Negara Malaysia telahpun dipaparkan dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Zutobi mengenai 20 buah negara dengan kondisi jalan raya paling terus di seluruh dunia.
Analisa ini dilakukan berdasarkan kualiti jalan raya, jumlah kematian jalan raya dan perhubungan yang disediakan.
Malangnya, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-12 paling teruk dengan skor 3.32 per 10 dan menjadi satu-satunya negara dari rantau Asia Tenggara dalam carta Top 20 itu.
Sumber : Zutobi.com
Menurut data yang diberikan, kualiti jalan raya Malaysia telah menurun sebanyak 5 peratus dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Lebih mengecewakan apabila Malaysia mencatatkan 22 per 100,000 kadar kematian jalan raya sekaligus menjadi yang kedua tertinggi selepas Arab Saudi.
Begitupun, markah yang diterima oleh Malaysia dari aspek kualiti jalan raya tidaklah seteruk beberapa lagi buah negara. Kita mencatatkan skor 5.3 markah iaitu yang ketiga tertinggi daripada 20 buah negara ini.
Sementara itu, Zutobi menobatkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti jalan raya terbaik dunia dengan skor 9.44 per 10.
Ads
Nampaknya sekali lagi, Malaysia tewas kepda negara jiran kita itu. Dua lagi negara dari benua Asia yang berada dalam senarai Top 10 itu ialah Jepun (4) dan Korea Selatan (8).
Untuk pengetahuan, data setiap kawasan dan kepanjangan sistem perhubungan jalan raya negara yang ada dalam carta ini telah dirujuk daripada sumber Worlddata.info dan TheGlobalEconomy.com.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak menunjukkkan sikap berbeza, namun ternyata Ramadan ini menjadi detik akhir bagi arwah Muhammad Nor Azam bin Zuldhar, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar, Jalan Maarof apabila meninggal dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya PLUS berdekatan Bangi pada 3 Jun lalu.
Dalam kemalangan sekitar jam 4.00 pagi itu, arwah bersama rakan baiknya Amirul Zafri, 15 keduanya maut selepas terlanggar pembahagi jalan di Bangi dipercayai terbabas sendiri selepas balik dari membeli persiapan hari raya.
Menurut ibunya Zainariah Omar, 55 tahun yang kelihatan tenang berkongsi kenangan arwah anak bongsunya dari tujuh beradik itu berkata, dia sudah redha menerima segala ketentuan Allah.
“Kata kawan-kawannya, semasa mereka bergerak dari Danau Kota menuju ke Bangi, arwah ada berkata, doakan perjalanannya agar selamat. Tapi kemudian dia ada berkata, kalau hendak meninggal, atas jalan raya pun boleh. Tak sangka, itu kata akhirnya dan ternyata ia menjadi kenyataan,” katanya memulakan cerita.
Pelajar tingkatan lima SMK Bangsar ini meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan pada 3 Jun lalu“2 bulan sebelum pemergiannya, saya pandang seperti baby. kadang saya bercakap dalam hati, cepatnya Azam membesar, rupanya itu petanda dari Allah..Zainariah
Sambung Zainariah, arwah anaknya itu seorang yang baik.
“Sebelum ke mana-mana akan minta izin dahulu. Kalau buat silap akan minta maaf kerana sikapnya memang begitu dari dulu. Cuma sebagai ibu, saya tidak perasan perubahan pelik ditunjukkannya kecuali dia ada berkata mahu membeli kelengkapan hari raya terutama seluar yang harganya sangat murah, tidak seperti kebiasaannya.
“Semasa kemalangan itu pun, kawan-kawannya yang datang ke rumah memberitahu. Saya sendiri sudah tidur dan kemudian dikejutkan oleh anak yang memaklumkan tentang kemalangan itu,” katanya yang kemudian bergegas ke Hospital Serdang kerana maklumat dari rakannya memberitahu arwah anaknya sudah ada di sana.
