
Macam-macam servis ditawarkan sekarang, kadang kita fikir macam tak masuk akal tapi ia ada ye!
Terbaru, beberapa syarikat di China kini giat menawarkan servis ‘pura-pura kerja’ buat penganggur yang mahu menyembunyikan status daripada ahli keluarga atau kenalan rapat bahawa mereka tidak lagi bekerja.
ARTIKEL BERKAITAN : Syed Saddiq Kongsi Bagaimana Debat Boleh Kurangkan Pengangguran Pelajar
Perkhidmatan tersebut turut tersedia dengan ruang pejabat dan makan tengahari berjumlah 30 yuan (RM18) sehari. Waktu ‘bekerja’ di syarikat tersebut adalah dari jam 10 am hingga 5 pm.
Di wilayah Hebei sekitar utara China pula, ruang pejabat yang diiklankan disifatkan sebagai penyelesaian yang bijak buat individu yang berasa malu kerana menganggur.
Individu Boleh Berlakon Sebagai Bos Di Ruang Pejabat Disediakan
Memetik South China Morning Post, seorang lagi warganet mempromosikan perkhidmatan lebih kurang sama yang mana dia mengenakan bayaran 50 yuan (RM30) untuk klien berlakon sebagai ‘bos’.
Mereka juga menawarkan sesi bergambar sambil duduk beralaskan kerusi kulit untuk ditunjukkan kepada keluarga. Dengan cara itu, keluarga mereka akan lebih yakin dengan status pekerjaannya.
“Banyak syarikat besar memberhentikan pekerja. Saya mempunyai pejabat lebih dan berpendapat ini boleh beri ruang kepada penganggur untuk tinggal dan berhubung,” kata individu tersebut bagi memasarkan servis ditawarkan.
Sementara itu, ada yang berpendapat perkhidmatan ini membantu meringankan tekanan psikologi yang dilalui para penganggur terutamanya golongan belia.
Isu Pengangguran Di China Di Tahap Kritikal
Untuk info, isu pengangguran di kalangan belia kekal menjadi kebimbangan utama di China. Pengangguran kadar kumpulan umur 16-24 tahun dilaporkan melonjak kepada 21.3% pada Jun 2023.
Hal itu menyebabkan pengeluaran data pengangguran dihentikan selama beberapa bulan dan mengecualikan kumpulan pelajar yang kemudiannya menyaksikan kadar itu menurun kepada 16.1% menjelang November 2024.
Sembunyikan Isu Pengangguran Boleh Undang Masalah Mental
Seorang pakar pekerjaan sosial di Universiti Sains dan Teknologi Wuhan dikenali sebagai Prof Zhang Yong berkata bahawa trend ‘berpura-pura bekerja’ boleh membuatkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental.
Zhang menasihatkan golongan penganggur supaya mendapatkan khidmat kaunseling profesional dan bukannya menyembunyikan kesulitan mereka.
“Masyarakat memberi banyak tekanan kepada orang ramai untuk berjaya, dan orang dewasa kadangkala meletakkan jangkaan pekerjaan terlalu tinggi.
“Berita tiba-tiba kehilangan pekerjaan kemudian boleh menyebabkan kemurungan,” kata Zhang.
BACA LAGI : Dengan Mas Kahwin RM1111, Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Pereka Fesyen, Emran Rijal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.