
Penganjur konsert terkenal, Kharisma Music International, Yuka Kharisma, telah menuntut penyanyi versatil, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi menjayakan persembahan Aisha di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.
Menurut Yuka, konsert yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu merupakan cara untuk Aisha membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan. Namun, disebabkan jualan tiket yang tidak memuaskan dengan hanya 98 tiket terjual, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran yang masih tertunggak, iaitu sebanyak RM77,000 selepas Aisha membuat pembayaran sebanyak RM6,000 pada Mei lalu.
“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di AJL dan setakat ini dia baru jelaskan RM6,000 pada Mei lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Penganjur Seolah Menyalahkan, Saya Rasa Ini Penindasan…” Aisha Retno Tampil Beri Penjelasan
“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui mesej langsung dan mesej suara. Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” jelas Yuka.
Tambahnya lagi, pihaknya memaklumkan bahawa pinjaman wang tersebut diberikan berdasarkan hubungan baik dengan Aisha Retno, yang telah meminta bantuan untuk membuat persiapan persembahan di AJL.
“Pihak Aisha Retno (ARE) menyatakan bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL tersebut dan telah memohon bantuan daripada pihak Kharisma Music untuk merealisasikan persembahannya.

“Disebabkan hubungan baik antara pihak ARE dan Yuka Kharisma, maka Kharisma Music telah bersetuju untuk membantu pihak ARE dalam mencari dana yang diperlukan.
“Akibat kesuntukan masa dalam mengumpul dana, Kharisma Music telah bersetuju untuk memberikan pinjaman pendahuluan (advance) bagi memastikan segala persiapan dan persembahan Aisha di pentas akhir AJL lancar,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Kharisma Music International memaklumkan bahawa Konsert Malam Samudera Aisha Retno yang dijadualkan pada 16 November telah dibatalkan atas faktor jualan tiket yang rendah. Aisha, dalam reaksinya, meluahkan rasa kesal dengan keputusan penganjur yang membatalkan konsert tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Sebagai tambahan, Aisha Retno yang merupakan gadis berdarah kacukan Melayu, Arab, dan Jawa, telah mencapai kejayaan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera, ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Aisha juga merupakan finalis top 6 dan pemenang keempat dalam rancangan The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dulu 80kg, Wanita Ini Kongsi Rahsia Hapuskan 26 Kilo Capai Berat Ideal

Siapa kata orang berbadan besar tak mungkin boleh jadi kurus dan cantik? Jangan give up dulu sis. Dah ramai buktikan yang wanita obes juga mampu merubah nasib.
Seperti apa yang dilalui oleh Nurul Fatin Nazari, 22, dia pernah mempunyai berat badan seberat 80kg selepas tamat sekolah pada 2013. Ceritanya bermula ketika menunggu untuk sambung belajar, Fatin bekerja sambilan di salah sebuah restoran terkenal dan dia sangat gemar menikmati kek yang dijual di restoran tersebut.

Punyalah suka sangat makan sampaikan dia tak sedar yang berat badanya sudah naik mendadak. Selepas beberapa bulan, Fatin melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej dan ketika melakukan check up, barulah dia sedar yang beratnya sudah mencecah 80kg.
Tapi, kesedaran untuk kurus tu masih belum ada. Malah, setiap bulan duit yang diberi oleh ayah dihabiskan untuk membeli makanan sahaja. Setiap pagi dia mengambil nasi lemak, tengah hari pula nasi ayam rempah dan malam pula makan nasi goreng. Belum lagi kalau masuk tengah malam tengah study tiba-tiba lapar. Hidupnya berterusan seperti ini sampai la masuk semester ketiga dan dia perlu menyewa rumah sendiri.

“Pada ketika itu , saya sudah berasa untuk nak kurus kerana sedar pakaian yang saya minat selalu tak ada size, bila sale selalu tak ada size, seluar jeans pun susah nak cari. Kadang-kadang saya menangis sebab semua orang akan menggunakan perkataan “patut la gemok malas,”
” Oleh kerana menyewa dan menggunakan kereta, so saya terpaksa cut cost dari duit yang ayah bagi setiap bulan. Saya mula belajar diet atkins dan cuba untuk tak makan nasi. Selepas dua bulan selesa tak makan nasi, saya try pula tak makan heavy food. Setiap pagi menu breakfast adalah omelette , tengahari hanya akan makan lauk saja dan malam pun lebih kurang sama. Saya kerap pergi exercise tak kiralah sama ada pergi track atau gym. Pada tahun 2016, alhamdulillah berat saya 60kg,” jelasnya panjang.
Pada 2017, apabila Fatin mula menjadi student praktikal, ketika itulah dia bertukar kepada amalan diet kalori, di mana setiap makanan yang diambil berdasarkan kiraan kalori. Tidak hanya itu, setiap kali selepas balik kerja mesti dia akan melakukan exercise tanpa gagal.

