Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil di pentas akhir Miss Universe 2025 yang bakal berlangsung di Thailand.
Hal itu didedahkan sendiri oleh CEO baharu Miss Universe Organization, Nawat Itsaragrisil, menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Menurut Nawat, pihak penganjur sangat teruja apabila anggota termuda BLACKPINK itu dijemput sebagai tetamu istimewa, namun perbincangan dengan pihak pengurusannya agak mencabar.
Ads
Dalam pada itu, Lisa dilaporkan telah menolak tawaran tersebut disebabkan konflik jadual yang padat. Menurut wakilnya, Lisa sudah pun mempunyai komitmen sepanjang tahun, termasuk beberapa projek hiburan besar yang akan datang.
Antara komitmen terbaru Lisa ialah penglibatannya dalam dunia lakonan menerusi siri Amerika terkenal, The White Lotus musim ke-3. Walaupun wataknya sebagai Mook tidak banyak mendapat masa layar, peminat tetap teruja melihat kemunculan idol kesayangan mereka di kaca televisyen.
Tambahan pula, Lisa berjaya memulihkan reputasi vokalnya selepas dikritik kerana lip-sync di Oscars 2025 serta persembahannya di Coachella baru-baru ini menjadi topik hangat apabila ramai memuji kemampuannya menyanyi dan rap secara langsung.
Ads
Pada masa yang sama, warga internet juga rata-rata bersetuju bahawa Lisa kini semakin menyerlah tampil di atas pentas sebagai penyanyi solo.
Ads
Walaupun kecewa kerana Lisa tidak dapat hadir ke Miss Universe, Nawat menghormati keputusannya dan memahami jadualnya yang padat.
Sekadar info, tiket acara tersebut sudah pun mula dijual dengan harga mencecah USD1,475 dan bakal berlangsung di IMPACT Arena, Muang Thong Thani, Bangkok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Jin BTS baru-baru ini membalas pertanyaan yang diajukan oleh peminat kepadanya mengenai pendapat untuk menceburi bidang lakonan pada masa akan datang.
Kenyataan itu dimuat naik melalui Weverse iaitu aplikasi yang boleh menghubungkan peminat dan selebriti pilihan. Pengguna yang bernama @PDnyanada menyatakan bahawa dia menunggu Jin BTS beraksi sebagai pelakon dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, Seokjin (32) membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan hal tersebut mungkin tidak akan pernah terjadi.
“Maaf, saya tak ada rasa nak berlakon buat masa ini” – Jin BTS
Dalam pada itu, terdapat beberapa soalan daripada peminat yang aktif bertanya tentang perkembangan terkini pelantun lagu Supertuna menerusi aplikasi yang sama.
Menurut Jin BTS, kini dia sedang merakam, membuat penggambaran rancangan hiburan dan dalam proses melakukan rancangan yang disediakan sejak berada dalam tentera.
Tambahnya lagi, dia juga melakukan beberapa tugas utama sebanyak mungkin dan hasilnya mungkin akan dilancarkan beberapa bulan lagi.
“Saya melakukan tugas utama saya sebanyak mungkin sambil cuba untuk menunjukkan wajah saya. Keputusan semuanya akan keluar dalam beberapa bulan jadi, sila tunggu sedikit lagi”
Mengikut laporan, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wow! Tahniah Remaja ucapkan kepada pembikin filem, Syahmi Sazli yang berjaya menjadikan karya Mael Totey The Movie sebagai filem no.1 di Astro First sekaligus memecah rekod filem-filem terdahulu yang pernah disiarkan di saluran tersebut.
Kini tangga kutipan tertinggi di saluran tersebut diungguli filem ini dan diikuti oleh Polis Evo dan Hantu Kak Limah ditangga ketiga.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Syahmi memanjatkan rasa kesyukuran, “Segala puji bagi Allah. Filem pertama dari kami telah cipta sejarah filem no1 terlaris sepanjang masa di Astro First. Moga filem ke2 nanti mampu cipta bnyk lagi sejarah. Next filem nk mi buat crita apa?”
Filem ini diterajui Syahmi Sazli sendiri sebagai Mael, Aween Ismail yang merupakan finalis Dewi Remaja 2018/19 sebagai Yaya, Emaleen Minhad sebagai Teacher dan dua lagi figura yang tidak asing bagi drama pendek terbitan Syahmi iaitu Yoe Parey serta Asif Suhaimi.
Filem Mael Totey The Movie ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris sebaik mungkin demi memenuhi syarat yang diletakkan oleh gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara ketiga-tiga watak utama ini diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Kalau nak tahu lebih lanjut korang kenalah tgk sendiri. Min sudah, korang yang belum tu bila lagi?
Sumber: Instagram Syahmi Sazli
***P/S – Min dah pun tengok filem ini, apa yang boleh min dikongsikan ia penuh pengajaran positif. Ada suara-suara menyatakan bahawa filem ini tidak mencapai piawaian untuk dijadikan penanda aras industri filem tempatan.
Mungkin ada betulnya, kerana ini filem pertama Syahmi dan banyak lagi yang beliau perlu pelajari namun formulanya yang berjaya menawan hati masyarakat umum patut dipuji. Diharapkan Syahmi terus menerus memajukan diri dalam industri ini dan menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu serta yang paling penting, laku keras!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!