“Saya dan ayahnya ke Hospital Serdang tapi anak saya satu kereta lain menuju ke lokasi kejadian. Sesampainya anak-anak di sana, arwah sudah meninggal di tempat kejadian, begitu juga kawan baiknya itu,” katanya yang tinggal di Blok D, PPR Kerinchi di tingkat 13 sementara arwah Amirul, pelajar tingkatan 3 SMK Vivekeanda, Briekfield pula tinggal di tingkat 11 blok yang sama.
2 sahabat baik ini yang sering berdua ke mana-mana meninggal dunia dalam kejadian di Bangi 3 Jun laluUrusan pengkebumiannya berlancar lancar selepas selesai urusan di hospital
Berkongsi kenangan lagi, jelas Zainariah, anaknya begitu berhajat untuk ke tanah suci Makkah malah angannya itu ditanam sejak dari kecil lagi.
“Bila ajak berjalan ke Sabah dan lokasi-lokasi lain, Adik (arwah dipanggil adik di kalangan ahli keluarga) akan menolak. Tak mahu katanya. Sampailah saya berazam untuk mengumpul duit dan ada suarakan kepadanya untuk ke Makkah penghujung bulan 11 ini. Ketika itu Adik nampak gembira betul tapi kemudian dia berkata, itukan ketika peperiksaan SPM sedang berlangsung.
“Adik sanggup tak nak pergi ambil exam asalkan dapat jejak kaki ke Tanah Suci tapi saya kemudiannya berkata, tarikh itu boleh dianjak ke tahun hadapan kerana dia ada exam SPM. Tapi ternyata hajatnya itu tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan maut ini. Insya Allah, nanti saya mahu buatkan haji badal untuk arwah,” katanya memaklumkan anak bongsunya itu agak rapat dengan seluruh ahli keluarganya.
Hajat arwah mahu ke Tanah Suci Makkah tidak kesampaian biar bicaranya sering berhajat mahu ke sana
Pandang wajah anak seperti baby – Ibu
Sebagai ibu yang melahirkan, dua tiga bulan sebelum anaknya itu dijemput Illahi, kata Zainariah dikala anaknya itu tidur, dia sering memandang wajah anaknya dengan penuh perasaan kasih dan sering ada ketika dia menganggap anaknya masih lagi seperti bayi kecil yang pernah berada dalam dakapannya suatu ketika dahulu.
“Allah hadirkan perasaan sebegitu dalam hati saya. Bila arwah tidur, saya pandang wajahnya. Nampak seperti dirinya masih bayi. Bila dia tidur mengereng, saya akan luruskan. Ada ketika saya suruh dia masuk ke bilik. Nak dukung tak larat, kejutkanlah saja. Ada masa saya teringin memeluknya ketika dia masih bayi. Rupanya itulah petanda-petanda yang Allah hadirkan di hati saya sebelum kemalangan itu terjadi,” katanya memaklumkan anaknya itu sempat khatam al-Quran pada Jumaat itu sebelum meninggal pada 3 Jun bersamaan hari Ahad.
Tipu jika dia tidak sedih tetapi kata Zainariah, dia banyak belajar dari pengalaman orang lain yang pernah kehilangan anak. Begitu juga konsep redha yang dipelajarinya dari pengajian agama dihadirinya.
“Kata orang, hidup ini semuanya ujian. Saya redha dengan ujian ini. Alhamdulillah hati boleh tenang melaluinya,’ katanya yang bekerja di Universiti Malaya. Mensyukuri kerana urusan anaknya sebelum pulang ke pangkuan Illahi, kata Zainariah, bermula dari hospital, diikuti urusan jenazah, segalanya dipermudahkan. Arwah juga memiliki lesen motosikal dan segalanya lengkap,”katanya memaklumkan, jenazah anak dan rakannya itu dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Sekeluarga ini redha dan mengakui sambutan aidilfitri kali ini begitu berbeza selepas pemergian arwah AzamArwah sempat khatam Quran sehari sebelum kemalangan terjadi
Tidak sempat beli persiapan raya
Semasa meminta izin keluar membeli persiapan hari raya, anaknya sudah meminta izin keluar dan dia memberikan keizinan. Anaknya itu memaklumkan ingin ke Uptown Danau Kota, Setapak sebelum menuju ke Bangi.
