Sejak kebelakangan ini, trend edit gambar menggunakan aplikasi AI semakin jadi kegilaan remaja. Dari wajah versi anime, lebih muda, lebih tua, sampai yang nampak flawless tanpa jerawat dan semuanya nampak menyeronokkan untuk dikongsi di media sosial.
Tapi, jangan seronok sangat! Menurut perkongsian Asri Meris Anthony disebalik hasil yang menarik, ada risiko besar yang ramai tak sedar.
Gambar wajah kita bukan sekadar gambar biasa, ia adalah data biometrik yang sangat berharga dan boleh jadi sasaran untuk disalahgunakan.
Data Wajah Boleh Bocor Tanpa Sedar
Ramai menganggap gambar yang dimuat naik hanya diproses dalam telefon, tapi hakikatnya kebanyakan aplikasi AI akan hantar imej ke server syarikat luar negara. Dari situ, data mungkin bukan sekadar disimpan sementara, malah boleh digunakan untuk melatih model AI baharu.
Walaupun ada polisi privasi yang kata data dipadam dalam 24 jam, tiada bukti sahih ia benar-benar berlaku. Lebih menakutkan, ada aplikasi yang kongsi data pengguna dengan pihak ketiga seperti pengiklan atau rakan teknologi.
Ads
Risiko Apabila Gambar Disalahguna
Bila data wajah jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab, macam-macam boleh terjadi:
Deepfake video – wajah anda ditampal dalam video palsu untuk fitnah atau eksploitasi.
Akaun palsu – scammer guna gambar untuk buat akaun menipu kawan & keluarga.
Dokumen palsu – imej boleh dimanipulasi untuk kad pengenalan atau pasport palsu.
Animasi realistik – hanya dengan satu gambar, AI boleh cipta wajah seolah-olah bercakap.
Bayangkan kalau ada video palsu tersebar bukan saja reputasi hancur, malah anda boleh dituduh melakukan sesuatu yang tak pernah dibuat!
Bahaya Dark Web & Scammer
Lebih seram, data wajah yang dicuri boleh dijual di dark web bersama maklumat peribadi lain. Scammer pula boleh guna teknologi AI masa nyata untuk buat video call palsu, seolah-olah anda sendiri yang bercakap dan minta wang daripada keluarga atau rakan.
Ads
Bukan itu saja, penjenayah juga boleh cuba bypass sistem log masuk bank atau e-wallet yang guna pengesahan wajah.
Tip Keselamatan Digital
Sebelum terjebak lebih jauh, ini beberapa langkah bijak yang anda boleh amalkan:
Elakkan muat naik gambar sensitif ke aplikasi AI.
Semak polisi privasi aplikasi sebelum guna.
Jangan kongsi semua di media sosial, terutama wajah yang jelas.
Guna aplikasi yang dipercayai, bukan yang meragukan atau terlalu baru.
Fikir sebelum klik “accept” pada Terms & Conditions – baca dulu!
Edit gambar AI memang nampak fun dan trending, tapi ia bukan tanpa risiko. Ingat, wajah anda adalah identiti unik yang tak boleh diganti. Sekali data bocor, ia boleh jadi senjata untuk orang lain.
Ads
Jadi, jangan seronok sangat ikut trend semata-mata nak nampak cool di media sosial. Lindungi privasi, sayangi diri, dan bijak kawal jejak digital anda.
Pengambilan vitamin atau suplemen adalah bertujuan untuk menambah nutrien yang kurang didalam badan. Ramai diantara kita yang mengambil suplemen sebagai salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan.
Bagi individu yang mempunyai masalah resdung, seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Fad Feline Family telah berkongsi satu produk yang digunakan untuk mengurangkan simptom resdung kerana sebelum ini, hari-hari dia mengalami selesema yang teruk dan kerap bersin.
Individu itu cuba mencari penyelesaian dan sehinggalah dia terbaca tentang Horseradish, selepas menggunakannya, paling kerap pun kena selesema seminngu sekali atau dua bulan sekali. Memang terbaik.
Horseradish + garlic mengandungi gabungan herba yang secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan kesesakan hidung. Ia sesuai untuk individu yang mengalami alergik dan kesesakan saluran pernafasan. Suplemen ini memiliki kebaikan untuk membersihkan saluran pernafasan. Bawang putih secara tradisionalnya telah digunakan untuk melegakan hidung terumbat.
Gambar hiasan
Sehari makan sebiji sahaja pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Korang boleh dapatkan produk ini di farmasi. Pilih sahaja mana-mana jenama yang korang suka, asalkan cari horseradish + garlic.
Dengan mengambil suplemen ini bukanlah bermakna penyakit resdung korang boleh terus sembuh atau hilang. Tapi, mungkin ini cara untuk pesakit resdung berikhtiar kerana hanya mereka yang mengalami gelaja sinus ini sahaja faham betapa ‘seksanya’ jika setiap hari asyik nak terbersin saja.
Apa-apa pun, korang juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.
Siri rancangan kanak-kanak ini pasti menggamit memori kan? Penulis pun membesar dengan karakter popular seperti Big Bird, Elmo dan Cookie Monster. Menerusi karakter-karakter ini, rancangan tersebut banyak membantu golongan kanak-kanak terutamanya pendidikan.
Terbaru rancangan televisyen ini telah memperkenalkan dua watak kanak-kanak Rohingya bagi membantu ribuan pelarian anak-anak mengatasi trauma dan kesan pandemik di penempatan pelarian terbesar dunia di Bangladesh itu.
Menurut Sesame Workshop yang merupakan organisasi di sebalik rancangan televisyen tersebut, karakter adik beradik kembar yang diberi nama Noor dan Aziz Yasmin akan ditampilkan seiring dengan karakter rancangan tersebut yang popular seperti Louie dan Elmo menerusi video pendidikan dalam bahasa Rohingya di kem pelarian itu.
“Bagi kanak-kanak Rohingya, Noor dan Aziz akan menjadi karakter pertama dalam media yang kelihatan dan kedengaran seperti mereka. Dua karakter ini pastinya akan membawa kuasa transformasi bagi pembelajaran yang menyeronokkkan kepada keluarga pada masa bila mereka memerlukannya lebih dari sebelum ini,” ujar Sherrie Westin yang merupakan Presiden Impak Sosial di Sesame Workshop.
Dengan pengenalan dua karakter ini, pelarian kanak-kanak Rohingya akan mampu untuk kekal berhubung dan kenal dengan asal usul mereka. Program ini juga mendapat sokongan dari BRAC yang merupakan badan bukan kerajaan Bangladesh dalam menyokong pembangunan kanak-kanak Rohingya.
Seperti yang kita sedia maklum, Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang berjaya dalam mengekang penularan kes Covid-19. Lebih dari setahun negara tersebut tidak mencatatkan sebarang kes positif, aktiviti harian kerajaan, perniagaan serta aktiviti rakyat berjalan normal seperti sebelumnya.
Namun begitu, kelmarin Kementerian Kesihatan Brunei telah melaporkan terdapat lapan kes baharu Covid-19 di negara itu setelah lebih 457 hari bebas virus tersebut. Tujuh kes merupakan kes tempatan dan satu kes merupakan kes import. Dengan penambahan kes ini, Brunei setakat ini mencatat hanya 347 kes sepanjang pandemik tersebut melanda dunia.
“Lima kes terbaru ini iaitu kes 340 hingga kes 344 didapati memiliki kaitan dengan pusat pemantauan di negara ini. Lima kes ini tidak memiliki sejarah perjalanan ke luar negara dalam masa beberapa bulan sebelumnya. Kluster ini dipercayai terdedah salah seorang kes import yang tiba di Brunei Darussalam,” lapor Menteri Kesihatan Brunei, Dr Isham Jaafar.
Difahamkan lima individu dari tujuh kes tempatantersebut telah menerima sekurang-kurangnya satu dos Covid-19, manakala dua lagi belum menerima suntikan. Mereka berusia di antara 24 sehingga 54 tahun.
Manakala untuk kes ke lapan iaitu kes import melibatkan lelaki berusia 37 tahun yang tiba di negara itu pada 30 Julai 2021 dari Timur Tengah melalui Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Diraja Brunei B1847 telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.
P/S – Pesanan untuk pembaca, sudah lengkap vaksinasi tidak bermakna anda tidak akan dijangkiti. Tujuan vaksinasi adalah untuk mengurangkan kesan yang bakal diterima sekiranya anda dijangkiti sekaligus membantu menyelamatkan nyawa anda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.