Mungkin ramai diantara kita yang skip part memakai pelindung matahari SPF atau sunblock. Tapi, korang tahu tak sebenarnya pelindung kulit ini lebih baik jika digunakan setiap hari ketika korang keluar dari rumah.
Sunblock dapat membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah, terutamanya di negara seperti Malaysia yang beriiklim tropika.
SPF biasanya ditentukan oleh jenis kulit dan warna. SPF melindungi kulit daripada keadaan perubatan seperti kanser kulit dan TPF (Tan Protection Factor) menghalang kulit dari pigmentasi dan perubahan warna. Pengawasan matahari harus dipilih mengikut warna kulit. Sebagai contoh, individu berkulit gelap sepatutnya memilih SPF yang lebih rendah, manakala yang cerah pilih krim dengan SPF yang lebih tinggi.
Jadi, kami kongsikan tip bagi korang memilih krim sunblock mengikut jenis kulit yang sesuai.
Ads
Berminyak – Kulit berminyak adalah salah satu jenis kulit paling bermasalah. Lagi-lagi di kawasan hidung, dahi, dan pipi. Untuk itu, gel atau formula SPF berasaskan aqua berfungsi dengan baik, malah serbuk juga. Ini mempunyai kesan pengeringan dan tidak menjadikan kulit kelihatan berminyak.
Normal – Jenis kulit paling tidak bermasalah. Kulit tidak berminyak, kelihatan bersih dan sihat sahaja. Pilih krim pelindung matahari berasaskan krim.
Kering – Kulit kering mempunyai tahap sebum yang rendah dan boleh terdedah kepada sensitif. Kulit kelihatan kering kerana ketidakupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Kulit biasanya terasa ketat dan tidak selesa selepas mencuci kecuali pelembap atau krim digunakan. Losyen atau pelembab SPF adalah pilihan terbaik untuk kulit kering. Sentiasa pilih krim yang tebal dan tidak ringan (contohnya matte). Semakin tinggi SPF, semakin berminyak formula tersebut.
Apa Jadi Kalau Tak Guna Krim Pelindung Matahari
Menurut satu kajian Australia yang diterbitkan dalam Annals of Internal Medicine tahun 2013, sinaran matahari menyebabkan kira-kira 90% penuaan pada kulit.
Ads
Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit.
Foto Via Pexels
Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di tempat yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar. Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit.
Pendedahan matahari juga boleh membawa kepada jerawat. Ia menyebabkan pembentukan sel-sel mati yang menyumbat liang-liang, dan ini akan memburukkan lagi jerawat.
Kulit tan akibat sinaran matahari hanya sementara menyamarkan kemerahan jerawat dan mengeringkan permukaan kulit, tetapi pendedahan cahaya matahari menyebabkan lebih banyak pertumbuhan jerawat.
Ads
Bila Masa Sesuai Guna Krim Pelindung Matahari
Korang dinasihatkan mengguna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum keluar rumah, ini untuk membenarkan waktu pengeringan pada semua kawasan yang terdedah.
Sapu semula setiap 2 jam apabila terdedah kepada matahari pada umumnya, bahkan pada hari-hari berawan ketika 80% sinar UV dapat menembus awan. Apabila keluar di pantai, adalah disyorkan untuk guna krim setiap 15-20 minit. Basuh muka anda atau lap di kawasan dengan tisu basah sebelum dipakai semula.
Ingat keluar rumah sila guna krim pelindung matahari okay!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, baru-baru ini mencuri perhatian dunia fesyen antarabangsa dengan kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25.
Hael tampil dengan gaya penuh karisma di pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Zegna, Amiri dan Kenzo. Ini merupakan kali keempat figura ini dijemput secara eksklusif ke pertunjukan fesyen di Eropah.
Pelantun lagu Jampi itu memulakan pengembaraan fesyennya di Milan dengan menghadiri pertunjukan Dolce & Gabbana, di mana dia tampil dengan rekaan elegan dan berani. Hael juga dilihat bergaul mesra dengan selebriti terkenal Korea seperti Jung Hae-in dan Nam Yoon-su, mencuri perhatian peminat fesyen global.
Seterusnya, Hael menghadiri pertunjukan Emporio Armani dan bertemu dengan pereka fesyen legenda, Giorgio Armani. Hael meluahkan rasa kagumnya, menyifatkan pengalaman bertemu dengan Giorgio sebagai satu pengalaman yang tidak ternilai.
Di pertunjukan fesyen Zegna, Hael turut berpeluang bertemu pelakon Hollywood terkenal, Mads Mikkelsen, sekali lagi menyerlahkan karismanya dalam dunia fesyen antarabangsa.
Hael kemudiannya meneruskan perjalanan fesyennya di Paris dengan menghadiri pertunjukan jenama mewah Amiri, di mana dia bergambar bersama personaliti ternama seperti Ed Westwick dan Sunwoo. Di pertunjukan fesyen Kenzo, Hael turut menarik perhatian dengan gaya uniknya, duduk sebaris dengan ikon fesyen Filipina, Heart Evangelista, dan rapper NLE Choppa.
Selain berbakat dalam bidang muzik, Hael kini semakin dikenali sebagai ikon fesyen. Kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25 bukan sahaja menarik perhatian media fesyen, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tampil berkeyakinan. Hael menekankan bahawa ini bukan sahaja mengenai penampilan, tetapi juga tentang memperkenalkan bakat Malaysia ke peringkat dunia.
Di samping itu, Hael juga sibuk membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), dengan perancangannya kini mencapai tahap 70% siap. Hael berharap dapat memberikan persembahan yang penuh makna dan ikhlas untuk peminatnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiara adalah satu perhiasan kemas yang tidak dapat dipisahkan dengan gelaran seorang puteri atau ratu. Koleksi tiara terhebat di dunia boleh kita lihat adalah milik keluarga DiRaja Britain yang mana setiap satu memiliki sejarah dan kisah yang tersendiri.
Tiara biasanya dihadiahkan dan dipinjamkan kepada seorang puteri dalam keluarga DiRaja apabila umur mereka sudah mencecah 18 tahun. Ratu Elizabeth II memiliki banyak koleksi tiara DiRaja yang akan dipakainya ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Koleksi ini juga adalah koleksi yang akan baginda pinjamkan kepada anakanda dan juga cucunda saat mereka berkahwin.
Umum mengetahui, Kate Middleton, The Duchess of Cambridge bakal bergelar Ratu suatu hari nanti. Sebagai isteri kepada pewaris takhta dia kerap menghadiri majlis-majlis rasmi mewakili keluarga DiRaja. Oleh yang demikian, Ratu Elizabeth II telah memberikan tiga tiara kepada isteri cucunya ini untuk disimpan.
.
Menariknya tiara-tiara ini adalah milik Kate Middleton sehingga akhir hayatnya dan tiada puteri lain yang boleh menggayakannya. Namun begitu setelah dia meninggal dunia, tiara-tiara tersebut akan disimpan kembali dalam arkib keluarga DiRaja Britain.
Jadi apakah nama tiga tiara yang dikurniakan Ratu Elizabeth II kepada isteri cucunya ini?
Tiara pertama yang diberikan kepada Kate Middleton adalah Tiara Cartier Halo yang digayakan oleh Duchess of Cambridge pada hari perkahwinannya dengan Putera William. Tiara ini dihasilkan pada tahun 1936 dan merupakan milik bonda kepada Ratu Elizabeth II. Tiara ini telah diberikan kepada Ratu Elizabeth II ketika baginda menyambut hari jadi ke-18 dan sejak itu ia telah dipakai oleh baginda sendiri dan juga adindanya , Puteri Margaret.
.
Seterusnya dua lagi tiara yang menjadi simpanan ibu kepada tiga cahaya mata ini adalah tiara The Cambridge Lover’s Knot dan tiara The Lotus Flower.
.
Tiara The Lotus Flower asalnya adalah milik Ratu Elizabeth Bowes Lyon dan ia merupakan pemberian suaminya King George VI. Asalnya tiara ini merupakan seutas kalung mewah sebelum diubah menjadi tiara. Kate Middleton dilihat pernah beberapa kali menggayakan tiara ini.
.
Tiara yang terkahir ini merupakan kegemaran isteri kepada Putera William. Ini kerana dia acapkali mengenakannya saat majlis-majlis rasmi. Ada yang mengaitkan nilai sentimental tiara ini kerana ia merupakan antara tiara kegemaran Puteri Diana saat bergelar puteri raja. Tiara ini dihasilkan pada tahun 1900 untuk Ratu Mary sebelum diberikan kepada cucunda baginda, Ratu Elizabeth II. Tiara ini merupakan hadiah perkahwinan dari Ratu Elizabeth II saat Princess of Wales itu berkahwin dengan Putera Charles.
Ramai yang menganggap sunblock hanya perlu dipakai sewaktu ingin pergi travel saja. Nah, tak betul fakta tu. Sebenarnya pelindung kulit ini lebih baik jika digunakan setiap hari ketika korang keluar dari rumah.
Sunblock dapat membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah, terutamanya di negara seperti Malaysia yang beriiklim tropika.
Oleh sebab itu kita digalakkan untuk menggunakan sunblock sebaik saja keluar rumah bagi mengelakkan kulit jadi lebih gelap.
Berikut kami senaraikan antara beberapa pilihan sunblock terbaik untuk melindungi kulit korang daripada sinaran matahari setiap hari.
1. Biore UV aqua rich watery essence spf 50+
Mengandungi royal jelly, hyaluronic acid dan mix citrus essence sebagai bahan pelembap untuk kulit nampak lembap dan hydrated. Boleh digunakan oleh semua jenis kulit, produk ini juga merupakan kalis peluh dan air yang tidak melekit.
2. Sunplay skin aqua UV watery gel
Sesuai untuk kulit berminyak sebab ia merupakan waterylight texture. Mengandungi vitamin C untuk membantu melawan dark spots yang ada pada wajah.
3. Cetaphil UVA/UVB defense cream
Bagi korang yang mempunyai masalah kulit sensitif, rangakaian produk daripada jenama Cetaphil ini diformulasi dengan bahan mesra kulit sensitif. Sunblock yang mengandungi SPF50 ini juga menghapuskan penuaan dan melindungi kulit daripada sinaran UV
4. Aiken daily sunscreen face & body lotion SPF30 PA++
Losyen pelindung kulit ini cepat menyerap ke dalam lapisan kulit agar sentiasa dilindungi daripada radikal bebas. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini sangat baik untuk membaikpulih kulit yang bermasalah. Selain itu, harganya juga jauh lebih murah berbanding produk yang lain
5. Innisfree perfect UV protection cream triple care SPF50+
Krim penjagaan kulit tiga kali ganda keluaran Innisfree ini mampu melindungi kulit daripada terbakar disebabkan oleh sinaran matahari yang berpanjangan. Krim ini juga tahan dan mampu memberi perlindungan berpanjangan tanpa perlu menyapu berkali-kali
6. Senka perfect UV gel SPF50 PA++
Sesuai untuk kulit berminyak, produk sunblock ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan tidak melekit. Ia boleh digunakan untuk sapuan pada wajah atau badan.
7. Nivea sun lotion moisturizing SPF50
Melindungi kulit daripada berlakunya sunburn dan boleh bertahan selama 4 jam ketika di dalam air. Selain itu, sunblock ini juga mempunyai sistem anti-penuaan sambil memberi kelembapan lebih tahan lama
8. Biore UV perfect block milk moisture SPF50
Walaupun harganya mampu milik dan agak murah, namun ia amat berkesan untuk melindungi kulit korang dari sinaran UV dan dapat menghilangkan cela seperti bitnik-bintik hitam pada kulit wajah
9. Banana Boat sun ultra protect lotion SPF50
Produk terbaik untuk lelaki yang aktif bersukan dan memiliki kulit normal ini mempunyai daya tahan yang lama walaupun badan dalam keadaan basah dan berpeluh. Diperkaya dengan aloe vera, vitamin C dan E, bagus untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang memedihkan kulit
10. Supergoop! Everyday sunscreen SPF50
Amat sesuai untuk penggunaan harian pada kulit wajah dan badan. Produk ini mampu menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk mendapatkan perlindungan segera. Krim ini diperbuat daripada ekstrak buah limau, daun basil dan juga bunga rosa supaya kulit jadi lebih wangi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!