Dan kini berat badan Fatin telah pun mencecah 54kg. Dia berjaya menurunkan sebanyak 26 kg dan lebih hebat lagi, dia kini sudah menerima tawaran photoshoot yang selama ini memang diimpikan.
Kira macam impian jadi kenyataan la ni kan? So kalau Fatin boleh buat, kami percaya korang pun mesti boleh. Kepada yang ramai bertanya menu dan exercise apa yang dilakukan setiap hari oleh wanita ini, berikut kami senaraikan amalan diet dan exercise yang dikongsi sendiri oleh Fatin.

Sarapan pagi
Telur rebus (2 biji)
atau
Roti (2 keping)
Snack
Biskut 2 keping
Lunch
Sayur rebus
Telur rebus

Dinner
Ikan goreng
Ikan bakar
Sayur rebus
Exercise (4 kali seminggu)
Tali skipping 200 kali
Cardio selama 50 minit
Burpees 20 kali
Sit up 3 set (1= 15kali)
Plank (hari demi hari akan meningkat mulakan dengan 20 saat)

Kalau korang dah tak larat sangat dengan hidangan makanan macam ni, ambil la sedikit mihun goreng untuk menggantikan nasi. Tapi awas ya, jangan ambil dalam portion yang banyak pula.
Bagi sesiapa yang nak kurus tu boleh la cuba tip yang dikongsi oleh Fatin ni. Paling penting, mental kena kuat tau. Jangan nanti terpengaruh dengan kawan-kawan yang tengah makan sedap pula. Kalau nak lebih mujarab, cari geng yang sama-sama nak diet. Baru syok kan ada kawan?
Good luck sis!
Instagram: prncssftnnzr
Facebook: Fatin Nazari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Polis New Zealand Cipta Hijab Khas Untuk Anggota Wanita Muslim.

Baru-baru ini pasukan polis New Zealand telah merasmikan pelancaran hijab yang dikhususkan untuk dipakai oleh anggota muslim mereka yang berhijab.
Rekaan hijab yang melekap di kepala itu dilihat sebagai satu simbol kepelbagaian negara tersebut yang meraikan rakyatnya tanpa perbezaan tidak kira dari sudut bangsa, agama dan latar belakang.
Konstabel Zeena Ali yang merupakan rekrut baru pasuka polis itu menjadi wanita muslim pertama yang menggayakan hijab tersebut sebagai sebahagian dari uniform rasmi.
Konstabel Zeena merupakan anak kelahiran Fiji yang berpindah ke New Zealand sejak dari umur 3 tahun menyatakan yang dia bersungguh-sungguh mahu menyertai pasuka polis selepas peristiwa serangan pengganas di sebuah masjid di Christchurch awal tahun lalu.
Menurut Zeena dalam sebuah hantaran di laman Instagram Polis New Zealand, “Memiliki hijab rasmi yang dikuatkuasakan oleh majikan sangat bermakna bagi wanita muslim seperti saya yang selama ini menganggap kerjaya sebagai anggota polis bukan satu pilihan. Sangat bagus bagaimana Polis menggabungkan agama dan budaya saya.
“Saya gembira majikan berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri.”
Sumber: Instagram @newzealandpolice
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
90’s Kids On The Block! Lihat 10 Gaya Pilihan Remaja Di Anugerah Instafamous 2019

Sebut saja era 90-an, korang mesti boleh bayangkan stail fesyem daripada selebriti terkenal seperti Britney Spears, Christina Aguilera, pelakon siri drama FRIENDS, pelakon Sex & The City dan ramai lagi.
Ini kerana era 90-an memang memberikan inspirasi pelbagai kepada peminat fesyen sehinggalah ke tahun 2019 ini.
Sempena Anugerah Instafamous 2019 yang berlangsung semalam, penganjur Hurr TV telah memilih 90’s sebagai tema utama dan selebriti yang hadir tak lepaskan peluang untuk melaram sakan!
Soalnya, siapa favourite korang?
Cupcake Aisyah

Johanis Sani

Aqeesh Aleeya

Syaidatul Afifah

Kucaimars

Shweta Sekhon

Ally Mukhriz

Floor 88

Ain Edruce

Sarah Suhairi

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

