Menjaga kesihatan sangat penting buat semua. Ini kerana untuk menikmati kehidupan, kita harus menjaga kesihatan. Mungkin kita pernah mendengar pepatah, ada duit banyak pun tapi jika sakit terlantar tak berguna.
Oleh itu, bagi mengekalkan kesihatan, buatlah pemeriksaan seperti disarankan oleh doktor. Masa yang sama, prihatin dengan perubahan pada tubuh terutama jika ada ketulan tumbuh seperti tahi lalat secara tiba-tiba. Ini besar kemungkinan, korang terdedah kepada kanser melanoma atau disebut kanser kulit.
Baca perkongsian dari page The Diagnosa- Original yang ditulis oleh Dr Latif Saad mengenai tahi lalat yang kemudiannya adalah kanser melanoma.
Pada suatu hari, Encik Arif perasan terdapat satu tahi lalat dibahagian bahu kirinya. Dia menganggap itu mungkin adalah tahi lalat biasa sama seperti pada tubuh badannya yang lain.
Cuma tahi lalat ini baru je dia perasan. Sebelum ini macam tak pernah nampak pulak. Dia pun membiarkannya selama beberapa bulan.
Setelah 3 bulan, dia baru perasan terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Ketulan tersebut keras, sedikit sakit dan menyebabkan bahunya merasa sedikit lenguh kerana tidak selesa dengan rasa ketulan pada bahagian ketiak tersebut.
En Arif pun datang berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.
“Ketulan di ketiak saya ni sebenarnya apa ye doktor?”, Tanya En Arif
“Kemungkinan besar ketulan ini adalah berasal daripada kalenjar limfa Encik.” Kata aku.
“Jadi saya perlu rujuk encik ke hospital sebab doktor hospital perlu ambil sedikit sampel daripada kalenjar tersebut untuk mengetahui punca-puncanya”, Jelas aku lagi.
Pada ketika dia menurunkan tangannya, aku ternampak satu tahi lalat di bahunya.
“Tahi lalat ini baru perasan ke encik?” Aku bertanya.
Ads
“Aah, baru 3 bulan yang lepas saya perasan. Sebelum itu, macam tak pernah lihat pulak”, Jelas En Arif.
Tahi lalat kelihatan berbeza
Tahi lalat ini jika dilihat pada mata kasar sedikit tidak simetri. Sebab bahagian bawahnya lebih besar daripada bahagian atas.
Manakala sempadannya pula tidak sekata. Tidak sama seperti tahi lalat yang biasa.
Warna tahi lalat ini pun tidak sekata. Ada bahagian yang berwarna cerah. Ada bahagian yang berwarna gelap.
Pesakit pun menyatakan yang saiz tahi lalat ini sedikit demi sedikit semakin besar.
Ini membuatkan aku mengesyaki bahawa pesakit sebenarnya sedang mengalami satu masalah yang dipanggil sebagai MELANOMA.
Ads
Apakah itu Melanoma?
Melanoma merupakan kanser kulit yang paling agresif. Ini kerana walaupun saiz kanser ini dikawasan kulit adalah kecil, tetapi dia sangat mudah merebak ke kawasan lain terutamanya kalenjar limfa. Sebagai contohnya pesakit ini, kemungkinan besar ia telah merebak ke kalenjar limfa dibahagian ketiak pesakit.
Melanoma merupakan sel kanser yang berasal daripada sel melanocytes. Sel melonocytes ini berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin yang menyebabkan kulit seseorang itu menjadi gelap. Sebab itu apabila melanocytes berubah menjadi kanser melanoma, ia berwarna hitam disebabkan melanin yang dihasilkan olehnya.
Apakah punca-punca melanoma?
Melonama berlaku disebabkan pendedahan yang kerap kepada gelombang UV yang terdapat di dalam cahaya matahari.
Oleh itu, mereka yang duduk berdekatan dengan garisan khatulistiwa dan selalu berjemur(tanning) untuk menggelapkan kulit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi masalah ini. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah melanoma ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada orang lain.
Ads
Cara-cara untuk mengesan kanser melanoma ini
Terdapat cara yang mudah untuk ingat apa yang perlu diperiksa ketika mempunyai tahi lalat yang pelik.
Caranya adalah dengan mengingati ABCDE
A – asymmetry – Selalunya tahi lalat yang disebabkan kanser melanoma adalah tidak simetri (asimetri). Iaitu ada kawasan yang besar dan ada kawasan yang kecil. B – Border(sempadan) – Sempadan kanser melanoma pula tidak sekata tidak sama seperti tahi lalat biasa. C – Colour(Warna) – Warna tahi lalat tersebut juga tidak sekata. Ada yang berwarna cerah. Dan ada yang berwarna gelap D – Diameter – Diameter melanoma akan sentiasa bertambah hari demi hari E – Evolving(Berubah) – Waspada dengan sebarang perubahan pada tahi lalat anda daripada segi warna, saiz dan sempadannya. Syak sebagai melanoma jika berlakunya sebarang perubahan
Kita pergi balik kepada pesakit ini
Saya terus tulis surat rujukan kepada pihak hospital untuk melakukan pemeriksaan seterusnya kepada pesakit.
Selalunya pihak hospital akan melakukan biopsi pada tahi lalat tersebut dan juga pada ketulan dibahagian ketiak pesakit.
Biopsi ini adalah prosedur untuk mengambil sedikit sampel pada bahagian yang disyaki mempunyai kanser. Kemudian sampel itu akan dilihat dibawah mikroskop untuk memastikan sama ada ianya sel kanser ataupun tidak.
Setelah beberapa bulan, aku follow up balik pesakit untuk tahu keadaan yang dialami olehnya. En Arif menyatakan bahawa dia telah disahkan mengalami kanser melanoma sama seperti yang aku terangkan sebelum ini.
Dia cakap dia akan meneruskan rawatan di hospital tersebut.
Kesimpulannya, jika anda mempunyai tahi lalat yang baru dan mempunyai karakter yang diceritakan di atas, maka anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana ditakuti anda mungkin mengalami kanser Melanoma.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2018 merupakan kali terakhir Malaysia menghantar perwakilan ke pertandingan Miss Supranational yang diadakan di Poland. Diwakili oleh Sanjna, Malaysia berjaya mara ke peringkat top 25. Sekembalinya dia ke tanah air, wanita berusia 28 tahun ini kini rancak dalam dunia seni tanah air.
Untuk pengetahun pembaca, sebelum mewakili Malaysia di pentas Miss Supranational, setahun sebelum itu pada 2017, Sanjna terlebih dahulu mewakili Malaysia di pentas Miss Intercontinental. Dalam pertandingan itu dia berjaya menempatkan dirinya berada dalam kedudukan 15 peserta terbaik.
Kini aktif sebagai pelakon, Sanjna pernah membintangi filem Sangkar, Ennaval dan Nasi Lemak 1.0 disamping membintangi beberapa siri drama di stesen televisyen tempatan. Terbaharu dia telah dipilih sebagai wajah kepada pesta berlian jenama perhiasan kemas tekenal di Malaysia, HABIB.
Dalam satu acara yang diadakan di ibu kota, Sanjna telah membuat kemunculan menggayakan barangan kemas yang dihasilkan oleh jenama tersebut.
Tampil menawan dalam balutan gaun labuh rona merah yang mendakap tubuh, disudahi pula dengan solekan menawan dan dandanan rambut ponytail, aura ratunya jelas terserlah.
Berbicara lebih lanjut tentang acara tahunan yang diadakan oleh HABIB. Pesta Berlian itu menampilkan pelbagai koleksi barangan kemas yang memukau dan pasti merambangkan mata, dalam pilihan rona warna emas putih, emas kuning dan emas ros.
Antaranya merupakan koleksi Adore, Fire on Ice, Gelora, Polaris, Koleksi H, DWA, Empress dan koleksi terbaru daripada jenama antarabangsa iaitu Korloff dari Perancis. Rekaan-rekaan yang penuh teliti dan mempunyai hasil kerja halus oleh pereka barangan kemas yang berpengalaman menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lewat petang tadi, dunia hiburan Indonesia dan Malaysia dikejutkan dengan perkhabaran penyanyi soul Indonesia, Glenn Fredly yang telah meninggal dunia.
Pada usia 44 tahun, Glenn meninggalkan balu, Ayu Mutia dan anak sulung mereka yang baru lahir Februari lalu.
Berita tersebut dimaklumkan oleh rakan rapatnya dan juga penyanyi, Tompi selepas mendiang menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta akibat simptom meningitis.
Lantas, REMAJA tertanya sekiranya meningitis merupakan sejenis penyakit yang tidak mengenal usia mangsanya.
*
Meningitis terjadi apabila lapisan selaput yang melindungi otak dan sumsum tulang belakang mengalami pembengkakan ataupun radang.
Pembengkakan terjadi kerana jangkitan bakteria atau virus dalam cairan yang mengelilingi otak dan sumsum tulang belakang.
Namun, faktor lain seperti kecederaan, kanser, pengambilan ubatan tertentu dan jenis jangkitan lain juga dapat menyebabkan meningitis.
Antara gejala yang dihadapi oleh pesakit termasuklah sakit kepala, batuk, demam sehingga melebihi 38 darjah Celsius, ruam dan tidak sedarkan diri.
Meningitis juga merupakan penyakit yang tidak mengenal usia. Kanak-kanak berusia 12 tahun juga pernah menghidapinya kerana ia tidak ditangani dengan lebih awal.
Bagi golongan remaja pula, meningitis boleh merebak kerana faktor gaya hidup seperti merokok dan minum arak yang boleh meningkatkan risiko.
Bagaimanapun, faktor utama yang menjadi punca pembunuh adalah tahap imunisasi badan yang lemah. Ia akan cepat merebak dan menjadi serius apabila saluran darah mulai menerima jangkitan sepantas tempoh 24-48 jam.
Cara pencegahan Meningitis yang dikenal pasti buat masa ini adalah vaksinasi yang selalu diberikan kepada bayi, remaja dan mereka yang selalu berkelana jauh.
Selain itu, penjagaan makanan, minuman, pengambilan suplimen yang sesuai dan mengekalkan stamina pada tahap tertinggi juga membantu kita daripada menghindari Meningitis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
To nobody’s surprise, Majalah Nubia dari United Kingdom menobatkan ahli grup BTS, Taehyung yang mesra dengan panggilan V sebagai lelaki paling kacak di dunia untuk tahun 2025.
Taehyung, 29 berjaya mengumpul 10.7 juta undian daripada peminat dari 163 negara dan menerima gelaran tersebut untuk kali ketiga berturut-turut.
Taehyung (V BTS) sewaktu zaman kanak-kanaknya.Foto terbaru daripada Taehyung setelah menamatkan latihan ketenteraan.
Jejaka yang baru sahaja menamatkan latihan ketenteraannya pada 10 Jun 2025 itu bagaimanapun dipilih bukan berdasarkan rupa paras kacaknya semata-mata.
Sebaliknya, terdapat juga kriteria yang mengambil kira karisma dan pengaruh antarabangsa yang dimiliki oleh seseorang pempengaruh atau selebriti dalam proses undian.
Catat Majalah Nubia, “Di sebaliknya kekacakannya, Taehyung terus mencuri perhatian orang ramai dengan kerjaya muzikal, lakonan dan versatiliti artistik; sekaligus membuktikan bahawa daya tarikannya melangkaui rupa paras.”
Taehyung bukanlah nama asing dalam kategori nominasi sebagai lelaki terkacak dunia. Pada awal tahun ini, sebuah lagi portal media antarabangsa, TechnoSports menamakan V sebagai lelaki terkacak dunia; di hadapan nama-nama besar seperti Brad Pitt, ‘Capten America’ Chris Evans dan bintang Bollywood, Hrithik Roshan.