“Jalan Berselekoh Jadi Punca,” Wanita Bebas Tuduhan Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak

Share

Pernah viral sekitar tahun 2017 apabila lapan orang remaja meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah kereta dari belakang. Mangsa lain adalah dua yang kritikal dan lapan lagi cedera, dan mangsa-mangsa yang terlibat berumur lingkungan antara 13 hingga 17 tahun.

Takziah penulis ucapkan buat semua mangsa dan keluarga.

Terbaru menurut Harian Metro,  Sam Ke Ting, yang ketika itu didakwa memandu kereta dan melanggar remaja bawah umur seramai belasan orang dan lapan daripadanya meninggal dunia manakala selebihnya mengalami kecederaan.

Jalan berselekoh jadi punca

Terbaru, Mahkamah Majistret Johor Bharu telah membebaskan tertuduh selepas  mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh dan waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak.

Menurut hakim yang bertugas, pemanduan dibuat langsung tidak menjangkakan akan ada sekumpulan basikal di selekoh jalan memandangkan ketika itu menunjukkan jam 3 pagi.

“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.

“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri,” katanya.

Wang jaminan & lesen dikembalikan

Wang jaminan sebanyak RM10,000 juga dikembalikan kepada penjamin dan lesen memandu tertuduh juga dikembalikan serta merta.

Sebelum ini, Sam Ke Ting telah didakwa atas tuduhan memandu sehingga mengakibatkan 8 orang remaja bawah umur meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas di  Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi.

Mangsa adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Al-fatihah buat semua mangsa… Moga kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini.

IKLAN