Jangan Ambil Mudah, Ini 6 Dosa Yang Tidak Diampunkan Dengan Taubat

Share

Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap daripada kita tidak lari untuk melakukan dosa. Betul tak?

Ramai yang menganggap sekiranya melakukan dosa, kita boleh bertaubat dan akan diampunkan oleh Allah SWT. Namun, tahukah korang terdapat dosa-dosa yang tidak diampunkan?

Berikut kami senaraikan antara dosa-dosa yang tidak diampunkan dengan taubat.

Makan harta anak yatim secara haram

Dosa ini dapat dihapuskan sekiranya pemakan harta anak yatim itu membayar semula harta yang telah digunakan serta memohin maaf kepada anak yatim itu.

Jika anak yatim itu memaafkannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya tidak dimaafkan, maka dosa tersebut tidak akan terhapus.

Foto: hossein azarbad (Gambar hiasan)

Menuduh wanita solehah berzina

Sama juga seperti memakan harta anak yatim, individu yang menuduh wanita solehah berzina harus memohon maaf kepada wanita tersebut, jika dimaafkan maka terhapuslah dosa dan begitu juga sebaliknya.

Foto: Voice of Sky

Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

Melakukan sihir

Individu yang mempelajari ilmu sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT dan tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

Melakukan syirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk

Sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak, maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah rela menerima kembali amal ibadahnya.

Foto: Aziz Acharki

Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.

Mungkin ramai yang terlepas pandang dan jangan ambil mudah tentang hal ini. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan dosa-dosa besar ini. Ambil peluang di bulan Ramadan yang penuh barakah ini untuk muhasabah diri serta jadi individu yang lebih baik.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN