
“Kepuasan hati itu sudah cukup buat saya tanpa mendambakan apa jua keputusannya. Pentas AJL ini bukan calang-calang. Sudah diberikan peluang sebesar ini, maka jangan sia-siakannya,” katanya penuh yakin.
Little that she knows, gelaran Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-38 dan trofi Persembahan Terbaik bakal digondolnya pada tanggal 3 Mac 2024 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM62,000.
Seandainya perjuangan AJL ke-38 ini berpihak kepadanya, Aisha telah menamakan niat untuk membawa seluruh ahli keluarganya menjalani ibadat umrah setelah ia sekian lama tertunda.
“Sejak berada di Big Stage lagi, saya teringin membawa keluarga ke tanah suci. Cuma, atas dasar kerja yang tidak dapat dielakkan dan masa yang mencemburui kami, perancangan itu tertunda hingga ke hari ini.
“Insya-Allah, jika dikurniakan rezeki, itulah perkara utama yang berada dalam bucketlist saya,” katanya yang menyalin tiga busana rekaan Maarimaia privé.
‘Ratu AJL’ tak lekang kongsi ilmu
Baru-baru ini, penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memuji bakat nyanyian Aisha hantaran di media sosial.
Berkat komen yang cukup berharga buatnya itu, Aisha menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk beraksi dengan lebih baik di AJL 38.
“Perasaan saya berbaur nostalgik memandangkannya beliau ialah salah seorang insan terawal yang menyaksikan Aisha mulai ‘mekar’ dalam industri muzik ini (sebagai juri di Big Stage 2022 bersama komposer, Ajai).
“Selepas pertandingan tamat, beliau terus melihat perkembangan. Sebagai insan yang amat saya hormati, beliau juga tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu. Setiap kali berkesempatan untuk menemui beliau, ada sahaja nasihat yang akan saya bawa pulang. The Queen of AJL, out of all people. It does not get better than that.
“Jadi apabila mendapat tahu beliau masih meluangkan masa melihat perkembangan kerjaya seni saya walaupun kita semua tahu jadualnya padat pada setiap hari, saya amat-amat bersyukur,” titipnya.
Tidak hiraukan suara-suara sumbang
Sedangkan Datuk Seri Siti Nurhaliza pun tidak terlepas daripada dilambung gelombang, inikan pula pendatang baharu seperti Aisha Retno.
Dunia glamor tidak seperti yang disangka, tidak semudah yang dilihat dan tidak selancar yangg ditilik. Hanya usaha keras yang mampu ‘membayar’ perit jerih bergelar seorang anak seni. Berkat tidak mengenal erti putus asa dan kesabaran menjadi salah satu punca kekuatan Aisha.
“Yang saya boleh katakan, rezeki itu ada di mana-mana. Tidak perlu menjadi artis pun, sebagai insan biasa kita semua perlu bersabar dan mencungkil passion dalam diri masing-masing untuk mencapai apa yang kita dambakan. Bukan berpegang kepada bakat semata, usaha dan semangat yang tinggi juga harus tersemat dalam diri. Bagi saya, itu sangat penting.
“Punca kekuatan saya untuk terus berkarya adalah semangat yang dititipkan oleh ibu bapa saya. Walaupun saya utamakan pendidikan tetapi rasa cinta terhadap bidang nyanyian tidak mampu saya selindungkan lagi lalu menjadikannya sebagai fixed job saya.
“Mereka berdualah yang memberi semangat ketika saya cuba menapak dan mencari identiti dalam bidang seni tanpa menghiraukan suara-suara sumbang. Jika terlalu membiarkan diri terbuai dengan kata-kata orang, bagaimana saya ingin maju?” katanya.
Songstress of the Moment
Menerusi Sutera, Aisha dan MFMF telahpun mengecapi kejayaan dalam eksperimentasi muzik Jawa dan EDM. Selanjutnya untuk buah tangannya yang mendatang pula, Aisha mendedahkan bahawa beliau ingin mengetengahkan pula adat dan muzik dari negeri kelahiran ayahnya, Kelantan dalam bentuk sebuah karya moden.
“Muzik Jawa dari belah ibu sudah ditatang. Sekarang, saya ingin embrance adat belah bapa saya pula dari negeri Kelantan. Saya tertarik untuk mempelajari budaya di sana Insya-Allah dan seterusnya mencuba genre EDM bertemakan muzik ala Kelantan pula. Ya, kita modenkannya dan lihat sama ada ia bersesuaian mahupun tidak. Tetapi ini bakal menjadi satu lagi eksperimentasi menarik untuk dicuba,” dedahnya secara eksklusif.
Tambah ‘Songstress of the Moment’ REMAJA ini lagi, dirinya bakal menghiburkan peminat menerusi sebuah showcase istimewa.
“Saya bakal mengadakan showcase solo di Zepp Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini. Selain itu, ada lagu Raya bersama insan istimewa yang akan saya kongsikan tidak lama lagi selain karya-karya lain yang menanti korang semua,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!