Jadi Jurukimpal Wanita Pertama Di Malaysia, Netizen Luah Rasa Bangga

Share

Baru berusia 22 tahun, Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff telah pun membuka mata rakyat Malaysia apabila gadis ini berjaya membuat kerja-kerja welding di dasar laut.

Menjadi jurukimpal dalam air wanita yang pertama di Malaysia, Nur Izzati yang juga merupakan pelajar dari Kolej Vokasional Taiping, Perak ini sering mencuba sesuatu yang baru untuk menguji daya ketahanannya sehingga mencipta rekod dalam bidang yang kebiasaannya dipelopori oleh kaum lelaki.

Seperti yang dilaporkan oleh News Straits Times, kerja-kerja kimpalan bawah air ini adalah pekerjaan yang paling bahaya di dunia kerana melibatkan kerja dalam persekitaran yang dalam dan berisiko tinggi.

Kalau korang nak tahu, kerja kimpalan bawah air ini merangkumi bahagian membaiki kapal, empangan, talian paip, rig pengeboran pesisir, locks & sub-sea habitats.

Ha, hebat tak hebat Izzati ni? Korang berani tak? Hiks!

Pernah bercita-cita menjadi seorang askar, gadis ini akhirnya berubah fikiran selepas menghadiri lawatan ke lapangan Pusat Latihan Weldzone.

Mengakui sifatnya yang agak kasar dan lasak, sewaktu kecil Izzati memang tidak pernah suka bermain anak patung, malah lebih senang bermain dengan rakan-rakan lelakinya ketika di kampung.

Oh, tak hairanlah macam mana gadis ini boleh menceburkan diri dalam bidang kimpalan air, sebab personalitinya yang bukan ‘typical’ girl membuatkan dia berani untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

Masyarakat Malaysia turut meluahkan rasa bangga dan mengucapan syabas di atas pencapaian Nur Izzati Athirah.

Tahniah kami ucapkan. Semoga lebih sukses dan berjaya memberi inspirasi buat anak muda yang lain.

You go girl!

IKLAN