Menurut kakaknya, Nurul Ain Ashikin, mereka sekeluarga merancang dan memilih tema baju raya berwarna hijau tetapi perjalanan adiknya itu tidak kesampaian.
“Memang sedih dengan apa terjadi. Kami difahamkan, sebelum kemalangan berlaku, arwah dan rakan pemboncengnya itu sempat menoleh seketika di belakang. Mungkin untuk melihat kawan-kawan sedia ada sebelum terlanggar pembahagi jalan.
“Malah ada rakannnya bercerita yang arwah ada meminta doa agar perjalanannya selamat. Tetapi kemudian dia berkata, kalau hendak meninggal, atas jalan raya pun boleh. Tak sangka, itu jadi kenyataan,” katanya yang sempat mengusap kepala adiknya di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital.
Menyifatkan adiknya itu sangat baik, manja dan suka bergurau dengan semua orang, ramai rakan-rakan sekolah termasuk guru begitu sedih ketika menziarahi jenazah adiknya itu di rumah.
“Ada guru mengajarnya, Ustazah Aisyah yang sampai meminta sehelai bajunya. Mungkin hubungan baiknya dengan guru-guru dan rakan pelajar buat dirinya disenangi,”katanya memaklumkan, mereka sekeluarga sedih dengan kejadian berlaku. Masa yang sama, kakak-kakak arwah iaitu Nurul Ain Khairiah, 29, Nurul Ain Ashikin, 27, Nurul Ain Shuhada, 25 dan Nurul Ain Zulaikha, 24 setia menemani ibu mereka tatkala temubual bersama Remaja diadakan. Malah kesemua berkata, arwah adiknya itu sangat manja dan baik dan mereka sempat memasakkan rendang seperti mana dihajati oleh arwah.
Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Nor Azam dan arwah Amirul Zafri, kedua rakan baik ini. Semoga syurga Firdausi tempat keduanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembedilan berterusan oleh Israel ke atas bumi Palestin sejak beberapa hari lepas mendapat liputan meluas dunia.
Puluhan bedilan roket dilancarkan ke bumi Gaza. Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Begitu juga masjid, kediaman dan lain-lain lagi.
Sumber : Gaza May 12, 2021. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa TPX IMAGES OF THE DAY
Teruskanlah berdoa agar roket-roket dilancarkan zionis Israel ini tidak mengorbankan terlalu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Mohonlah perlindungan Allah Taala agar rakyat Palestin terselamat.
Di sebalik isu pembedilan berterusan sejak tahun 2008 lagi, ada lagi isu yang perlu rakyat Malaysia tahu iaitu pemboikotan terhadap 112 syarikat besar dunia yang membantu Israel menghentam Palestin.
Pengguna Facebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai isu ini yang mungkin ramai tidak mengetahuinya:
Antara nama-nama besar yang termasuk dalam senarai 112 buah syarikat ini ialah :
1 – Airbnb
2 – Booking . Com
3 – Expedia Group Inc
4 – JC Bamford Excavator (JCB)
5 – Tripadvisor
6 – Motorola Solution
Selain 6 buah syarikat ini, kebanyakkannya merupakan syarikat popular di Israel. Tetapi 6 buah syarikat ini adalah yang kita kenali di Malaysia.
Terdapat dua lagi tambahan syarikat yang saya sudah kaji dan ada juga bukti terang mengaitkan syarikat terbabit dengan insiden Palestin – Israel ini.
1 – Puma – Penaja Israel Football Association di Tebing Barat.
2 – HP – Memang terlibat secara langsung. Mereka menyediakan tempat menyimpan data populasi dan data itu digunakan oleh Israel untuk melaksanakan apartheid.
Untuk syarikat Caterpillar and Volvo, kita masih 50/50 sebab diorang setuju dengan demolition yang dilakukan di Palestin.
Itu adalah tindakan yang tidak betul, namun mereka tiada kuasa nak monitor/policing semua pelanggan yang membeli mesin dari mereka.
Kalau inilah jihad kita dan menjadi asbab di akhirat kelak, kita boleh menjayakannya.