IU Pula Dipilih Gucci Sebagai Duta Global, Ikut Langkah Lee Jung-jae & Shin Min-a

Share

Bintang K-pop benar-benar menguasai trend fesyen dunia!

Pengaruh selebriti K-pop sensasi, IU semakin berkembang pada tahun ini menerusi kempen-kempen fesyen serta jenama kecantikan. Siapa sangka, daripada sekadar menjadi artis hiburan K-pop, IU telahpun diumum oleh jenama fesyen terkemuka Gucci sebagai wajah ataupun duta jenama besar dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : Park Shin Hye Kini Bergelar Ibu, Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Pada hemat penulis, ini merupakan strategi yang bijak memandangkan setiap kali berlangsungnya pertunjukan fesyen di Eropah, merekalah punca utama acara tersebut trending

di media sosial. Semuanya disebabkan pengaruh industri K-pop ini.

Selepas penampilan sulung di Festival Filem Cannes yang menakjubkan, IU kembali menjadi bualan ramai. Pemuzik dan pelakon Korea Selatan itu secara rasminya dipilih menjadi duta global yang baru Gucci, menyertai pelakon Lee Jung-jae dan Shin Min-a.

 

Iu, atau nama sebenarnya Lee Ji-eun sebelum ini telah menunjukkan kerjasamanya dengan rumah fesyen Itali. Dia sering menyiarkan gambar dirinya memakai beg dan pakaian Gucci di Instagram.

Pada majlis penutup Festival Filem Cannes, IU memakai gaun tulle berwarna hijau sage. Gaun ini mempunyai perincian kelopak berenda di pergelangan tangan, taburan bunga labuci dan kristal, serta tali pinggang sutera Duchesse.

Melalui persembahan yang hebat sebagai ibu muda dalam filem Broker, IU mendapat pengiktirafan dan pujian ramai.

Sekadar info, “Broker” ialah filem Korea pertama yang diarahkan oleh tuan Jepun Hirokazu Kore-eda dan telah meraih perhatian tinggi sejak awal. Ia menggambarkan kehidupan watak yang terpinggir dan tidak dilindungi dalam masyarakat.

Foto Via Twitter

Selain artis K-pop, pelakon K-Drama juga merupakan pilihan popular jenama antarabangsa.

Antara yang terpilih termasuklah Park Seo Joon (MONTBLANC), Yoo Ah In (BURBERRY), Song Hye-kyo (BOTTEGA VENETA), Jun Ji-hyun (Alexander McQueen) dan Park Min-young (TOD’s).

Daebak IU…moga terus success di masa akan datang. 

Sumber : 1

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN